Pages

Saturday, May 7, 2011

Suatu petang di Aroma Ikan bakar, Jeram

Minggu lepas tergerak hati nak bawak famili p makan makanan laut kat Jeram, jalan ke Kuala Selangor beberapa kilometer dr pekan kapar (tah aku tak ukur pulak berapa kilo, tapi tak jauh la). Nak masuk tempat tu carik simpang kiri selepas masjid jeram. Ada signboard.....jgn risau...kalau sesat tanya org kampung hahahahaha...koordinat GPS jgn tanya, kalau nak boleh carik kat blog lain.

Suatu trip yg tak dirancang, tetapi hasilnya sungguh berjaya. Aku bergerak dari Rawang (aku p kenduri anak pak lang aku kawin) dlm pukui 230 ptg dan sampai dlm 430 ptg kat Jeram. Suasana masih cool walaupun kereta dah banyak parking kat luar kedai. Aku terus pegi kat tempat pilih ikan. Tu dia selection ikan boleh tahan. Kerapu, merah, siakap, jenahak, senangin, caru, kembung dan tak lupa kerang, ketam, undang, sotong dan siput siput yg aku tak tau nama apa.
Niat dihati nak pilih ikan dulu, tp brother kat tempat tu bgtau "adik,,,,amik no meja dulu".....hehehhhe....wat kalut pulak aku.....aku terus p carik mem yg dah siap duduk kat anjung depan mengadap laut tu. No meja "jeti no 6". Byk jugak meja dah reserve. Nasib baik awal.
Dah dapat no meja apa lg....time pilih ikan la....aku amik skit skit ja...aku list bwh ni:

kerapu sekog - wat 3 rasa
ketam 3 ekog - masak pedas
udang size M - butter
sotong - tepung
sembilang - asam pedas
Tomyam
kerabu mangga
bistek telur
jus oren satu jug

Rasa sedap dan harga sungguh berpatutan. Walaupun agak jauh dari KL, agak apa....memang jauh pun, tapi aku rasa kalau p sekali sure akan repeat balik. Aku tarak hal, klang saja.
Sambe sambe makan seafood, kena pulak angin laut selat melaka...ditambah ngan pemandangan laut dan pulau sekitarnya, memang sempoi la layan diwaktu petang.

sotong tepung, kerapu, bistek dan kerabu mangga

Tomyam

ketam masak pedas

Hannah pun makan sendri

licin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...