Pages

Tuesday, January 31, 2012

Tempoyak Patin - Gerai Kak Mek/Afidah Temerloh

Dari Jerantut, kami melalui jalan lama ke Temerloh. Tiada apa yg menarik cuma permandangan ladang getah dan kelapa sawit dikanan dan kiri jalan. Keadaan jalan pun tak la seelok hiway, memaksa kami memandu lebih berhati hati dan perlahan. Tp ramai jugak yg berdezup memetong, mungkin sudah biasa dengan jalan disini.
Buat apa di Temerloh?. Tah, mulanya nak ikut melalui Hiway Pantai Timur keluar di exit Chenor.Tp tu mcm dah patah balik. So kami amik keputusan untuk ke Temerloh. Dari Temerloh baru kami akan gunakan Hiway. Kami satu famili belum pernah menjejakkan kaki di Temerloh.
Sebelum tiba di Temerloh, aku sempat call org Pahang. Kawan satu opis jugak, Pitek (nama panggilan yg bukan nama sebenar). Setahu aku, org rumah dia berasal dari Temerloh. So senang la kalau nak advise port port menarik kat sini. Akhirnya, Pitek memperkenalkan aku dengan satu kedai makan yg menjual tempoyak ikan patin. Kedai nya teletak di food court berhampiran Stesen Bas lama Temerloh. Food court ini merupakan yg paling belakang dan mengadap sungai.
Cara guide dlm phone mcm senang. Tp kami semua bukan dari Temerloh dan ni merupakan pertama kali sampai, jenuh jugak la nak cari jalan. 2,3 kali pusing baru jumpa kedai. Petuanya mudah. Cari kedai yg ada 3 periuk besar. Mcm ni punya petua pun ada. Tp bila aku sampai, hanya 2 periuk sj yg ada. Lg satu tak sure p mana. Dah basuh kot. Menurut Pitek lg, ada 2 jenis patin disini. Patin liar dan patin sangkar. Patin liar semestinya lg mahai la. Bukan senang nak tangkap makluk tu kat sungai.
Org agak ramai walaupun sudah pukul 3.30 ptg. Kami duduk, kemudian order air. Aku terus ke periuk besar. Satu periuk dah habes. Satu lg pun tinggal separuh. 
Aroma tempoyak ni memang tak tahan. Aku terus order seketul. Bahagian ekor. Harga seketul ialah RM10. Tp tgk saiz memang berpadanan la dengan harga. Penuh satu mangkuk. Aku tambah ulam, sambal belacan, telur masin dan nasi 2 pinggan. Aku sebenarnya bukan minat pun ikan air tawar. Tp disebabkan reputasi patin ni hebat, so why not try. Sekali aku suap, perghhh....rasanya memang superb. Semua cukup. Garam, lemak, tempoyak dan pedas memang ngam. Dah tak yah nak tambah perisa lg. Isi ikan patin ni pulak lembut, tak bau hanyir atau pun bau tanah. Memang menyelerakan. Walaupun perut aku tak lapar, tp satu pinggan nasi tetap licin. Hisyam, Hannah dan mem aku makan. Semuanya berselera kecuali Hadi. Jumlah bayaran temasuk air minum 4 gelas cuma RM23. Kami tambah lagi 2 ketul dibungkus utk di bawa balik. Sebenarnya kedai ni merupakan kedai nasi campur. Pelbagai lg lauk lauk yg ada. Cuma, patin memang menjadi special dish kat sini. Kalau tak lalu ikan sungai ni, lauk lain byk lg. 
Kepada semua yg nak p atau nak singgah Temerloh, aku rasa hampa semua kena try makan ikan patin kat kedai ni. Kepada geng geng laut yg rasa ikan sungai ni tak berapa sedap, hampa kena try yg ni dulu baru komen. Kalaulah aku datang ke Temerloh lg, kedai ni memang masuk list wajib utk aku kunjungi. Selesai menjamu selera, kami berangkat pulang ke KL. Kenangan patin memang tak boleh lupa. Ada rezeki kita jumpa lg. 




Sunday, January 29, 2012

Arowana Kelisa - Nak tukar air akuarium

Bulan lepas, aku berkesempatan utk pergi ke salah sebuah kedai arowana yang terkenal di Bandar Country Homes, Rawang. Tujuan aku, utk melihat dengan kepala aku sendri dua ekor induk pra matang Malaysian Gold Blue Base F0, MGBB F0. Kepada peminat kelisa pastilah mereka sudah arif apa itu Malaysia Gold dan apa itu Blue Base. Dua dua jenis ini merupakan antara specis paling superb yg berada dimuka bumi sekarang ini. Tp apa dia F0. F ini melambangkan genarasi arowana yg diperolehi secara liar. Yaaa...secara liar maksudnya di tangkap di sungai atau di tasek Bukan dibreed dlm kolam atau dicross induk induknya. Purely liar dari habitat asal. Dasat?. F0 ini merupakan generasi pertama dari sungai. Manakala F1 merupakan anak F0 dan seterusnya. Paham?. 
Elok saja aku parking keta depan kedai tu, tokei kedai pun sampai. Orgnya berkaca mata, simple dan mudah mesra. Nama panggilan beliau ialah Abg Mus. Aku dijemput masuk dan ditunjukkan akuarium mana induk tu berada. Selesai sesi foto, aku sembang sembang dengan tokei kedai. Satu benda yg aku kagum, semua akuarium yg menempatkan anak anak aro disini tidak ada air pump, tiada buble langsung. Yg ada cuma water filter. 
First soalan yg Abg Mus tanya aku. " Mcm mana ko tukar air akuarium ko". Aku cerita. Kat hujung cerita aku, Abg Mus potong "semua salah". Aku diam. Lepas tu Abg Mus start cerita dan aku tadah telinga saja sampai kesudah. Hampa bayangla mcm mana Chef Wan cerita semasa program memasak, mcm tu jugak la Abg Mus bercerita pasai arowana. Mamat ni bukan sebarang org. Sudah lama berkecimpung dlm dunia aro. Ada kedai, showroom dan ada farm sendri. Giat pula dlm RnD Aro. Segala yg dibelajar di apply terus ke farm dan showroom. Aku tergelak bila abg Mus secara sinis mempersendakan "otai-otai" yg kononya pandai pasai aro ni dlm facebook. Pandai apa kalau buble hilang 2 jam ikan dah mati. Hahahaha...
Sudah beberapa tahun aku bermain dengan arowana, baru sekarang aku tau ilmu aku kat mana. Supaya aku tak lupa apa yg Abg Mus share dengan aku, kat sini aku nak kongsi ada yg aku belajar. Bukan senang nak belajag dari yg betul betul otai. Yg mcm otai tu ramai. Biasanya jumlah air yg ditukar adalah sekitar 1/2 dari isipadu asal ayag akuarium. Ni step aku aku listkan supaya senang nak ingat. 
1. Takungkan air paip yg baru kedalam satu bekas. Bekas tu adalah belas yg lain. Jgn takunkan dalam akuarium yg sama. Tu tak guna la. Cari bekas lain dan saiznya agak agak cukup utk ganti 1/2 air akuarium tersebut.
2. Masukkan anti klorin. Baca label betul betul. Tunggu sehingga anti klorin tu merebak keseluruh kawasan air.
3. Test dengan klorin tester sehingga air takungan td betul betul telah hilang klorin. Klorin adalah satu agen yg tidak baik dan memberi kesan kepada ikan aro. Kandungan klorin perlu dipastikan betui betui hilang. Pastikan air betul betul neutral dari klorin.
4. Masukkan vitamin. Ini penting utk tumbuh besar aro dan utk melawan penyakit. Sama la mcm kita jugak walaupun ni hanyalah ikan. Lg sekali, baca label betul betul. 
5. Masukkan black water. 
6. Kemudian barulah pindahkan air yg telah dirawat ini kedalam akuarium dimana ikan tu berada. 


Biasanya air paip dimasukkan dulu barulah anti klorin, black water dimasukkan dengan ikan tu berada bersama dlm akuarium. Ini adalah bahaya kerana air tersebut belum dirawat dengan sempurna. Klorin masih ada walaupun dlm julat masa yg pendek. Takat lampam kalau buat mcm tu pun boleh tungging terbalik, ni pulak arowana.
Bila ikan berada dlm habitat yg sihat, barulah ikan tu kuat dan tidak perlu buble lg. Maksud habitat disini ialah air akuarium. Menurut Abg Mus lg, ikan jgn diajag dengan buble. Buble akan meninggkatkan kandungan oksigen dalam air. Bila oksigen meningkat, insang ikan tidak perlu bekerja kuat utk bernapas. Dan kesannya, insang ikan tidak membesar dengan sempurna. Ikan dah besar panjang tp insang masih kecil. Tu la sebabnya jika electric trip, buble out. tak sampai beberapa jam, ikan mati.
Dlm tasek atau sungai, buble tarak. Tp pasai pa ikan hidup. Hidup sihat dan lama pulak tu. Habitat yg sihat dengan sumber air adalah dari air hujan yg tidak berklorin. Jadi pertumbuhan insang berkadar langsung dengan badan. Hanya dengan kandungan semulajadi oksigen dlm air sudah cukup utk dibekalkan kepada ikan. 
Abg Mus sambung lg. Filter yg ada hanya tu circulation air. Tidak lebih dari itu. Abg Mus tunjukkan aku apa yg ada dlm filter tu. Kosong. Kapas tarak. coal tarak. Tu dia. Ni lg satu buat aku kagum. Selama aku bela, kapas sebulan sekali aku tukar. Rupanya kapas juga boleh menberi kesan kepada arowana. Coal pun sama. Jgn letak apa apa dlm filter. Biar kosong. Sekadar untuk pengaliran air turun naik. Lg satu, jgn lupa letak bakteria baik. Mcm vitagen tu la. Tp bukan Vitagen. Jgn hampa p tuang vitagen pulak dlm akuarium. Tp ni bakteria khas utk arowana. Abg Mus siap telan bakteria tu depan aku. Gila, punya nak tunjuk bakteria tu baik utk kesihatan. 
Apa mcm. Lepas baca posting aku ni. Hahahaa....tgk tgk balik la akuarium tu. Jgn heran kalau tiba tiba ikan kesayangan timbui. Rasa rasa dah mcm superb dan step penjagaan. Apa yg tak kena sampai ikan arwah. Tak susah beb. Punya semua dari persekitaran (air) yg tak dirawat dengan betul. 
Kalau nak tgk rupa F0 tu mcm mana hampa p sini. Esok lusa baru aku up gambag aku, sori aku berada diluar kawasan. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...