Pages

Wednesday, September 21, 2011

Adam Char Kaoy Teow - Permatang Pauh

Antara char terbaik Seberang Perai. Tempat ni aku selalu p. Lama dah depa meniaga tp trip aku ni, bangunan depa dah tukag baru. Tp tak jauh mana pun, bersebelahan. Meja dan kerusi makan masih berada ditempat yang sama. Cuma dapug masa depa dah ubah p tempat baru. Lebih mudah dan selesa.
Macam biasa, tempat ni sentiasa dipenuhi oleh pelanggan. Takat order lambat nak sampai tu kira bg aku tarak masalah la nak tunggu. Kalau dah lapag sangat, boleh pekena dulu nasi lemak bungkus. Boleh la lapik perut dulu sebelum char nak sampai. Aku rasa sama mcm dulu, tukang masak ada 4 org dengan 4-4 sekali jalan. Char ni memang boleh pukui char dari Teluk Air Tawar (boleh refer posting aku sebelum ni). Pesaing terdekat char ni adalah char Sg Dua sebelah hiway tu. Boleh test tgk mana lg sempoi. Ni aku tak kira Char Alka Ria lg. Tu pun sempoi jugak, cuma aku rasa dah lama gila aku tak test char tu. Hari tu balik raya, nampak kedai dah makin besag. Cuma time aku lalu tu, kedai char Alka Ria tu tutup. Lg satu dengag dengag char dekat Perda pun boleh tahan. Next trip balik Penang aku cover dua dua char tu. Bg settel posting Char Permatang Pauh ni dulu.
Nak p sini agak mudah. Dari hiway tu cari exit Permatang Pauh. Exit ni lepas skit saja dari Seberang Jaya. Dari exit tu amik kanan menghala ke Permatang Pauh. Kalau ke kiri, ke Mak Mandin. Selepas amik kanan, straight sehingga jumpa traffic light. Amik kanan lg ke Permatang Pauh. Kedai tu dah tak jauh dari traffic light tu. Memang betui betui berada dalam pekan Permatang Pauh.
Kepada yg turun penang makan angin atau makan makan, kemudian terlepaih mai Butterworth ,char ni hampir wajib untuk disinggah. Mai la rasa char yg betui betui berada di Penang. Dah byk kat tempat lain Penang Char Kaoy Teow. Tp ni betui betui berada di Penang. Turun Penang tak kena Char, maka tak cukup syarat. Jgn esok balik tempat asai dok wat teringat sudah. Sekian. 

Adam Char Koay Teow
Kedai secara open space

Ni rupa char dari permatang pauh

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...