Ni trip malam pulak. Geng geng opis mate mem aku wat farewell kat bos depa. Farewell tukar department. Hehehe...sayang tul anak buah. Aku follow ja. Tempat yg depa pilih ni memang depa dah familiar dan selalu p. Asai nak makan best skit, tempat ni la depa tuju. Aku penah jugak join depa dinner sebelum ni tapi tak sempat nak up dlm ni. Tp semalam, alang alang dah sampai, aku amik la gambag skit.
Restoran yg depa tuju ni ialah Restoran Bagan Seafood. Lokasinya ialah di Tanjung Harapan di Klang. Restoran ni berada diantara 2 kolam pancing Sealion. Kolam berapa aku tak ingat tp yg aku ingat, Restoran ni selepas Kolam Perdana Sealion.
Seperti biasa kalau geng geng ni pi sini, menu utamanya yg depa dah tentu la ketam. Mcm mcm jenis masak depa pilih. Butter basah, kamhiong (masak bersama udang kering dan lada hitam), Mermit (betui ka aku eja ni aku tak sure), blackpaper. Selain dari ketam, menu tambahan lain turut diorder. Termasuklah siakap stim, sotong tepung, Kangkung goreng, Telur dadar.
Tiap satu ni mempunyai rasa yang unik dan aku boleh kata menyelerakan. Kepada kaki seafood yg major nya ketam, aku rekemen restoran ni. Dasat-dasat menu dia. Rasanya pun fuhhh.....Tp satu la aku pesan, nak mai sini nak try ketam, poket mau penuh la.Bukan apa, hampa tau la harga ketam mcm mana. Nak p sekali sekala line clear. Lg pun seafood kan. Tanya la dulu sekilo siap masak berapa ringgit. Aku lupa pulak tanya detail lg, sebab depa semua tong tong. Pi kat kaunter, tgk bil berapa, lepas tu tong tong ramai ramai. Jadi tak la terasa sangat.
|
Pintu gerbang restoran tu |
|
Suasana kedai. |
|
Ketam masak butter basah |
|
Ni la ketam masak kamhiong |
|
Licin liau |
|
Timbunan kulit ketam |
2 comments:
tak mahal ke ?
hmmm...boleh tahan...sekilo RM36 kot kalau utk ketam tu...sekilo ada la kot 2-3 ekor...ketam nipah berat skit...kulit tebal....sekali sekala nak layan ok la kot...tp ramai ja org datang...
Post a Comment