Pages

Tuesday, May 1, 2012

Restoran Temerloh Catering

Dah tak payah nak p jauh jauh sampai Temerloh kalau nak makan ikan patin masak tempoyak. Mai sini, Shah Alam pun dah ada satu restoran yg menyediakan menu ni. Restoran ini menyediakan menu masakan org Pahang dan dah tentu la ikan patin ada sekali. 
Aku sampai sini minggu lepas. Ada sorang dua kawan kawan yg rekemen utk cuba ikan patin kat sini. Memang baik la rasanya. Superbbbb. Utk patin sangkar, harga seketul ikan ialah RM8 dan utk patin buah RM18. Ikan kerai, keli pun ada.
Aku bersama famili sampai sini lebih kurang pukui 2.30 ptg. Org ramai lg. Boleh kata kebanyakkan meja penuh dengan pelanggan. Tahniah kepada tuan punya kedai kerana berani membawa menu mcm ni ke Shah Alam. Jadi kepada semua, kalau nak rasa menu ikan patin yg sedap, datanglah ke Restoran Temerloh Catering ini yg berada di 2-G, Jalan Pahat J/15J, Komplek Dataran Otomobil, Seksyen 15 Shah Alam. Restoran ini berada di deretan kedai bersebelah dengan showroom Toyota. Masuk dari simpang Petronas tepi jalan tu. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...