Pages

Sunday, August 14, 2011

Ayam Percik Madu Pongsu Seribu

Ayam percik Pongsu Seribu ni teletak di Kepala Batas, Butterworth, Pulau Pinang. Kalau dari Tasek Gelugor simpang dihadapan Sekolah Irsyad tu amik kanan menghala ke Kepala Batas selepas Koskam dan jika dari Kepala Batas selepas Taman Orkid kedai nya berapa tepi jalan. 
Ayam percik ni dah lama aku nampak beroperasi, tp tak rasa pun nak singgah. Ya lah...pada anggapan aku ayam percik mana pun rasa sama ja. Lagi pun kalau balik kampung, sure aku akan wat BBQ.
Tp kawan mem aku rekemen ayam percik ni sedap. Fuhh....sampai rekemen sedap. Aku pun nak try la rasa pasai pa yang kata sedap tu.
Minggu lepas aku berkesempatan balik kampung, tempat tu pun tak jauh dari kampung aku. Apa lg aku pun p la cari. Kedai ni start beroperasi lebih kurang dari pukui 12 tgh hari. Masa aku sampai tu ayam baru dok golek. Tak siap lg. "Adik p la tempat lain dulu"...kakak yang jaga tu bgtau kat aku. Aku p la pusing Tasek Gelogog, lepaih tu aku mai balik. Tp elok sampai ja, ayam dah tinggai 3 ekog. Dari td yang penuh atas bara. Nasib baik ada belen lg. Dapat aku beli sekog.
Apa yang boleh aku kata, ayam percik ni memang berbeza dari ayam percik lain. Rasanya sedap dan meyelerakan. Patut la org rekemen. Lagi sekali balik Penang sure aku singgah beli.




1 comment:

Food mythbuster said...

Sekor RM20 hengget ? Kat nilai baru RM16 hengget...Memang Benar kata JL teruk dah inflasi dan ayam golek sbg tanda aras economy Setempat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...