Pages

Saturday, September 24, 2011

Nasi Beriani - Maluri

Nasi beriani terletak dihadapan Masjid Al Iman Shafie Maluri dan simpang Jalan Pria. Kalau dari Jalan Tun Razak, amik ke Pandan dan terus naik Flyover menghala ke Maluri. Selepas Institut Kemahiran Baitulmal Wilayah Perseketuan ialah Masjid Al Iman Shafie.
Biasanya aku makan kat sini cuma pada hari jumaat saja dan aku rasa menu beriani ni pun adalah khas pada hari jumaat saja. Tp aku tak sure. Nanti aku check balik.
Beriani ni open. Nasi lauk dan dalca ambik sendri. So dengan selamba pembeli boleh pilih byk mana nasi nak makan dan part part dlm lauk tu boleh dipilih sendri. Ceduk la kuah byk mana nak, ayam berapa ketul dan dah puas pilih, terus bayar dikaunter dan baru makan. Senang.
Menu biasa lauk ialah ayam masak merah, daging lembu dan kambing. Turut tersedia acar buah dan dalca. Selalunya menu pilihan aku adalah ayam masak merah bersama acar buah dan dalca.

Lauk, acar buah dan dalca
Untuk hari ni, menu aku tetap sama iaitu nasi beriani, ayam merah, dalca dan acar timun. Minum standed aku la teh o. Nasik aku RM7.50. Aku rasa masih bebaloi dengan apa yang aku ambik.

Nasi aku
Ni member aku punya yg agak warna warni
Keseluruhannya sebelum solat jumaat beriani ni jadi pilihan. Tp tak la selalu datang sini. Biasanya rotate la 2-3 minggu sekali.
Boleh repeat lg beriani ni. Ada rasa tersendri boleh dicuba lg. 

p/s - pics courtesy of blogger HMS. Terima kasih byk byk. 



Wednesday, September 21, 2011

Adam Char Kaoy Teow - Permatang Pauh

Antara char terbaik Seberang Perai. Tempat ni aku selalu p. Lama dah depa meniaga tp trip aku ni, bangunan depa dah tukag baru. Tp tak jauh mana pun, bersebelahan. Meja dan kerusi makan masih berada ditempat yang sama. Cuma dapug masa depa dah ubah p tempat baru. Lebih mudah dan selesa.
Macam biasa, tempat ni sentiasa dipenuhi oleh pelanggan. Takat order lambat nak sampai tu kira bg aku tarak masalah la nak tunggu. Kalau dah lapag sangat, boleh pekena dulu nasi lemak bungkus. Boleh la lapik perut dulu sebelum char nak sampai. Aku rasa sama mcm dulu, tukang masak ada 4 org dengan 4-4 sekali jalan. Char ni memang boleh pukui char dari Teluk Air Tawar (boleh refer posting aku sebelum ni). Pesaing terdekat char ni adalah char Sg Dua sebelah hiway tu. Boleh test tgk mana lg sempoi. Ni aku tak kira Char Alka Ria lg. Tu pun sempoi jugak, cuma aku rasa dah lama gila aku tak test char tu. Hari tu balik raya, nampak kedai dah makin besag. Cuma time aku lalu tu, kedai char Alka Ria tu tutup. Lg satu dengag dengag char dekat Perda pun boleh tahan. Next trip balik Penang aku cover dua dua char tu. Bg settel posting Char Permatang Pauh ni dulu.
Nak p sini agak mudah. Dari hiway tu cari exit Permatang Pauh. Exit ni lepas skit saja dari Seberang Jaya. Dari exit tu amik kanan menghala ke Permatang Pauh. Kalau ke kiri, ke Mak Mandin. Selepas amik kanan, straight sehingga jumpa traffic light. Amik kanan lg ke Permatang Pauh. Kedai tu dah tak jauh dari traffic light tu. Memang betui betui berada dalam pekan Permatang Pauh.
Kepada yg turun penang makan angin atau makan makan, kemudian terlepaih mai Butterworth ,char ni hampir wajib untuk disinggah. Mai la rasa char yg betui betui berada di Penang. Dah byk kat tempat lain Penang Char Kaoy Teow. Tp ni betui betui berada di Penang. Turun Penang tak kena Char, maka tak cukup syarat. Jgn esok balik tempat asai dok wat teringat sudah. Sekian. 

Adam Char Koay Teow
Kedai secara open space

Ni rupa char dari permatang pauh

Azmi Pisang Goreng - Shah Alam Seksyen 19

Pisang goreng ranggup dan sedap. Specialnya punya goreng dan terbukti sedap sebab kalau nak beli kena beratur panjang. Mcm p mengundi.
Lokasinya terletak dihadapan CIAST dan berdekatan dengan Stesen komuter Shah Alam. Minggu lepas aku sampai sana, dah ada construction bersebelahan tp kedai ni masih beroperasi seperti biasa. Pukui berapa operasi aku tak sure, tp selalunya dalam pukui 2-4 ptg aku sampai, pisang ada lg. Tp cuma luck nak beratur panjang atau tak. Sapa sapa sampai Shah Alam, boleh singgah warung ni.

Beratur dulu.
Tgk la stock pisang dalam tupperwear tu
Pilih pilih
p/s - Gengs kaki makan sekelian, aku rasa kedai ni dah pindah la.


Dua hari lepas aku lalu jalan ke Stesen Komuter Shah Alam, kedai ni masih beroperasi seperti biasa. Tp sebab urgent aku tak sempat nak singgah. 



Warung Ibu-Tanjung Karang

Ni kedai ayah member aku. Mamat ni dulu satu office dengan aku tp dia bahagian lain la. Dia IT. Kenai pun member atas member. Tak berapa lama kenai, aku dengar dia dan nak resign. Biasa la kalau member satu company resign, mcm mcm la gatai nak p tanya. Pasai pa resign, tak puas hati gaji kecik ka, lepas ni p mana, offer lg baguih ka, apa ka, sapa ka dan ka ka. Last last dapat tau dia balik kampung wat bisnes. Tu dia, org pekan pakat pakat balik kampung wat bisnes. Dok kampung lagi kaya sekarang ni. Ha ha ha rezeki. Dia join ngan family dia bukak restoran juai nasik ambeng. Nasi ambeng ni adalah sejenis masakan jawa, yg tu ja aku tau. Sejarah asal usul nasi ambeng ni jgn tanya. Tanya bila nak p makan, yg tu aku boleh jawap. 
Aku n family akhirnya sempat singgah restoran mamat ni, Warung Ibu. Warung ibu ni terletak tak jauh dari Pekan Tanjung Karang. Kalau dari Kapar dan Kuala Selangor, Warung Ibu berada disebelah kanan sebelum Pekan Tanjung Karang. Signboard Warong Ibu dah nampak dari tepi jalan. Agak besar dan kalau tak nampak lg memang ketegori buta la.
Kedai selesa, banyak tempat duduk dan tak yah risau nak park kereta kat mana. Tapak parking penuh ditepi restoran tu, dimana tapak ni jugak berhadapan dengan rumah tuan punya Warung Ibu ni. Rumah turut dijadikan sebagai sebuah homestay.
Aku tak pandai sangat nak menilai nasi ambeng ni. Ye la, nasi putih makan dengan ayam goreng. Satu dunia rasa sama saja. Tp apa yang boleh aku kata, ayam goreng disini memang fresh, ranggup panas panas dan lain mcm skit rasanya. Ada la tu rempah ratus yang digunakan. Menyelerakan. Walaupun sajiannya agak simple, tp nasi ambeng di Warung Ibu ni adalah nasi ambeng feveret aku. Kalau lalu Tanjung Karang dan kena pada masanya (biasanya lepas 3 ptg kedai dah nak tutup, dah clear nasi ambeng) aku akan singgah makan.
Selain nasi ambeng, Warung ibu turut menyediakan hidangan berberapa jenis lauk bersama dengan sayur. Tak byk pun menu lauknya, tp time aku sampai tu ada masakan ikan sembilang. Hah, ikan sembilang woi. Aku confirm balik ngan pak cik yg jaga kaunter (aku rasa ni ayah member aku tu). Mana lah tau takut keli. Pakcik tu confirm memang sembilang. Aku nya nasik ambeng kansel. Terus layan sembilang. Mem aku amik nasik ambeng sekali ngan Hadi. Hanna n Hisyam kami suap dari pinggan yg sama. 
Akhir kata, member aku tu aku tak jumpa pun. Tah dia p mana aku tak tau. Tapi port ni aku rekemen port nasi ambeng utk yang nak cuba. Bagi aku, ni memang sempoi. Tak reti nak bg bintang. Aku bg bintang nasi kandag n laksa saja.

Warung Ibu.
Suasana warung
Lauk lauk tambah jika tak minat nasi ambeng

Ni rupnya nasi ambeng warung ibu
Ikan sembilang bersama bergadil

Saturday, September 17, 2011

Restoran Roda - Jln Batu Belah

Restoran ni terletak di Jalan Batu Belah, Klang. Tak la jauh sangat dari rumah aku. Kalau dari Tol Shapadu RM0.60 sen menghala ke Tanjung Harapan/Port Klang restoran ni terletak selepas stesen minyak shell disebelah kanan. Tp kalau dari Kapar, selepas Carrefour, restoran tu berada disebelah kanan.
Restoran ni dah lama kat sini dan sudah mengalami pelbagai perubahan. Sejarah perkembangan kedai tu ada diabadikan dlm bentuk foto yang dilekat di dlm kedai tersebut. Memang dah lama kedai ni beroperasi.
Kedai ni menyajikan pelbagai hidangan sarapan dan nasi campur pada waktu tgh hari.Malam tutup.
Aku sempat cover waktu pagi. Disebelah pagi menu yang disediakan adalah nasik lemak, mee goreng, bihun goreng, mee kuah, dan roti canai. 
Disebelah tgh hari pulak, Restoran Roda menyediakan pelbagai lauk pauk. Memang meriah. Kalau sesiapa yg pening kepala nak carik port maka tgh hari kat area Batu Belah, Sg Pinang ataupun sekitar Bukit Raja, Restoran ini tersedia untuk kunjungan anda. 

Signboard kedai ni
Restoran Roda
Nasi lemak sotong

Friday, September 16, 2011

Restoran Bagan Seafood - Geng kaki Ketam

Ni trip malam pulak. Geng geng opis mate mem aku wat farewell kat bos depa. Farewell tukar department. Hehehe...sayang tul anak buah. Aku follow ja. Tempat yg depa pilih ni memang depa dah familiar dan selalu p. Asai nak makan best skit, tempat ni la depa tuju. Aku penah jugak join depa dinner sebelum ni tapi tak sempat nak up dlm ni. Tp semalam, alang alang dah sampai, aku amik la gambag skit.
Restoran yg depa tuju ni ialah Restoran Bagan Seafood. Lokasinya ialah di Tanjung Harapan di Klang. Restoran ni berada diantara 2 kolam pancing Sealion. Kolam berapa aku tak ingat tp yg aku ingat, Restoran ni selepas Kolam Perdana Sealion.
Seperti biasa kalau geng geng ni pi sini, menu utamanya yg depa dah tentu la ketam. Mcm mcm jenis masak depa pilih. Butter basah, kamhiong (masak bersama udang kering dan lada hitam), Mermit (betui ka aku eja ni aku tak sure), blackpaper. Selain dari ketam, menu tambahan lain turut diorder. Termasuklah siakap stim, sotong tepung, Kangkung goreng, Telur dadar.
Tiap satu ni mempunyai rasa yang unik dan aku boleh kata menyelerakan. Kepada kaki seafood yg major nya ketam, aku rekemen restoran ni. Dasat-dasat menu dia. Rasanya pun fuhhh.....Tp satu la aku pesan, nak mai sini nak try ketam, poket mau penuh la.Bukan apa, hampa tau la harga ketam mcm mana. Nak p sekali sekala line clear. Lg pun seafood kan. Tanya la dulu sekilo siap masak berapa ringgit. Aku lupa pulak tanya detail lg, sebab depa semua tong tong. Pi kat kaunter, tgk bil berapa, lepas tu tong tong ramai ramai. Jadi tak la terasa sangat.

Pintu gerbang restoran tu
Suasana kedai.
Ketam masak butter basah

Ni la ketam masak kamhiong
Licin liau
Timbunan kulit ketam

Restoran Tajine-Nasi Arab

Tgh hari jumaat lepas, kami set sat lunch kat Tajine Restoran Arab. Restoran ni belakang opis aku saja. Dah byk kali aku makan kat sini, tp hari ni special skit. Hari ni MadMuzz dan Wandy nak open table. Sorang baru balik dari Paris yg sorang lg baru balik dari Site di New Caledonia. Tp minggu depan nak p balik. Dah setahun mamat tu kat site. Tau tempat ni kat mana?....
Ramai yg join tp semua dari satu department. Tarak apa aku nak cerita cuma nak share gambag gambag makanan yg ada kat situ.Aku makan Chiken Mandi dengan manggo jus. Yang lain lain aku tak ingat sebab agak ramai yg join. Rasa biasa dan lebih kurang mcm Alrawsha tp ramai jugak yg kata Alrawsha lg sedap. Feveret aku masih Nasi di Arabic Cafe di Bukit Raja dan Restoran Saba di Cyberjaya.
 
Chiken Mandi
Chiken close up
Kuah

Ayam Pecal - Asama Tomyam

Tgh hari ni aku ngan budak satu opis join lunch sekali. Geng xcompany aku pun turun  jugak MD dan Savin pun ada. Port kali yg dipilih ialah satu restoran di Kampung Pandan. Nama restoran ni Asama Tomyam atau geng aku pangge restoran toman. "Toman" sebab dlm kedai tu ada sekor ikan toman besag. Semalam Saf, Tobab n Pitek dah try dah tempat ni. So dengan rekemen depa la, kami p.
Kalau dari Jalan Tun Razak, selepas bulatan kampung pandan tu, cari menghala ke kampung pandan. Selepas Komplek Sukan, jalan terus. Kedai ni berada disebelah kiri jalan. Tempatnya agak kebelakang tp dah boleh nampak dari jalan besag. Cuma nak masuk simpang tu kena hati hati skit.Tak berapa nampak.
Ayam goreng, sambal, sedikit sayur dan dimakan bersama nasi puteh. Satu menu bg aku agak simple dan fresh. Ayam tu aku rasa digoreng dengan kunyit saja. Sedikit sup diberikan sebagai kuah. Rasa?....rasanya ok dan apa yg penting boleh repeat balik. Harga sepinggan ayam goreng dengan nasik puteh ialah RM6.50.
Kita tgk apa komen peserta peserta foodbuster kali ni...

JL : Dekat ngan Opis
L : Sedap.....
Saf : ok
Savin : Boleh repeat balik
MD : ok
Pitek : Blurrppp...kenyang
Tobab : Not bad
Aku : Ok boleh mai lg

Ni sayug pecal

Ayam goreng dan sambai
Licin woi
Waktu Operasi




Sunday, September 4, 2011

Nasi Lemak Kepala Batas

Kakak ni meniaga tepi jalan. So tarak la nama kedai dan aku just namakan nasi lemak Kepala Batas. Sebelum bertolak ke Klang, aku sempat repeat nasik lemak ni. Locationnya berhampiran dengan Sekolah Abdul Kadir. Kak ni open khemah dia betui betui sebelah pagag sekolah tu. Semalam aku dah beli sekali. Balik rumah test makan. Fuhhhh.....dia punya sambai memang A+. Pedaih tak ingat. Kalau makan,higus boleh meleleh keluag la. Sedia tisu byk byk nak lap.
Kat blah utara ni, kalau org tu kata pedaih, memang pedaih la. Betui betui pedaih. Tak payah dok wat sempoi suruh tambah pedaih lg. Tp yang pedaih tu yang selera. Sepanjang aku hidup kat KL or Klang, tak penah aku makan nasik lemak yg pedaih mcm tu. Tp blah utara ni, standard la. Kalau makan, memang kena tahan pedaih.
Lauk lauk yang ada utk nasik lemak ni termasuklah ayam sambal, sambal sotong kering, sambal udang, sambal sardin, Ikan kering (ni masak apa aku tak tau, nampak mcm masak asam atau kicap), sosej goreng, telur goreng dan sambal ikan bilis. Most menu kakak ni adalah sambal. Ikan bilis, timun dan telur rebus akan ditambah kemudian. Kakak ni akan tanya, nak bubuh telur atau tak. Mungkin jika tanpa telur rebus, harga akan lebih murah. Kemudian sambal ditambah lg. Ni kira sambal utk nasik lemak la. Yg tadi sambal byk byk tu adalah sambal lauk. Sambal ni yg surrr ni. Yg ni aku suruh kakak tu letak skit ja. Aku takut sepanjang highway nak "membuang" ja nanti. Susah pulak. 
Apa yg boleh aku kata? aku rekemen nasik lemak kakak ni. Bg aku berbaloi utk singgah sekejap dan menikmati nasik lemak dengan lauk lauk yg ada tu. Harga pun tak mahal dan berpatutan dan lebih murah jika dibandingkan dari KL ni. Kepada peminat nasik lemak, hampa kena try kakak ni punya. Aku rasa takat yg dok ada kat KL ni selamba la kakak ni boleh pukui. Tarak hal.
Kepada yg teringin nak singgah beli, ni petua jalan nak p sama mcm mana. Kalau dari utaraselatan hiway, amik exit Kepala Batas. Simpang selepas tol tu amik kanan meng;hala ke pekan Kepala Batas. Aku rasa dlm 2 traffic light, kemudian yg ke tiga, amik kiri mengala ke Tasek Gelugor/Sungai Dua. Teruskan dan tak jauh dari simpang tu, dah boleh nampak stall kakak tu yg berada disebelah kiri. jalan. Kepada yg dari Tasek Gelugug atau Sg Dua, hampa pikiag sendri la. Pandai pandai la nak reversed balik jalan dari exit Kepala Batas tu.
Kat Stall ni, beli bungkus saja. Tarak makan makan kat situ.

Sedang memilih lauk
Sambal Udang dan Sardin
Lauk lg

Saturday, September 3, 2011

Char Koay Teow - Teluk Air Tawar, Butterworth

Aku, Adam, Hasnizam (Ton) dan Azwar (Y) sempat keluag minum pada malam aku balik Penang Hari Raya lepas. Bukan senang nak jumpa kawan kawan lama. Kami lepak di Char Koay Teow Teluk Air Tawar. Dekat dengan rumah Y, Bagan Belat.
Kedai ni terletak berhampiran dengan Balai Polis Teluk Air Tawar. Kalau dari Butterworth, kedai ini berada disebelah kiri dan dari Kepala Batas, kedai ini berada disebelah kanan. Dari jalan utama tersebut, kedai tu dah boleh nampak. Tak yah susah susah nak carik.
Kali ni, aku cuma rasa secamca saja koay teow tu. Tak berani nak makan byk byk. Rasa typical seperti yang lain.
Sepinggan Char disini berharga RM3.00.





Jeruk Buah-Buahan Dari Berapit

Jeruk buah buahan ni aku beli dari sebuah kilang di Berapit, Bukit Mertajam. Sekilo jeruk campuran ni berharga RM7. Harga jeruk ni kadang kadang berbeza dalam seringgit dua ditempat lain. Biasanya jeruk jeruk ni banyak terdapat di Chowrasta ataupun di Pengkalan Sultan Abd Halim, Butterworth. Aku beli ni sekadar ole ole nak bwk balik Klang.

Rupa paras jeruk tersebut
Kilang jeruk

Thursday, September 1, 2011

Aidilfitri - Trip ke Batu Pahat

Trip Aidilfiri aku ke Batu Pahat (BP) untuk menziarahi sanak saudara mem aku. Semua dah siap dan sepatutnya bertolak pada pukui 12.30. Tp disebabkan oleh Rooney n Droga, pukui 2.15 baru dapat bergerak dari rumah.
Secara mudah, perjalanan aku menggunakan NKVE, masuk ke KLIA menghala Nilai dan seterusnya ke Batu Pahat melalui Yong Peng.
Tol Bukit Raja
Kami masuk Tol Bukit Raja lebih kurang pukui 2.30 ptg. Traffic lengang mengala ke KLIA. Aku isi angin di esso, Dengkil. Masa tu la Sinar FM bgtau Nilai sesak tp bergerak dgn 20km/j. 20km/j?... tu dia, mcm tu punya speed boleh byg la traffic byk mana. Info tersebut mengarahkan traffic dari KL ke selatan menggunakan LEKAS. Ni LEKAS yang lekaih sampai ka?. Aku terus call Plusinfo untuk detail. Operator yg bertugas bgtau untuk menggunakan LEKAS, aku perlu keluag di Exit Pajam/Nilai. Dari sana terus menggunakan jalan menghala ke Pajam/Mantin. LEKAS berada diantara jalan tersebut. Dari LEKAS, aku boleh masuk balik Utara Selatan memalui Ampangan. Tp alang alang nak keluag Ampangan, aku teruskan lg sampai Senawang. Aku masuk balik PLUS dari exit Senawang. Kenderaan memang dah kurang skit. Bagus jugak aku call Plusinfo. Dari Senawang aku shoot terus ke Yong Peng. Cuma beberapa kali ada skit heavy traffic kat Pedas dan Muar.
Dari Bukit Raja ke Pajam tol aku berharga RM8.90. Manakala untuk LEKAS dua tol aku kena bayar sebelum keluar dari Senawang. Tol tol tersebut berharga RM2.30 dan RM1.70. Tp jalan memang clear. Dari Tol masuk dari Pajam hiway 3 lane sampai tol terakhir di exit Senawang. Jalan terbaik, kenderaan memang tak byk. Lu nak ayun 150km/j tarak hal. Kena saman lu settle sendri.
Aku berhenti Solat Asar kat Pagoh. Penuh ngan org tp masih boleh parking keta. Aku sampai kat RnR lebih kurang pukui 5.45. Selesai solat dalm pukui 6.30, aku jalan balik. Cuaca mendung, hujan renyai renyai. Tp traffic ok. 
RnR Pagoh
Aku sampai kat exit Yong Peng (U), lebih kurang 7.10 malam. Tol aku time ni dlm RM21. Time aku ni berkadar langsung ngan speed yang aku bwk lebih kurang dlm 90-100km/j. Aku bwk keta tak laju. Hehehe, ikut peraturan la. So hampa baca posting aku nih agak agak la speed dan time sampai aku.Kalau hampa bwk laju dari aku, sure la hampa sampai lg awai.
Dari exit Yong Peng (U), aku menghala ke Batu Pahat/Parit Sulung. Simpang depan tol tu aku amik kanan utk ke BP. Mak datuk, jauh lg nak ke BP. Lebih kurang 30km lg. Hujan masih renyai renyai. Traffic mengala ke Tol tu jem teruk. Jalan satu lane, time raya pulak tu. 

Exit Yong Peng (U)
Aku terus menghala ke BP. Simpang depan Kilang biskut Munchy, aku amik ke kiri mengala ke Tongkah Pecah. Dari Tongkang Pecah aku menghala terus ke BP. Aku sampai di BP lebih kurang pukui 8.00 malam. Gelap dah, kedai semua tutup. Malam ni aku bermalam di Hotel Landmark. Cari punya cari hotel ni, 8.15 jugak la baru check in. Tido lena dalam bilik walaupun aircon sejuk dan tak boleh adjust. Rasanya ok jugak hotel ni, dengan dua katil cuma semalam harga RM126. Ada ESPN ada STAR movie. Wifi pun disediakan. Boleh la nak blogging sampai tgh malam.

9
Rupa hotel Landmark yang berada di jalan
Aku tapau ja makan malam. Senang nak deal ngan anak-anak. Pusing punya pusing, satu kedai ja yg bukak time raya ni. Kedai lain bukak tp takan aku nak beli. Nak ciak-bak boleh la. Mau?.
Menu aku malam tu cuma Nasik Lemak ayam, mee dan bihun goreng. Mee dan bihun goreng ni automatik mamak tu letak ayam goreng. Rasa not bad. Org pun ramai yg makan (errr...mungkin ni ja satu satu nya kedai yg bukak time raya kot). Harga semua termasuk teh tarik dan milo panas berharga RM 18.50. 

Restoran mamak di Batu Pahat
Aku check out dari Hotel lebih kurang pukui 10 pg. Niat di hati nak check kedai asam pedas yang aku penah makan dulu. Mana lah tau kot kot raya ke-2 ni dah bukak. Aku terus pusing masuk ke jalan tgh tgh pekan BP. Lepas Bas terminal, aku kembali teringat yang kedai tersebut berada berhampiran sebuah kedai gitar. Memang betui, kedai gitar Sandman tu berada di tepi jalan depan simpang jalan masuk kedai asam pedas tersebut. Aku masuk simpang tu dan  terus parking kereta. Kedai tutup. Hehehe...melepas. Aku hanya dapat mengambil sekeping dua gambag utk menjadi rujukan aku dimasa depan. Apa yang aku ingat cuma 2 tahun lepas aku , Qaim n Nadeen penah singgah kedai ni untuk lunch. Asam pedas ikan merah kedai ni memang superb. Tp sayangnya trip aku ke BP kali ni tak kesampaian nak try. Kedai tutup. Tarak rezeki.

Kena try asam pedas kedai ni
Mem aku cadangkan kami makan beriani. Betui jugak, BP kan femes ngan beriani gam johor. Dari simpan kedai Asam Pedas Mak Limah ni, aku terus mencari jalan keluar menghala ke Muar dan Parit Sulung. Lepas satu jambatan, aku dah nampak medan selera yang aku cari cari. Tempat ni betul betul berhadapan dengan Hospital Putra. Nama tempat tu ialah Komplek Niaga Benteng.

Signboard
Tempat makan
Apa yang sedap disini? Apa lg beriani gam johor la. Kat sini yang femes memang beriani. Kalau datang BP tempat ni kena singgah. Ini kali kedua aku singgah kat Benteng ni. Tahun lepas December aku dah singgah makan. Mak sedara mem aku yang bwk. Dia jugak suggest kedai yang mana paling best.  Mak Cik Ana suggest kedai Md Shah. Tp hari ni, kedai md shah tu tutup.
Yang ada cuma beberapa gerai saja. Aku duduk dan sorang makcik ni attend meja aku. Terus ja order beriani ayam dua, teh tarik satu, bendung satu dan milo suam satu. Lepas 5 minit beriani aku pun sampai. Nasiknya lembut, rasa ayam pun ok, cuma aku tak tau ayam ni depa masak apa. Dalca pun ok jugak. Overall, ok la beriani sini. Kalau aku sampai sini lg, mungkin aku akan  carik lg kedai ni. 
Biasanya kalau beriani, aku makan ngan ayam masak merah. Lagi pedaih lg cun. Nak lg cun biag sampai cirit.
Beriani ayam disini cuma berharga RM6 manakala utk kambing RM6.50. Memang murah. Semua sekali dengan minuman cuma RM15.20, 20 sen tak yah, cuma RM15 saja. Baguih makcik tu, tak berkira. Moga  maju lg dalam perniagaan. Otak-otak pulak 60 sen. Harga sedikit mahal mungkin kerana saiznya yg lebih besag. Tp apa pun, aku boleh kata murah la berbanding dengan yang aku makan kat KL nih. Kena pulak makan dlm kedai yg appearance yg lawa, jawapnya bebelas ringgt la sepinggan. 
Lepaih sembang ngan 2-3 org, ada jugak yg suggest Bariani Power kat Taman Soga.  Tu depa kata lagi power dari md shah. Tu dia...ni aku p next trip la. Nak cover semua dlm satu trip letih la pak long. Next trip BP, kita pekena Beriani Power Pulak.

Warong no M15
Ni la rupanya nasik beriani gam johor.
Otak otak.
Lepas breakfast beriani ni (breakfast beriani tu), trip raya aku pun bermula. Rumah yg mula mula aku tuju ialah rumah Cik Sham di Taman Perwira kat Parit Imam, BP. Masa makan makan tu, group Marhaban pun sampai. Ni satu benda yang aku rasa tak dak kat negeri lain. Kat Johor ni bila time Aidilfitri, akan ada group group marhaban berkunjung dari rumah ke rumah mengalunkan marhaban. Tiada fix bayaran yang dikenakan, sekadar ikhlas dihati.
Marhaban
Satu kelainan yang aku rasa sangat meriah jika dibuat. Tuan rumah pulak tak perlu sedia makan yg hebat hebat. Mee goreng satu mangkuk besar pun tak habis. Cukup sekadar air, sedikit kueh raya. Kalau pemurah tu, boleh la bg skit ampau duit raya. Aku tgk semua lapisan umur terlibat dlm marhaban ni. Dari kanak kanak sampai la otai otai yg dah pencen. Steady org Johor.

Menu sup kaki le
Lepas rumah cik Sham, kami bergerak ke Parit Sulong. Ni rumah Pak Uda Ismail mem aku. Rumah Pak Uda ni terletak kat Parit Betong. Pak Uda ni kalau wat nasik beriani pun boleh tahan. Selalunya time raya mesti disediakan nasik beriani. Tp tahun ni, Pak Uda wat sup kaki ala ala gear box.Siap dengan straw tu. Silap silap sedut boleh pengsan. Sup superb dengan kuah kicap yg ada ummmpphh.

Depan rumah Pak Uda ni ada Parit. Sempoi jugak aku tgk parit ni. Kalau aku tau, aku bwk dah set casting aku dari rumah. Layan ngan spoon ni sure ada sangkut sekor dua haruan. Tgk kat permuukaan air tu  aku nampak buih buih ikan. Byk tu woi. Parit pulak tu panjang. Pasai pa la aku lupa bwk set aku woi.
Tp tak pa, sekali lg aku datang sini sure aku aku angkut set-set aku. Sambil makan sambil layan casting. Baru ada masyukkkk.
Destinasi terakhir trip aku ialah ke rumah Pakcik di Parit Sulung. Aku sampai pukui 2.30 ptg. Perut aku dah kenyang. Aku makan sup rumah Pak Uda pun dah byk dah. So kat sini aku rilek skit. Minum air skit sambe sembang ngan Bazli dan Pakcik Zaaba.
Lebih kurang pukui 4 aku bertolak balik ke KL. Kali ni dari Parit Sulung aku menggunakan exit Pagoh utk masuk ke Highway Utara Selatan. Dari Pagoh ke Bukit Raja aku bayar RM28.10 utk tol. Settle trip BP aku utk Aidilfitri tahun ni.

Signboard Plus kat simpang Pagoh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...