Pages

Friday, October 21, 2011

Ayam Golek Bro - Rantau Panjang, Klang

Ayam golek bro mula beroperasi sebelum Ramadan yang lepas. Beroperasi berhampiran traffic light Jalan Kapar ke Rantau Panjang dan ke Klang. Kedai bro ini berada betul betul ditepi simpang tersebut dan nampak dari jalan utama. Rasa ayam  golek Bro ini memang berbeza dan meninggalkan satu signature kepada namanya. Bila sebut nama, dah terbayang rasanya.
Beberapa hari selepas dibuka, aku singgah utk test keenakkan ayam ni. Hmmm, ternyata ada perbezaan dan sejak itu, aku terus mengunjung kedai bro ni jika menu aku ialah ayam golek. Ayam Golek Bro ni diusahakan oleh Wan Jaafar. Seorang pesara pekerja kontrak TNB. Ketika menceritakan pengalamannya pada aku, resepi yang digunakan bukan di cedok atau ditiru dari mana mana sebaliknya, dicuba sedikit demi sedikit sehingga betul betul berpuas hati dengan rasanya. Proses mencuba ini dilakukan oleh bro sendri, dengan anak anak sebagai juri. Akhir sekali setelah berpuas hati, barulah bro kita ni memulakan perniagaannya. Hasilnya sepanjang Ramadan, pembeli terpaksa beratur panjang hanya utk membeli ayam golek ni.
Sekiranya ada berada disekitar Klang atau melalui Jalan Kapar, anda boleh memcuba ayam golek ni. Ayam golek bro ini boleh dihubungi di 016-280 4429. Seekor beharga RM16 dan 1/2 ekor dijual pada harga RM9. Perkhidmatan catering juga disediakan dan "Dipanggang di rumah Anda". Kepada pengemar ayam golek, ayam golek dari bro ni perlu dimasukkan dalam list anda. 






Wednesday, October 19, 2011

Jalan Beruang - Warung

Jalan Beruang. Ni nama jalan dimana warung ni berada. Warung terletak ditepi jalan dan bersebelahan dengan sekolah. Ni lah satu satunya restoran yang kami mai makan lebih dari 2 kali seminggu. Kampeni ada cafe, tp makanan kat cafe mcm ada yang tak cukup. Kami lebih sanggup gagah keluag time lunch utk ke sini. Kadang kadang bekereta, kadang kadang dengan moto.
Warung ni tak bernama. Sempena berada dijalan beruang, so kami pangge kedai ni kedai jalan beruang. Konsep simple. Konsep warung. Lauk dan nasik dah dimasak ditempat lain dan kemudian dibawa dan dihidangkan disini. Minuman disediakan di warung ni. Masakan selalunya kat sini ialah ikan merah masak lemak. Kadang kadang kepala ikan pun ada. Choice tak banyak tp cukup utk membangunkan selera nak makan. Lauk yang disajikan disini lebih kurang 10 jenis, Lauk byk byk pun, yg ambik cuma satu dua jenis saja. So sebenag nya lg simple kedai tu, lg sedap dan menarik utk kita makan. 
Menu selalu aku ialah nasik puteh, ikan merah masak lemak dan sedikit sayug petola dan minuman regular aku ialah  Teh O.  


Sunday, October 2, 2011

Nasi Kukus Ayam Rempah - Seksyen 7 Shah Alam

Kena try. Masakan simple tp berbaloi kalau try. Ada rasa, sedap, menyelerakan dan mampu milik (murah la senang kira). Nasi ni akan dihidang dalam kertas makanan dan diletakkan dlm pinggan. Mungkin utk bg senang supaya pinggan tak kena cuci. Sepinggan/sebungkus nasi ni berharga RM6 sahaja.  Kena pulak time order tu ayam baru lepas goreng, fuhhh...memang terbaik. Jangan risau, promosion ni free.
Kedai ni terletak di Anjung7 Seksyen 7 Shah Alam. Anjung 7 ni berada dibelakang Unisel. U turn selepas Shell Sekyen 7 dan masuk ke kiri selepas simpang no 2 bersebelahan Unisel.
Aku rasa semua kedai kedai lain merupakan sebahagian dari Arab Cafe kecuali 2-3 kedai termasuk kedai ni. Tiada menu lain yang dijual kecuali nasi kukus ayam rempah. Order dan nasi akan dihantar ke meja. Minum org lain datang amik order. 
Orait....jom tgk gambag. 

Food Court Anjung 7
Inilah rupanya kedai tesebut - simple
Ayam rempah bersama nasi kukus

Saturday, October 1, 2011

Tutti Frutti - Kedai Yogurt

Hampa kena try kedai ni. First time aku masuk kedai yg mcm ni. Biasanya kalau aku p beli yogurt yang dah siap kat supermarket ja. Tak pernah pulak aku jumpa kedai yogult yang mcm ni. Tgk dari luag memang teringin nak masuk. Tertanya tanya mcm mana rupa kat dlm. 
Apa lg, aku dan famili terjah la masuk. Kedai pulak nampak mcm exclusive dengan warna putih menjadi tema. Memang menyerlah. Masuk ja cerah sungguh suasana dlm kedai.

Kedai Tutti Frutti



Konsep kedai ni lebih kepada layan diri. Nak byk mana, apa jenis, rasa apa semua ambik sendri. Ambik mangkuk kertas p cari mesin masukkan yogurt byk mana nak makan, lepas tu p tambah topping. Semua ni buat sendri. Lepas dah tambah topping baru ke kaunter untuk timbang. Bayag yogult ikut berapa berat kita ambik. Anggaran aku mcm 100gram/RM5. RM5 lebih skit la.Perasa yang ada pun mcm mcm jenis. Aku tak inga ada berapa, ada 4 kot. Mem aku ambik strawberry dan delima.


Gambag atas diatas ni yang mem aku ambik. Hampa tau harga berapa, RM19.50. Mcm mana, berbaloi?.
Kalau kaki yogult memang ok la kot. Tapi apa pun, hampa kena try makan kat kedai ni. Aku raspek la sapa yg invest wat benda ni. Bagi aku sesuatu yang baru dan fresh. Kalau kena gaya, boleh kaya. All the best Tutti Frutti. 




Restoran Ayam Penyet-AP - Pusat Komersial Seksyen 7

Posting ayam penyek lg. Kali ni aku try kat seksyen 7 Shah Alam berhampiran pintu belakang UiTM. Tak kira malam bila pun jika time kuliah (student UiTM ada), kawasan ni memang meriah. Bila masa pun penuh dengan manusia. Time student cuti, sunyi skit. 
Restoran yang aku p ni terletak berhampiran dengan Subway dan Alikhsan dan tak berapa jauh dengan Jakel. Tepi jalan ja. Senang nampak. Tak dak masalah untuk parking kereta tp mungkin kena jalan jauh la skit.

NI la kedai yang aku cerita tu
Tgk menu dia mcm mcm. Boleh tahan variasi penyet yg ada. Udang pun penyet jugak. Menu yang aku pilih malam tu ialah ayam penyet, daging rendang dan udang penyet. 
Rasa memang menarik. Ayam rasa agak berbeza dengan kat Pandan yang aku makan dulu tu. Ranggup dan sedap. Tempe dan tauhu yang juga enak, sambal memang pedas. Nak cicah sambal tu hati hati skit. Takut nanti tak cukup air pulak nak cover pedas.

Rupa ayam penyet, rendang dan udang penyet.
Harga set ayam penyet disini ialah RM7.50 dengan nasi dijual berasingan berharga RM1.20.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...