Pages

Monday, March 26, 2012

Nasi Kandar Ayam Merah @ Nasi Ganja - Ipoh, Perak

Dari Sri Iskandar, aku shoot p Ipoh, semata mata dan cari kedai ni. Sebelum sampai, aku search dlm google makanan ipoh yg best, hampir kesemua blog yg yg keluar up pasai kedai ni. Dalam kepala aku, apa yg best sgt sampai org dari jauh jauh sanggup datang utk menjamu selera. Biasa la nasi kandag, memang sedap la tambah kalau kat Penang. 
So dengan kesempatan aku berada berhampiran Ipoh (tak berapa hampir jugak la), ptg Sabtu aku shoot ke Bandar Ipoh. Dengan map yg aku cuba ingat 2 hari lepas check dlm goole, aku gamble cari jalan. Landmark aku, Ipoh Parade. Dapat Ipoh Parade, masuk Jalan Sultan Idris, dan belok kekiri ke Jalan Yang Khalsom berhadapan dengan Balai Polis.Nasi kandar ayam merah ni berada di dalam kedai Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan.

Aku parking kereta depan Restoran di hujung blok bangunan. Tgk jam dah pukui 4.45. Harapan mcm tipis, tp alang alang dah sampai, aku gagah jugak p. Org dah tak ramai dan lauk yg ada cuma ayam merah, pedal, hati dan telur masin. lauk yg lain dah habis. Suasana kedai pun dah lengang. Org dah tak ramai. Disebabkan hari mcm nak hujan, aku bungkus saja nasi tu. Dua dua lauk ayam dengan pedal dan berharga RM12. 
Esoknya, aku p lg sekali. Tak puas hati sebab tak dapat tgk lauk selain ayam yg ada. Aku sampai time peak, 12.30. Dari jauh org dah beratur panjang walaupun didalam kepanasan terik matahari. Q dlm 15 minit, time aku sampai. Masih bungkus, sebab, dalam kedai, meja sumua dah penuh dengan manusia. Sampai berdiri tunggu org habis makan baru dapat duduk. Kalau p dengan budak budak kecik time mcm ni memang tak payah la susah payah nak tunggu. Bungkus p makan kat tempat lain lg baik.  
Lauk pauk memang meriah. Ayam goreng yg jadi signature kedai ni memang menimbun dalam bekas. Kemudian ada kari ayam, kari ikan, kari sotong, kari udang, ikan goreng, daging, pedal dan hati dan telur masin. Bila aku terpandang kari udang, aku terus jatuh cinta. Kari udang ni memang menjadi feveret aku. Teringat kari udang mak aku buat. Memang gila punya surrrrr. Nasi pulak dimasak dalam bekas tembaga. Ada sesetengah kedai kat Penang yg masak nasi dlm bekas yg mcm tu. Dan biasanya kedai mcm tu memang menjadi feveret. Pak Aboo kat Bagan Dalam pun masak dlm bekas tu. Kali ni aku bungkus 3. Kari udang dan sotong satu bungkus, ayam goreng dan telur masin satu bungkus dan kari daging dan telur rebus satu bungkus. Semua RM19. Apa mcm rega dengan kualiti lauk, berbaloi?.
Mcm mana rasa. Agak agak kalau tak sedap org nak susah payah ka beratur panjang mcm tu. Tu dah cukup membuktikan kedai ni memang superb. Kari udang dan sotong dia memang perghhhhh.....gila la. Menyesai tak bungkus lauk bwk balik Klang. Kari daging memang lain mcm rasa dan aku tak penah rasa mcm tu kat kedai kedai nasi kandag lain kat Penang. Dging pun lembut dengan isi bukak koyak skit skit. Ayam goreng tu memang signature kedai ni. Rasanya sgt berbeza walaupun hanya ayam goreng. Memang menyelerakan. Yg penting, lepaih kena sebungkus atau sepinggan mau tersandag dan kepala ada rasa surrrrr. Ala ala blur mcm tak boleh pikiag. Jari pulak mau  sampai petang bau kuah. Overall aku sgt berpuas hati dengan rasa nasi ayam merah ni. Aku akan datang walaupun aku ada urusan lain diberhampiran Ipoh. Utk kawan kawan yg melawat blog aku ni, kalau masuk Ipoh, aku rekemen makan kat kedai ni. Memang teringat saja bila balik rumah. Kalau tak, takan org nak bg nama nasi ganja.



Sunday, March 18, 2012

Saturday, March 10, 2012

Sate Kajang Haji Samuri - RnR Dengkil

Aku rasa kalau sebut sate Hj Samuri aku pasti tiada sorang pun kat lembah klang ni yg belum mencubanya. Mempunyai rangkaian yg byk di Lembah Klang. Menu sate pun pelbagai bukan setakat ayam dan daging tp ada hati ayam, arnab, rusa dan kambing. Utk malam ni dan seperti biasa aku cuma order ayam dan daging. Kedua duanya berharga RM0.70. Utk harga 70 sen aku masih ketagori berbaloi dengan saiz sate yg agak besar. 5 cucuk pun dah cukup kenyang. Kuah kacang boleh adjust pedas sebab cili tu boleh masuk ikut suka hati. Cuma pasai pa tarak bawang. Boh la bawang tu skit. Baru betui rasa makan satay. Bukan mahai pun bawang. Kalau susah sgt, aku bawak bawang sendri la lain kali.
Byk jugak aku baca entry blog yg mcm tak puas hati pasai satay kajang Hj Samuri ni. Tak percaya hampa cari sendri dalam google. Bg aku, aku kata boleh tahan rasanya, kalau nak makan ok saja. Anyway, takan nak makan satay hari hari kan. Sekali sekala ok apa. 
Teringat aku kedai sate yg sedap kat Meriam Timbul satu masa dulu. 


Tuesday, March 6, 2012

Ikan bakar @ Jalan Bellamy - Belakang Istana Negara KL

Kalau kat KL sapa tak tau tempat ni. Time lunch memang meriah la dengan umat nabi yg menjamu selera. Kalau tak kena timing, jenuh tunggu nak dapat parking. Hampa bayang tgk, tgh tgh panas tgh hari tu, makan pulak ikan bakag yg panas panas, cicah ayag asam dan sambai yg pedaih pedaih, minum pulak teh o yg panas panas...memang panasssss la jawapnya. Kalau pakai baju pagoda, mau mandi peluh. Tp tu la yg sedap tu. Lg panas lg sedap. Lg pedaih lg sedap, lg laju sumbat nasi dlm mulut. Nak lg best gigit sekali cabai melaka yg ada dlm ayag asam tu.
Menu bakag yg ada kat sini ialah ikan cencaru, kembong, pari, terubuk dan sotong. Disamping tu ada jugak lauk lauk lain utk hidangan makan tgh hari. Minum ayag gelas besag...memang kena dengan menu yg pedas. Bg aku harga masih dalam ketegori berpatutan dan mampu milik utk makan menu menu tu. Pendek dan panjang kata, kalau teringin nak makan ikan bakag kat tgh tgh KL ni, tempat ni patut dilawati. Mesti puas hati, mesti akan datang kembali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...