Pages

Friday, September 28, 2012

Restoran Kacang Pool Haji

Restoran ini teletak di Plaza Angsana, bahagian belakang berhadapan dengan parking kereta. Kalau sapa sapa nak cari, senang saja. Cari kedai kedai makan yg berada di bahagian belakang. Kami sampai waktu malam. Kebanyakan kedai sedang membersih peralatan utk tutup dan ada yg dah tutup pun. Kami duduk di kerusi yg ada kat depan tu, aku terpandang kedai ni. Kacang Pool?...pernah dengar menu ni. Tp sekali pun aku belum pernah cuba menu ni. 
Kami menghampiri restoran ni. Saja nak tgk rupa paras masakan ni. Secara ringkasnya, kacang pool ni dimakan dengan roti yg dipanaskan atas plat. Menarik...aku terus order satu set. First suap masuk mulut, aku terus terpukau. Memang enak. Aku berani kata lg sedap dari roti canai atau roti bakag yg di sapu kaya dan mentega. 


Tuesday, September 18, 2012

Kedai Makan Rahmat, Kpg Pasir Puteh Pasir Gudang

Satu kedai makan yg femes yang berada di  Pasir Gudang. Tak percaya boleh search dlm google. Ramai dah blogger cover. Lokasinya agak kedalam dan sedikit sukar kepada yg pertama kali datang. Mcm aku ni dah beberapa kali sampai bermula dulu masa aku wat keja kat yard (yg berada berhampiran), budak budak Sime yg bawak aku p sini.
Satu resepi yg agak berbeza dan belum pernah (aku rasa) ada di mana mana sajian yg seperti disini. Main course kedai makan ini ialah siakap goreng. Dicicah dengan kicap bawang dan cabai hijau. Kalau nak tambah lauk, kedai ni turun menyediakan menu seperti sambal udang, ikan bilis kacang, udang goreng, sayur dan kuah. Minuman boleh diorder dengan jug. Apa pun, siakap goreng ni memang sedap. Paling baik time ikan tu panas dimakan dengan nasi panas. Senang cerita, kalau sampai ke Pasir Gudang, aku rekemen utk singgah dan menjamu selera di kedai ni. Dan aku pasti, sekali lg kalau aku berada disini, aku akan kembali meratah siakap goreng yg enak tu. 
Nak kontek number, ambik kat tayar bwh ni.


Friday, September 14, 2012

Ateh Corner Taman U Skudai, Johor

Kedai makanan yg menarik utk dikunjungi. Aku singgah secara tak sengaja. Maksud aku, bukan aku jumpa kat internet dan kemudian terus tuju. Aku nampak tepi jalan, mcm menarik, parking kereta dan tuju kat kerusi. Bila bukak menu, pelbagai pilihan masakan yg ada. Tp yg menarik hati aku cuma sotong, pari dan kerang bakar. Bersama dengan menu tersebut, aku turut meng order tomyam.
Biasanya di johor, ikan yg dibakar akan dilapik dengan daun pisang dan dibakar besama sambal. Tidak seperti diutara, ikan akan dibakar kemudian dicicah dengan air asam. So, Ateh Corner turut menggunakan kaedah yg sama. Ikan pari dan sotong dibakar diatas daun pisang bersama dengan sambal. Cubitan pertama yg masuk dlm mulut aku, terasa keenakannya. Cuma sambal tu bg aku pedas dan tidak berapa sesuai utk kanak kanak. Mungkin sesetengah org dewasa pun tak tahan dengan level pedas sambal tu. Tomyam pun enak dan pedas. Memang kena kalau makan dengan nasi panas. Lepas tu minum pulak teh o panas, baru rasa bibir mulut berasap. Tgk la gambag yg sempat aku snap, boleh bayang berapa pedas sambal ikan bakar tu. Rekemen aku, sampai Taman U, kedai ni kena singgah. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...