Pages

Sunday, August 21, 2011

Spesis Pengacau Umpan

Umpan kena kacau?sure marahkan bila rod bermain main, bagai ikan menyambar umpan. Tapi bila pusing mesin, naik dari pemukaan laut. Tu dia...."aku tak mau hg woi..."...."aku nak ikan yang lain". Laut terbentang luas, tak selalunya hasil yang naik mengikut apa yang kita nak.
Ni aku list, top 12 spesis yang memang pakar kacau umpan. Jangan hilang sabar, layan ja dulu.
Aku mulai dgn yang paling top kepada yang kurang top.

1. Sesirat
a. Ni list no 1 aku. Memang pengacau paling top. Rupa hodoh ditambah dgn perangai agak buruk dan gelojoh.Igauan buruk para pemancing.
b. Kalau naik sesirat ni, tali dan perambut akan berpintal-pintal. Sesirat ni akan bergulung sekali dgn main line dan perambut.
c. Silat hari bulan, perambut, mata snap swivel kena buang. Lepas tu yang menambah kengerian sesirat ni, ia akan menyebabkan main line belendir. Memang lemah la semangat.
d. Untuk mengelak, pemancing boleh gunakan umpan saiz besar, elak park tepi reba, air keruh dan cuba dapatkan kawasan dasar berpasir dan air jernih.

Memang kena dengan nama dan perangai-sesirat
2. Buntal
a. Ni kaki bunuh umpan terutama udang hidup. Dah la udang hidup ni sekog bukan murah nak beli, sekali angkat ikan ni pulak yang makan. Adoilaa...
b Kadang kadan kalau angkat mata, umpan dah clear, selalunya ikan ni la yang sebat.
c. Untuk mengelak dari ikan ni menghabeskan umpan, pemancing boleh gunakan umpan yang lebih besar.

Buntal aka Mrs Puff
3. Kerong
a. Sejenis ikan dasar dan banyak terdapat dikawasan terumbu atau pun tukun. Ikan ni memang pakar nak bagi umpan clear.
b. Ikan ini cukup minat umpan sotong kurita dan capable mengilangkan umpan dengan sangat cepat.
c. Manakala kalau umpan hidup, pemancing kena tukar/ganti selalu umpan tersebut.
d. Cara nak elak dari tension ngan specis ni, kena angkat skit umpan dari dasar. Jangan biar umpan tu tenggelam hingga ke dasar.

Kerong
4. Kekek
a. Specis yang bergerak secara berkumpulan. Specis ini tidak meyentap terus umpan, sebaliknya secara slow and steady menjamah umpan.
b. Cara untuk mengelak ialah dengan menggunakan umpan yang lebih besar.

ikan kekek mak elai elai
5. Kitang
a. Bergerak secara berkumpulan,
b. Gemar untuk mengetis umpan. Kalau specis ini berada situ kawasan, jgn harian la umpan yang diangkat sudah tidak cukup lengkap.
c. Tapi kalau dah boring sgt, layan ja la spesis ni. Masukkan saja dalam tong ais, habes cerita.
d. Balik rumah, goreng pun sodap. 

Kitang
6. Ulat bulu
a. Mampu untuk telan terus udang.
b. Pemancing perlu berhati hati ketika menanggalkan dari mata kail kerana specis ini mempunyai bulu bulu yang gatal dan sekiranya tekena boleh menyebabkan gatal gatal.

7. Pedukang
a. Mamak pedukang?.....kah kah kah
b. Ikan ini banyak bekeliaran dikawasan muara yang berselut/berlumpur. Secara fizikalnya mempunyai mulut yang besar dan badan yang bebelang.
c. Tabiat makan yang tidak memilih, semua umpan ikan ni sebat. Kadang kadang telan umpan sehingga ke insang.
d. Walaupun begitu, ikan ni agak melawan dan untuk pemancing, ikan ini memberikan sedikit trill ketika dinaikkan.
e. Pemancing boleh memilih utk ditong aiskan saja atau pun dilautkan balik ketempat asal. Buat masak sambal atau pun asam pedas boleh tahan rasanya. Err...cakap ja kat org specis lain....duri , mayong ker.
Pedukang

8. Gedema
a. Rakus...ikan ni memang rakus. Tak sikit melekat kat mulut tapi masuk sampai tak nampak mata kail kedalam perut.
b. Seperti pedukang, specis ini tidak mempedulikan umpan apa yang digunakan. Semua yang melekat kat mata kail akan disapu.
c. Kalau dah telan, amat susah untuk mengeluarkan mata dan kadang kala pemancing terpaksa mengeluarkan perambut dan digantikan dengan mata dan perambut yang baru.
d. Jangan tertipu dengan rupa parasnya yang seakan akan kerapu itu.

Ikan Gedema
9. Tapak Sulaiman.
a. Mampu untuk telan udang.
b. Makan secara perlahan dan tidak disedari oleh pemancing.
Tapak Sulaiman aka Patrick
10. Selinding
a. Mampu menghabiskan umpan umpun umpun sotong dan jugak udang.

11. Perumpun sarang
a. Biasanya berada dikawasan anak sungai dan tebing yang bereba.
b. Biasanya akan meratah secara perlahan lahan dan kalau udang yang digunakan, habis kaki dibahamnya.

Perumpun sarang
12. Belangkas
a. Biasanya berada dimuara dan anak anak muara.
b. Aku list makluk ni sebab member aku "berjaya" menaikkan specis ni di Tanjung Harapan Port Klang. Riuh rendah jeti Pak Hasan masa tu. Sampai sekarang jadi bahan kawan kawan.
c. Tapi makluk ni boleh makan. Naik pun boh ja dalam tong ais. Balik rumah cari org yang pandai masak. Cari menu org Kota Tinggi masak mcm mana.

 Belangkas

Arsenal vs Liverpool - 0-2

Ehmmmm....minggu lepas seri,, minggu ni kena.

Sunday, August 14, 2011

Ayam Percik Madu Pongsu Seribu

Ayam percik Pongsu Seribu ni teletak di Kepala Batas, Butterworth, Pulau Pinang. Kalau dari Tasek Gelugor simpang dihadapan Sekolah Irsyad tu amik kanan menghala ke Kepala Batas selepas Koskam dan jika dari Kepala Batas selepas Taman Orkid kedai nya berapa tepi jalan. 
Ayam percik ni dah lama aku nampak beroperasi, tp tak rasa pun nak singgah. Ya lah...pada anggapan aku ayam percik mana pun rasa sama ja. Lagi pun kalau balik kampung, sure aku akan wat BBQ.
Tp kawan mem aku rekemen ayam percik ni sedap. Fuhh....sampai rekemen sedap. Aku pun nak try la rasa pasai pa yang kata sedap tu.
Minggu lepas aku berkesempatan balik kampung, tempat tu pun tak jauh dari kampung aku. Apa lg aku pun p la cari. Kedai ni start beroperasi lebih kurang dari pukui 12 tgh hari. Masa aku sampai tu ayam baru dok golek. Tak siap lg. "Adik p la tempat lain dulu"...kakak yang jaga tu bgtau kat aku. Aku p la pusing Tasek Gelogog, lepaih tu aku mai balik. Tp elok sampai ja, ayam dah tinggai 3 ekog. Dari td yang penuh atas bara. Nasib baik ada belen lg. Dapat aku beli sekog.
Apa yang boleh aku kata, ayam percik ni memang berbeza dari ayam percik lain. Rasanya sedap dan meyelerakan. Patut la org rekemen. Lagi sekali balik Penang sure aku singgah beli.




Newcastle vs Arsenal - 0 - 0

Aparaaaaaaa........Newcastle pun tak boleh nak makan. Belum Man U, Chelsea lg.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...