Restoran ni terletak di Jalan Batu Belah, Klang. Tak la jauh sangat dari rumah aku. Kalau dari Tol Shapadu RM0.60 sen menghala ke Tanjung Harapan/Port Klang restoran ni terletak selepas stesen minyak shell disebelah kanan. Tp kalau dari Kapar, selepas Carrefour, restoran tu berada disebelah kanan.
Restoran ni dah lama kat sini dan sudah mengalami pelbagai perubahan. Sejarah perkembangan kedai tu ada diabadikan dlm bentuk foto yang dilekat di dlm kedai tersebut. Memang dah lama kedai ni beroperasi.
Kedai ni menyajikan pelbagai hidangan sarapan dan nasi campur pada waktu tgh hari.Malam tutup.
Aku sempat cover waktu pagi. Disebelah pagi menu yang disediakan adalah nasik lemak, mee goreng, bihun goreng, mee kuah, dan roti canai.
Disebelah tgh hari pulak, Restoran Roda menyediakan pelbagai lauk pauk. Memang meriah. Kalau sesiapa yg pening kepala nak carik port maka tgh hari kat area Batu Belah, Sg Pinang ataupun sekitar Bukit Raja, Restoran ini tersedia untuk kunjungan anda.
Signboard kedai ni |
Restoran Roda |
Nasi lemak sotong |
No comments:
Post a Comment