Pages

Tuesday, August 30, 2011

Ucapan Raya Aidilfitri

Kepada Tok, Tok Wan Pak Ngah Mak Ngah, Zafrin, Pak Cik Idus dan Pak Su Aie di Kampung Aman, Kepala Batas Pulau Pinang dan semua keluarga di Penang dan Kedah. Kepada Atuk, Nenek, Pak Long, Mak Long, Iman, Baby baru, Mak Lang, Pak Lang, Ain, Haikal, Makcik Liza, Pakcik Fauzan, Faikah, Naurah dan Pakcik Qaim  di Taman Baiduri, Klang Selangor. Kepada yang jauh diperantauan, Abdul Rahman (Makan apa kat Paris?), Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan batin.

Hadi, Hisyam n Hannah
p/s - Tok dan Tak Wan, hari raya ke-3 kami balik Penang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Platspender mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada yang mengenali platspender dan kepada semua pengunjung blog ini.
Berhati hati ketika memandu.

Monday, August 29, 2011

Saturday, August 27, 2011

Pasar Ramadan Seksyen 13 Shah Alam

Hari ni aku berkesempatan utk p pasar ramadan Stadium Shah Alam yang terkenal itu. Tak yah la cerita mcm mana jalan nak p sebab kalau dah sampai stadium, kita dah boleh nampak.
Aku sampai lebih kurang pada pukui 4.15 ptg. Kereta yang parking pun dah tak byk. Mungkin sebab ramai dah balik kampung kot. Aku parking kerete betul betul depan Surau pasar ramadan tersebut. Kepada pengunjung, jgn risau kerana kemudahan surau dan tandas telah disediakan. Terima kasih kepada pihat yang telah menyediakan kemudahan tersebut.
Pasar Ramadan Stadium Shah Alam
Org pun dah tak ramai masa aku sampai. Mcm aku kata awai td, mungkin ramai org dah balik kampung. Kebanyakan kedai yang aku singgah, hari ni atau esok merupakan hari terakhir untuk berniaga. Brother Bihun sup tu kata malam ni nak blah balik Alog Stag. Yang meniaga putu piring tu pulak tak tau lg nak meniaga esok ka tak ka.
Kedai-kedai yang bukak pun dah tak banyak. Mungkin cuma dlm 60% ja yang masih berniaga. Byk tapak tapak dah kosong. Layan saja mana yang ada.Tgk menarik beli untuk test power. Tahun depan boleh beli lg.
Mula sampai, aku pusing dulu satu round. Saja amik "feel" dulu. Survey mana yang menarik, yang boleh beli, Seingat aku la, kebanyakan yang meniaga tahun ni adalah sama mcm yang meniaga tahun lepas. Muka yang sama, tp kedai nampak lebih grand dengan banner yang lebih menarik, menu-menu yang ditampilkan pula lebih menonjol. Senang kata "marketing strategi" la nak tarik pembeli. Brother yang meniaga kebab tu pun kedai dia dah makin grand. Banner pun dah makin cun. Steady la brother.
Apa aku nak beli dulu?....hah ni punya soalan paling sempoi nak tanya. Gila punya confius. Kalau kedai dah tak byk ni pun dah confius kalau time peak mcm mana la gamak nya. Petua senang saja, carik kedai yang org ramai. Kedai mula-mula yang aku singgah ialah kedai beriani.
Beriani Ghafur.
Ada telug rebuih tu. Setengah beriani tarak telug. Kaler nasik pun mcm meriah. Lauk lauk yang ada termasuklah ayam goreng rempah, ayam rendang, ayam masak merah dan kambing.
Aku minat ayam masak merah. So beriani ni aku ambik kombinasi nasik n ayam masak merah. Mem aku ambik ayam rendang. Kemudian aku tambah papadom. Set untuk beriani ni ialah nasik, lauk, dalca dan acar. Untuk beriani ayam harganya RM7.00. Tapi apa pun aku tetap minat penampilan pekerja kedai ni. Lengkap berpakaian seperti chef. 
Papa John: Dasat tul kepelbagaian John kedai ni
Kedai kedua yang aku singgah ialah kedai wajid tiap tiap tahun. Kedai roti john yang dikenali sebagai Papa John. Dah 2-3 tahun aku tak miss kedai ni. Pada mulanya aku tgk, kedai ni memang dipenuhi org. Beratur pun panjang. Biasanya aku p beli bila dah org tak ramai. Bila jadi mcm tu?...bila tinggai 2-3 hari sebelum raya. Tp tahun lepas aku rasa ada skit perubahan. Dah tak payah beratur panjang. Terus ja dapat beli. Tp tu sekiranya jenis roti yang nak beli tu ada la dlm bakui. Kalau tak, kena tunggu jugak, tp jangan risau, tunggu pun tak lama. 
Anak aku Hadi minat ayam cheese. Aku beli dua. Satu berharga RM4.50. Dalam gambag sebelah ni, ayam cheese lebel AC kat dalam bakui merah tu. Ada lg 3 bungkus. Yang sedang menunggu ni, order daging. Daging masih lg tgh diorg buat. Apa yang boleh aku kata, sekali beli boleh repeat lg. Kepada pengemar John, anda boleh try John dari kedai ni.
Kedai ketiga yang aku singgah ialah kedai bihun sup. Bihun sup kuning ni setahu aku berasal dari utara. Kalau kat KL ni biasanya bihun sup putih yang ada taugeh. Sambalnya pula sambal kicap. Sup pun rasanya agak berbeza dengan sup utara. 
Bihun sup utara.
Bihun sup dan sup dalam periuk
Aku sempat sembang ngan brother yang berniaga bihun ni. Asal org Alog Stag. Malam ni balik kampung, lepas berniaga. Sambe dok sembang tu sambe aku tgk brother ni dok boh bihun dalam plastik. Biasala ramuan bihun sup, bihun, daging, bawang goreng, daun sup dan yang sempoinya brother ni boh jugak lobak masin. Ni aku minat. Aroma sup dan rasa masin disulam sambal pedas. Sambai pulak sambai cabai, bukan sambai kicap. Kaler merah menyala.Tak sabag nak makan. 
Putu piring
Brother tgh prepare putu piring.
Putu piring ini agak special. Walaupun cara pembuatannya sama saja dengan putu piring yang lain namun bahan putu piring tersebut agak berbeza. Gula merah yang digunakan lebih banyak dari putu piring yang biasa. Kelapa jugak dimasukkan sekali sebagai penambah rasa. Aku agak berpuas hati makan putu piring ni. Walaupun harganya 50 sen sekeping namun saiz putu piring yang agak besar dari biasa. Kepada pengemar putu piring, aku rekemen utk try yang ni.
Aku tambah skit skit lg kueh, popia dan pecal kepada juah berbuka aku untuk hari ni.


Popia

Pecal dari Tanjung Karang.







Mesin Rod Untuk Dijual

Aku nak jual beberapa mesin dan rod yang aku ada. Simpan buat penuh cabinet dan berabuk ja nanti. So aku amik keputusan untuk juai. Ada yang aku guna byk kali dan ada jugak yang hanya 2 3 kali.
Nak beli, nak tgk dulu pun boleh, hubungi aku melalui email mafiabagan1978@gmail.com atau di 0122943520. Aku akan wat page baru "Jualan" dan semua yang aku post dalam posting ini aku akan detailkan dalam page tersebut.


Monday, August 22, 2011

Komplot Platspender kehilangan seorg ahli tegar.

Hari ini, komplot platspender kehilangan seorang ahli tegar, Abdul Rahman aka Aman. Beliau telah selamat mengambil flight ke Paris pada pukul 11.00 malam td. Semoga perjalanan beliau selamat pergi dan balik dan sentiasa mendapat keredaan dari Allah. Ahli-ahli komplot mendoakan yang terbaik untuk Aman.

Ahli komplot at KLIA, Aku Aman dan Qaim
Bersama abah dan mak sebelum berlepas

Sunday, August 21, 2011

Spesis Pengacau Umpan

Umpan kena kacau?sure marahkan bila rod bermain main, bagai ikan menyambar umpan. Tapi bila pusing mesin, naik dari pemukaan laut. Tu dia...."aku tak mau hg woi..."...."aku nak ikan yang lain". Laut terbentang luas, tak selalunya hasil yang naik mengikut apa yang kita nak.
Ni aku list, top 12 spesis yang memang pakar kacau umpan. Jangan hilang sabar, layan ja dulu.
Aku mulai dgn yang paling top kepada yang kurang top.

1. Sesirat
a. Ni list no 1 aku. Memang pengacau paling top. Rupa hodoh ditambah dgn perangai agak buruk dan gelojoh.Igauan buruk para pemancing.
b. Kalau naik sesirat ni, tali dan perambut akan berpintal-pintal. Sesirat ni akan bergulung sekali dgn main line dan perambut.
c. Silat hari bulan, perambut, mata snap swivel kena buang. Lepas tu yang menambah kengerian sesirat ni, ia akan menyebabkan main line belendir. Memang lemah la semangat.
d. Untuk mengelak, pemancing boleh gunakan umpan saiz besar, elak park tepi reba, air keruh dan cuba dapatkan kawasan dasar berpasir dan air jernih.

Memang kena dengan nama dan perangai-sesirat
2. Buntal
a. Ni kaki bunuh umpan terutama udang hidup. Dah la udang hidup ni sekog bukan murah nak beli, sekali angkat ikan ni pulak yang makan. Adoilaa...
b Kadang kadan kalau angkat mata, umpan dah clear, selalunya ikan ni la yang sebat.
c. Untuk mengelak dari ikan ni menghabeskan umpan, pemancing boleh gunakan umpan yang lebih besar.

Buntal aka Mrs Puff
3. Kerong
a. Sejenis ikan dasar dan banyak terdapat dikawasan terumbu atau pun tukun. Ikan ni memang pakar nak bagi umpan clear.
b. Ikan ini cukup minat umpan sotong kurita dan capable mengilangkan umpan dengan sangat cepat.
c. Manakala kalau umpan hidup, pemancing kena tukar/ganti selalu umpan tersebut.
d. Cara nak elak dari tension ngan specis ni, kena angkat skit umpan dari dasar. Jangan biar umpan tu tenggelam hingga ke dasar.

Kerong
4. Kekek
a. Specis yang bergerak secara berkumpulan. Specis ini tidak meyentap terus umpan, sebaliknya secara slow and steady menjamah umpan.
b. Cara untuk mengelak ialah dengan menggunakan umpan yang lebih besar.

ikan kekek mak elai elai
5. Kitang
a. Bergerak secara berkumpulan,
b. Gemar untuk mengetis umpan. Kalau specis ini berada situ kawasan, jgn harian la umpan yang diangkat sudah tidak cukup lengkap.
c. Tapi kalau dah boring sgt, layan ja la spesis ni. Masukkan saja dalam tong ais, habes cerita.
d. Balik rumah, goreng pun sodap. 

Kitang
6. Ulat bulu
a. Mampu untuk telan terus udang.
b. Pemancing perlu berhati hati ketika menanggalkan dari mata kail kerana specis ini mempunyai bulu bulu yang gatal dan sekiranya tekena boleh menyebabkan gatal gatal.

7. Pedukang
a. Mamak pedukang?.....kah kah kah
b. Ikan ini banyak bekeliaran dikawasan muara yang berselut/berlumpur. Secara fizikalnya mempunyai mulut yang besar dan badan yang bebelang.
c. Tabiat makan yang tidak memilih, semua umpan ikan ni sebat. Kadang kadang telan umpan sehingga ke insang.
d. Walaupun begitu, ikan ni agak melawan dan untuk pemancing, ikan ini memberikan sedikit trill ketika dinaikkan.
e. Pemancing boleh memilih utk ditong aiskan saja atau pun dilautkan balik ketempat asal. Buat masak sambal atau pun asam pedas boleh tahan rasanya. Err...cakap ja kat org specis lain....duri , mayong ker.
Pedukang

8. Gedema
a. Rakus...ikan ni memang rakus. Tak sikit melekat kat mulut tapi masuk sampai tak nampak mata kail kedalam perut.
b. Seperti pedukang, specis ini tidak mempedulikan umpan apa yang digunakan. Semua yang melekat kat mata kail akan disapu.
c. Kalau dah telan, amat susah untuk mengeluarkan mata dan kadang kala pemancing terpaksa mengeluarkan perambut dan digantikan dengan mata dan perambut yang baru.
d. Jangan tertipu dengan rupa parasnya yang seakan akan kerapu itu.

Ikan Gedema
9. Tapak Sulaiman.
a. Mampu untuk telan udang.
b. Makan secara perlahan dan tidak disedari oleh pemancing.
Tapak Sulaiman aka Patrick
10. Selinding
a. Mampu menghabiskan umpan umpun umpun sotong dan jugak udang.

11. Perumpun sarang
a. Biasanya berada dikawasan anak sungai dan tebing yang bereba.
b. Biasanya akan meratah secara perlahan lahan dan kalau udang yang digunakan, habis kaki dibahamnya.

Perumpun sarang
12. Belangkas
a. Biasanya berada dimuara dan anak anak muara.
b. Aku list makluk ni sebab member aku "berjaya" menaikkan specis ni di Tanjung Harapan Port Klang. Riuh rendah jeti Pak Hasan masa tu. Sampai sekarang jadi bahan kawan kawan.
c. Tapi makluk ni boleh makan. Naik pun boh ja dalam tong ais. Balik rumah cari org yang pandai masak. Cari menu org Kota Tinggi masak mcm mana.

 Belangkas

Arsenal vs Liverpool - 0-2

Ehmmmm....minggu lepas seri,, minggu ni kena.

Sunday, August 14, 2011

Ayam Percik Madu Pongsu Seribu

Ayam percik Pongsu Seribu ni teletak di Kepala Batas, Butterworth, Pulau Pinang. Kalau dari Tasek Gelugor simpang dihadapan Sekolah Irsyad tu amik kanan menghala ke Kepala Batas selepas Koskam dan jika dari Kepala Batas selepas Taman Orkid kedai nya berapa tepi jalan. 
Ayam percik ni dah lama aku nampak beroperasi, tp tak rasa pun nak singgah. Ya lah...pada anggapan aku ayam percik mana pun rasa sama ja. Lagi pun kalau balik kampung, sure aku akan wat BBQ.
Tp kawan mem aku rekemen ayam percik ni sedap. Fuhh....sampai rekemen sedap. Aku pun nak try la rasa pasai pa yang kata sedap tu.
Minggu lepas aku berkesempatan balik kampung, tempat tu pun tak jauh dari kampung aku. Apa lg aku pun p la cari. Kedai ni start beroperasi lebih kurang dari pukui 12 tgh hari. Masa aku sampai tu ayam baru dok golek. Tak siap lg. "Adik p la tempat lain dulu"...kakak yang jaga tu bgtau kat aku. Aku p la pusing Tasek Gelogog, lepaih tu aku mai balik. Tp elok sampai ja, ayam dah tinggai 3 ekog. Dari td yang penuh atas bara. Nasib baik ada belen lg. Dapat aku beli sekog.
Apa yang boleh aku kata, ayam percik ni memang berbeza dari ayam percik lain. Rasanya sedap dan meyelerakan. Patut la org rekemen. Lagi sekali balik Penang sure aku singgah beli.




Newcastle vs Arsenal - 0 - 0

Aparaaaaaaa........Newcastle pun tak boleh nak makan. Belum Man U, Chelsea lg.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...