Pages

Sunday, October 21, 2012

Line Clear - Penang Road

Ikon nasik kandag. Dalam byk byk kedai nasi kandag kat Penang, yang ni paling femes, yang paling byk dapat liputan dan yg paling byk disebut. Byk info kedai ni dlm web boleh dicari. Masih terletak di lokasi yg sama. Sama mcm mula mula aku pi bepuluh tahun dulu. Hujung Penang Road. Terletak diantara 2 kedai, di celah lorong. Suasana sama, cuma ada beberapa perubahan. Dah ada signboard kedai, kemudian ada gambag tergantung kat dinding. Tp yg lain masih sama. Susunan kerusi masih sama mcm, tak berubah. Tempat lauk jgn cerita la. Sama saja. 
Mcm mana rasa nasik dan lauk kat sini. Hahaha...jgn tanya la soalan mcm tu. Kalau rasa tak sempoi...rasa tak best...rasa tak meleleh air liuq...takan nak masuk paper, nak masuk blog, masuk TV. Budak opis aku tanya, nak compare dengan nasik ganja Ipoh?...kudu?. Sebenarnya semua nasi kandag mempunyai rasa yg berbeza dan unik. Tu kena ikut lidah yg rasa. Ikut tuan badan punya cita rasa. Bg aku, sure la aku pilih line clear. Tgk kuah meleleh pun dah tau, hahaha...Belum meleleh masuk perut lg. Aku teruih lapag. Kepada yg datang ke Penang, dan ingin mencuba nasi kandag, masukkan Line Clear ke dalam list anda. Dah try, boleh compare dengan kedai yg lain. Mau minggu depan mai balik Penang. Line Clear...Penang Road !!!!.



Friday, September 28, 2012

Restoran Kacang Pool Haji

Restoran ini teletak di Plaza Angsana, bahagian belakang berhadapan dengan parking kereta. Kalau sapa sapa nak cari, senang saja. Cari kedai kedai makan yg berada di bahagian belakang. Kami sampai waktu malam. Kebanyakan kedai sedang membersih peralatan utk tutup dan ada yg dah tutup pun. Kami duduk di kerusi yg ada kat depan tu, aku terpandang kedai ni. Kacang Pool?...pernah dengar menu ni. Tp sekali pun aku belum pernah cuba menu ni. 
Kami menghampiri restoran ni. Saja nak tgk rupa paras masakan ni. Secara ringkasnya, kacang pool ni dimakan dengan roti yg dipanaskan atas plat. Menarik...aku terus order satu set. First suap masuk mulut, aku terus terpukau. Memang enak. Aku berani kata lg sedap dari roti canai atau roti bakag yg di sapu kaya dan mentega. 


Tuesday, September 18, 2012

Kedai Makan Rahmat, Kpg Pasir Puteh Pasir Gudang

Satu kedai makan yg femes yang berada di  Pasir Gudang. Tak percaya boleh search dlm google. Ramai dah blogger cover. Lokasinya agak kedalam dan sedikit sukar kepada yg pertama kali datang. Mcm aku ni dah beberapa kali sampai bermula dulu masa aku wat keja kat yard (yg berada berhampiran), budak budak Sime yg bawak aku p sini.
Satu resepi yg agak berbeza dan belum pernah (aku rasa) ada di mana mana sajian yg seperti disini. Main course kedai makan ini ialah siakap goreng. Dicicah dengan kicap bawang dan cabai hijau. Kalau nak tambah lauk, kedai ni turun menyediakan menu seperti sambal udang, ikan bilis kacang, udang goreng, sayur dan kuah. Minuman boleh diorder dengan jug. Apa pun, siakap goreng ni memang sedap. Paling baik time ikan tu panas dimakan dengan nasi panas. Senang cerita, kalau sampai ke Pasir Gudang, aku rekemen utk singgah dan menjamu selera di kedai ni. Dan aku pasti, sekali lg kalau aku berada disini, aku akan kembali meratah siakap goreng yg enak tu. 
Nak kontek number, ambik kat tayar bwh ni.


Friday, September 14, 2012

Ateh Corner Taman U Skudai, Johor

Kedai makanan yg menarik utk dikunjungi. Aku singgah secara tak sengaja. Maksud aku, bukan aku jumpa kat internet dan kemudian terus tuju. Aku nampak tepi jalan, mcm menarik, parking kereta dan tuju kat kerusi. Bila bukak menu, pelbagai pilihan masakan yg ada. Tp yg menarik hati aku cuma sotong, pari dan kerang bakar. Bersama dengan menu tersebut, aku turut meng order tomyam.
Biasanya di johor, ikan yg dibakar akan dilapik dengan daun pisang dan dibakar besama sambal. Tidak seperti diutara, ikan akan dibakar kemudian dicicah dengan air asam. So, Ateh Corner turut menggunakan kaedah yg sama. Ikan pari dan sotong dibakar diatas daun pisang bersama dengan sambal. Cubitan pertama yg masuk dlm mulut aku, terasa keenakannya. Cuma sambal tu bg aku pedas dan tidak berapa sesuai utk kanak kanak. Mungkin sesetengah org dewasa pun tak tahan dengan level pedas sambal tu. Tomyam pun enak dan pedas. Memang kena kalau makan dengan nasi panas. Lepas tu minum pulak teh o panas, baru rasa bibir mulut berasap. Tgk la gambag yg sempat aku snap, boleh bayang berapa pedas sambal ikan bakar tu. Rekemen aku, sampai Taman U, kedai ni kena singgah. 





Sunday, July 22, 2012

Saturday, July 21, 2012

Kain Cotton Vietnam 1

Ni ada lg barang barang utk dijual. Dibawa khas dari Vietnam, kain cotton ini amat sesuai utk baju kurung, kurung moden, blouse dan semua pakaian wanita. Semua kain ini adalah 100% cotton dan sesuai dipakai ketika cuaca panas. Kain ni tak panas. Sejuk ja.

Kualiti : Terbaik
Bidang : 60
Panjang : 3.5m
Harga : RM70 (termasuk pos)
email : mafiabagan1978@gmail.com (email aku utk urusan jual beli)

A
1A
2A
3A
4A

Cap Columbia untuk di Jual

Aku ada berapa buah topi Columbia untuk dijual. Cap ini memang sesuai utk melindungi diri dari terik hujan ketika memancing. Hampa tgk dulu, memang cun dan sesuai utk semua golongan masyarakat dari tok iman sampai la penyamun. Ada beberapa corak utk dipilih antaranya celoreng, hitam dan coklat. Kalau order dekat dekat aku tarak hal nak hantar, tp kalau jauh, aku cuba utk post. So apa lg, bilangan terhad. Tak byk aku ada benda ni. Baik booked cepat. Kena pulak dekat dekat nak sambut hari raya, memang bergaya habes la dengan cap ni. 

Asal : Vietnam
Quality : Terbaik, tgk sendri kalau tak percaya
Harga : RM30 sahaja. 
Kuantiti : Tak byk. 
Contact aku : mafiabagan1978@gmail.com


Saturday, June 23, 2012

Popcorn ...RM26

Dua hari lepas, member aku tetiba ajak p KLCC. Lebih kurang pukui 11.50, aku dapat call. "Woi KLCC...".. Aku malas nak keluar. Panas, ada keja dan malas tah pasai pa hari Rabu lepas. "Malaih la woi" aku balaih balik. "Ok lah..." mamat tu balaih balik. Dok sat, hphone aku berdering lg. "Woi KLCC woi..L nak beli popcorn". Hah...aku bekejut beruk, kera dan monyet seketika. Aku rasa aku dah keja dekat 5 tahun kat sini, inilah pertama kali mamat nama L nak beli popcorn. Selalunya dia telan lunch kat cafe opis saja. Tp hari ni siap nak beli popcorn. "Cepat woi, naik kereta aku...". Hmmmmm....teruih aku tala p bangunan sebelah menyebelah. 
Dlm 10 minit kami sampai KLCC. Dlm kereta on the way aku tanya L "popcorn time lunch?...Dia kata ni popcorn spesel. Lain dari lain dan sedap. Lepaih tu aku tanya lagi "Pelik...dok tak dok nak beli popcorn?"...sempoi dia balaih kat aku...."hehehhehehe....". 10 minit kami dah sampai. Teruih tala p foodcourt.  Boh lunch apa patut, lepaih tu Afiz guide kami p kedai tu. 
Kedai ni berada di tingkat bwh KLCC. Turun tangga saja dah nampak. Tak dak org beratug time kami sampai. L teruih p ke kaunter. Aku ikut sekali, Afiz n Nadeen lambat skit. Aku teruih p dekat kaunter tgk. Nak tau jugak apa yg best popcorn sampai sanggup mai tgh hari mcm ni.
Tu dia, mcm mcm jenis flavor ada woi. Hampa tgk gambag sebelah ni. Popcorn tu dah diklaskan mengikut flavor. Yg aku ingat karamel dan cheese.
L pilih karamel. Lepas tu kena pilih bungkuih besag mana yg nak beli. Harga ikut bekas. Saiz saiz bekas tu small, medium and large. Tp utk tin pulak ada utk 1 gallon dan 2 gallon. Harga starting dari RM9 sehingga RM229. 
Utk popcorn L, harga RM26. Aku teruih mcm nak terlompat. Dengan DGFE bagai, popcorn RM26 pun hg sanggup. L senyum. Senyum sinis. Mampuih p, dia pelawa kami rasa. Tu dia, memang sempoi la. Popcorn tu agak besag skit dari yg biasa juai kat kaunter panggung wayang tu. Lepaih tu yg lagi aura sakan, dilapeh pulak dengan karamel. Bukan lapeh biasa. tp mcm disalut dan tak melekit lekit. Rasa memang sedap woi. Patut pun harga mcm tu. Aku ambik 2-3 kali. Tp bila mengenangkan harga mcm tu, aku tak jadi nak ambik byk kali. Kepada yg ada kencing manis dan simton yg seakan akannya, jgn la hampa gatai pungkug nak p try. Kalau jatuh seketui popcorn ni kat tangga KLCC, aku rasa satu KL semut cari. Hahahahahahhaa. Posting lengkap L p cari benda tu kat hidupmausedap


p/s
Credit utk Afiz yg sudi snap gambag dgn iphone.

Tuesday, May 1, 2012

Restoran Temerloh Catering

Dah tak payah nak p jauh jauh sampai Temerloh kalau nak makan ikan patin masak tempoyak. Mai sini, Shah Alam pun dah ada satu restoran yg menyediakan menu ni. Restoran ini menyediakan menu masakan org Pahang dan dah tentu la ikan patin ada sekali. 
Aku sampai sini minggu lepas. Ada sorang dua kawan kawan yg rekemen utk cuba ikan patin kat sini. Memang baik la rasanya. Superbbbb. Utk patin sangkar, harga seketul ikan ialah RM8 dan utk patin buah RM18. Ikan kerai, keli pun ada.
Aku bersama famili sampai sini lebih kurang pukui 2.30 ptg. Org ramai lg. Boleh kata kebanyakkan meja penuh dengan pelanggan. Tahniah kepada tuan punya kedai kerana berani membawa menu mcm ni ke Shah Alam. Jadi kepada semua, kalau nak rasa menu ikan patin yg sedap, datanglah ke Restoran Temerloh Catering ini yg berada di 2-G, Jalan Pahat J/15J, Komplek Dataran Otomobil, Seksyen 15 Shah Alam. Restoran ini berada di deretan kedai bersebelah dengan showroom Toyota. Masuk dari simpang Petronas tepi jalan tu. 


Sunday, April 22, 2012

Rasa Food Court - The Curve, Mutiara Damansara

Food Court ini the terletak di The Curve, Mutiara Damansara. Tgh hari minggu lepas aku dan famili makan tgh hari kat sini. Tgk restoran yg lain semua pelik pelik, kami terus cari food court. Aku rasa Rasa ni berada pada second floor The Curve. Kalau salah mintak maaf. Kami order nasi tomato dan fish and chip. Ok gak rasa dua dua menu tu. Lepas tu mem aku beli dessert. Kuih tradisional dari sejenis bengkang. Org blah sini pangge bengka. Kalau utara org pangge bengkang. 
Mulanya aku buat tak pandang sgt. Aku dah tau dah, kalau blah KL ni nak dapat kuih yg betui betui rasa kuih susah. Ada saja tak cukup. Gula la, tepung terlebih la, terlebih masak la. Mcm mcm punya skill nak bg spoil rasa. Kemudian lepas 2-3 kali mem aku suruh try, aku suap la sekali, bengkang pisang. Huih...ok gak. Suap lg sekali...hmmmm not bad, suap 3 kali. Hah....lepas tu aku p tambah sri muka, bengkang ubi dan bengkang pisang lg sekali. Rasanya memang tepat masuk dan kena dengan lidah aku. Tak rugi sapa nak try, tp harga dia seketui RM1.20 la. Rilek, jgn terkejut beruk, ambik seketui dua dulu nak test power. Lepaih tu kalau cun, boleh la tambah. Biasa la kuih dok kat The Curve. Kalau tempat lain RM0.50, masuk saja dlm ni teruih jadi RM1.20 la. Tgk la suasana. Harga tu depa include dengan kos suasana sekali kot. 
Kalau aku sampai The Curve lg, bengkang dgn sri muka ni aku cari dulu. Ikea sebelah tu pun aku wat tak pandang.


Minggu ni aku p lg sekali tempat ni. So sempat la aku singgah dan snap pakai G12. Dapat la pics yg lebih berkualiti.




Sunday, April 15, 2012

Restoran Soto Shah Alam - Seksyen 8

Restoran terletak di Seksyen 8 Shah Alam. Meriah dengan lauk baik time sarapan atau lunch. Variati lauk pauk dan hidangannya memang menarik. Restoran ni dah lama ada kat sini, cuma baru baru ni ia mengalami naik tarak dengan wajah yg baru dan suasana yg lebih luas dan selesa.

Monday, March 26, 2012

Nasi Kandar Ayam Merah @ Nasi Ganja - Ipoh, Perak

Dari Sri Iskandar, aku shoot p Ipoh, semata mata dan cari kedai ni. Sebelum sampai, aku search dlm google makanan ipoh yg best, hampir kesemua blog yg yg keluar up pasai kedai ni. Dalam kepala aku, apa yg best sgt sampai org dari jauh jauh sanggup datang utk menjamu selera. Biasa la nasi kandag, memang sedap la tambah kalau kat Penang. 
So dengan kesempatan aku berada berhampiran Ipoh (tak berapa hampir jugak la), ptg Sabtu aku shoot ke Bandar Ipoh. Dengan map yg aku cuba ingat 2 hari lepas check dlm goole, aku gamble cari jalan. Landmark aku, Ipoh Parade. Dapat Ipoh Parade, masuk Jalan Sultan Idris, dan belok kekiri ke Jalan Yang Khalsom berhadapan dengan Balai Polis.Nasi kandar ayam merah ni berada di dalam kedai Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan.

Aku parking kereta depan Restoran di hujung blok bangunan. Tgk jam dah pukui 4.45. Harapan mcm tipis, tp alang alang dah sampai, aku gagah jugak p. Org dah tak ramai dan lauk yg ada cuma ayam merah, pedal, hati dan telur masin. lauk yg lain dah habis. Suasana kedai pun dah lengang. Org dah tak ramai. Disebabkan hari mcm nak hujan, aku bungkus saja nasi tu. Dua dua lauk ayam dengan pedal dan berharga RM12. 
Esoknya, aku p lg sekali. Tak puas hati sebab tak dapat tgk lauk selain ayam yg ada. Aku sampai time peak, 12.30. Dari jauh org dah beratur panjang walaupun didalam kepanasan terik matahari. Q dlm 15 minit, time aku sampai. Masih bungkus, sebab, dalam kedai, meja sumua dah penuh dengan manusia. Sampai berdiri tunggu org habis makan baru dapat duduk. Kalau p dengan budak budak kecik time mcm ni memang tak payah la susah payah nak tunggu. Bungkus p makan kat tempat lain lg baik.  
Lauk pauk memang meriah. Ayam goreng yg jadi signature kedai ni memang menimbun dalam bekas. Kemudian ada kari ayam, kari ikan, kari sotong, kari udang, ikan goreng, daging, pedal dan hati dan telur masin. Bila aku terpandang kari udang, aku terus jatuh cinta. Kari udang ni memang menjadi feveret aku. Teringat kari udang mak aku buat. Memang gila punya surrrrr. Nasi pulak dimasak dalam bekas tembaga. Ada sesetengah kedai kat Penang yg masak nasi dlm bekas yg mcm tu. Dan biasanya kedai mcm tu memang menjadi feveret. Pak Aboo kat Bagan Dalam pun masak dlm bekas tu. Kali ni aku bungkus 3. Kari udang dan sotong satu bungkus, ayam goreng dan telur masin satu bungkus dan kari daging dan telur rebus satu bungkus. Semua RM19. Apa mcm rega dengan kualiti lauk, berbaloi?.
Mcm mana rasa. Agak agak kalau tak sedap org nak susah payah ka beratur panjang mcm tu. Tu dah cukup membuktikan kedai ni memang superb. Kari udang dan sotong dia memang perghhhhh.....gila la. Menyesai tak bungkus lauk bwk balik Klang. Kari daging memang lain mcm rasa dan aku tak penah rasa mcm tu kat kedai kedai nasi kandag lain kat Penang. Dging pun lembut dengan isi bukak koyak skit skit. Ayam goreng tu memang signature kedai ni. Rasanya sgt berbeza walaupun hanya ayam goreng. Memang menyelerakan. Yg penting, lepaih kena sebungkus atau sepinggan mau tersandag dan kepala ada rasa surrrrr. Ala ala blur mcm tak boleh pikiag. Jari pulak mau  sampai petang bau kuah. Overall aku sgt berpuas hati dengan rasa nasi ayam merah ni. Aku akan datang walaupun aku ada urusan lain diberhampiran Ipoh. Utk kawan kawan yg melawat blog aku ni, kalau masuk Ipoh, aku rekemen makan kat kedai ni. Memang teringat saja bila balik rumah. Kalau tak, takan org nak bg nama nasi ganja.



Sunday, March 18, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...