Pages

Wednesday, November 30, 2011

Warung Sepupu - Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor Penang

Seingat aku, last aku sampai kedai ni semasa aku bekerja dengan sepupu aku Abg Azhar aka AbgAnn di Kontena Nasional Prai kira kira 10 tahun lepas. Lepas tu aku tak penah pi dah sampai minggu lepas bila sebelum balik Klang, aku bertekad utk menjenguk jugak warung ni.

Warung ni terletak di Astaka Taman Tun Sardon Gelugur Pulau Pinang. Dengan menggunakan Jambatan Pulau Pinag, pengunjung boleh cari susur keluar ke USM dan seterusnya simpang kekiri utk ke Taman Tun Sardon. Deretan warung ni berada disebelah kanan anda dihadapan pasar basah astaka tersebut.
Deretan kedai menyajikan menu yg pelbagai dan berbeza dari satu kedai ke kedai yg lain. Ada yg menjual air minum, nasi ayam, nasi tomato, mee dan kiewtiew sup, kueh kueh dan serabai. Hampa satu serabai apa?. Bukan serabai sebab tak gosok gigi, tak mandi pagi atau tak iron baju. Tp serabai ini merupakan sejenis kueh. Jgn salah paham. Aku tak tau la blah KL depa pangge apa. Tah ka tarak langsung. Mau rasa hampa kena turun Penang la mcm tu. Kedai serabai yg ada disini pernah masuk JJCM tau. Gila punya dasyat. Hampa pikiag tgk dasyat tak dasyat, masa aku sampai kira kira pukul 11.30 pg, kedai ni dah tutup sebab serabai dah habes. Abg Ann aku kata, masa aku sms nak sampai tu pun, dia tak dan(sempat) nak p pesan sebab dah liau (habes). Apa mcm?. Boleh singgah?

Target utama aku cuma satu, nak p try makan apa yg ada kat kedai Abg Ann aku ni. Yg aku tau, famili depa ni memang expert goreng mee. Mee goreng woi, depa ni kalau goreng mee, selamba 20-30 kati sehari habes. Dan rasanya memang sedap. Mee goreng saja, tu pun mampu membuat anda mengulangi kedai ni esoknya. Selama aku dok kerja dengan Abg Ann ni, menu feveret aku memang mee goreng. Masa tu tak teringat pulak nak sebat resepi bwk balik KL. 
Tp sayang, pukul 11.30 sampai, mee goreng, bihun singapore dan nasik goreng, semua dah settle, yg ada cuma roti sorai (roti jala) 10 keping. Jadi la, Yang lain lain dah tarak apa tinggai kedai depa saja dok bg bersih nak tutup. Tu dia aihhh....tak dan aku nak p rasa la.  Abg Ann cuma bgtau "hg lambat". 11.30 aku ingat awai lg. Hmmm...So aku order sarapan dari kedai kedai bersebelahan la. Apa yg aku order, ketiew sup, nasi tomato. Dari kedai AbgAnn cuma roti sorai saja. Tu Hadi yg balun sorang. Roti sorai ni dimakan dengan kari ayam atau daging. 
Overall, makanan memang sedap walaupun makanan ni disediakan di warung yg mcm food court. Kalau kat KL, mungkin menu mcm ni biasa biasa saja, namum kalau kat Penang, makanannya tetap sedap dan yg lg sempoi, harganya sangat berpatutan. Kalau tak sedap, boleh habeskan mee satu hari 30 kati. Pikiag tgk. Menu yg diorder kami rasa sorang ski saja nak test semua makanan yg ada di setiap kedai ni. Nasi tomato ini cuma berharga RM4 tp penuh dengan aksesorinya. Cukup lengkap dengan dalca dan acar. Kiewtiew sup pulak tersedia dengan kaki ayam (harga aku lupa). Pendek kata (dan aku pun kata sekali) warung ni wajib singgah. 




Ni la Abg Ann. Isterinya Bujan tu yg tudung biru dalam kedai tu.




Monday, November 28, 2011

Restoran Ikan Bakar Din - Kepala Batas Butterworth

Mcm ada kenduri. Itu lah benda pertama yg aku pikiag bila aku sampai kat kedai ni. Org punya ramai yg sedang menjamu selera sehingga suatu ketika aku kena tunggu org bangun dari meja selesai makan, baru aku boleh duduk. Jgn cerita la kereta yg parking kat tepi jalan. Bersusun sepanjang jalan.
Kedai ni berada tepi jalan utama di Kepala Batas. Sekiranya aku datang dari Tasek Gelugug, aku perlu masuk ke Pekan Kepala Batas dan cari simpang keluar ke Butterworth. Kedai ini berada tidak jauh dari simpang tersebut. Nak tau kedai yg mana satu senang saja,  mcm petua adik aku, "hg cari kedai yg berasap gila...". 
Apa nak buat bila sampai?. Mula mula cari tempat duduk dulu. Walaupun restoran ni luas, namun jika sampai pada peak hour (time lunch), agak susah utk mendapatkan tempat duduk. Dah dapat tempat duduk, order ayag. Petua aku, jgn order ayag yg org lece nak buat, contohnya neslo ais kurang manis, atau bandung cincau laici. Order sirap limau satu jug, atau pun p amik ayag sejuk yg free yg telah disediakan. Kalau order yg bukan bukan, sampai sudah telan ayag liug saja. Ayah aku order teh panas, sampai balik ayah aku kenpunan nak minum. Dah order ayag, boleh start ambik lauk. Ingat, konsep restoran ni layan diri. Jgn dok buat sempoi suruh org amik order. Tarak sapa nak layan. Semua benda layan diri, dari lauk, sayug, ulam dan nasik, semua kena ambik sendri. Pesan aku, ambik pelan pelan, jgn begaduh. 
Menu utama kedai ini memang ikan bakag, kalau tak,  restoran ni tak nama mcm tu la. Pelbagai jenis ikan dibakag ada disini termasuklah temenung (kembong org KL pangge), cencaru, siakap, jenahak dan terubuk. Tp bukan takat ikan saja, udang, sotong ayam dan daging bakag pun ada. Hampa kena tgk saiz udang dan sotong yg kedai ni sediakan. Gila punya besag. Fuh, meleleh ayag liug.
Kemudian utk kuah, pengunjung bleh ambik sendri, kuah gulai (kari) ikan, gulai daging dan sup. Tgk periuk kuah ni agak mengerunkan. Saiz periuk kenduri. Ada lg lauk lauk lain, mcm masak lemak, kerang rebus dan beberapa lg (aku tak tau sebab time aku sampai tu, lauk ni dah cerah (habis)). Untuk ulam pulak, ada ulam timun, kangkung rebus. Sambai belacan satu tong depa sedia. Jgn risau kalau kita kaki hirup sambai belacan sekali pun, bekas yg disediakan mampu utk cover semua yg ada. Tgk bwh ni, satu tong sambai belacan. Nak buat basuh muka pun boleh.



Overall, kedai ni terbaik. Memang kalau mampu, tiap tiap hari aku p makan sana. Aku dok klang woi, takan tiap hari aku nak ulang alik makan kat sana. 
Harga?. Sat aku tunjuk, dengan RM40 aku boleh makan apa. Aku ambik, udang besag 2 ekog, sotong sekong, kerang rebus satu mangkuk, ulam, kuah gulai, nasik 4 org makan, air sirap limau satu jug. Puas makan seisi keluarga dengan RM40. 
Sampai Penang, restoran ni mau kena singgah. Tak kisah la nak beratug panjang ka, nak berebut ambik lauk ka tp yg ni kena singgah. Jgn ingat Penang ada nasi kandar saja. Ikan bakag pun ada. 
Tu saja rekemen aku. 



Nasi Kandar Pak Aboo - Bagan Dalam Butterworth

Kepada yg berada di sekitar Butterworth, sudah pastilah mengenali nasi kandaq ini. Satu kedai berada di warung minum di Bagan Dalam. Seingat aku, ketika aku berada di darjah satu pada 1984, warung ni dah pun beroperasi di situ. Tahun sebenar kedai ni bukak aku tak sure dan aku tak penah check pun. Tp masa tu, suasana disini sungguh meriah dengan lalu lintas kenderaan ke pelabuhan, pelajar ke sekolah, org yg nak p kerja di Port. Aku masih boleh terbayang suasana tersebut sehingga hari ni. Selama 6 tahun itulah aku berulang alik ke sekolah aku dan aku menyaksikan kedai ini beroperasi. Utk ke sekolah aku mesti melintas dihadapan kedai ini kerana masa tu Pak Man yg menjadi jaga lalu lintas berada dihadapan kedai ini. Sekolah aku berada tidak jauh dari situ.
Hari ini, kedai tersebut masih disitu. Namun susana agak berbeza dengan keadaan yg sudah tidak seperti dulu. Kedai di situ, sekolah aku masih ditapak yg sama namum suasana berbeza. Masa meninggalkan kita. Tiap kali balik kampung, aku akan cuba dapatkan slot utk ke sini. Satu utk menikmati nasi kandar ini dan satu lg, utk mendapatkan semula masa aku yg berlalu. Nostalgia Bagan Dalam dan SKKP.
Pada tekak aku, nasi kandar ini adalah terbaik diseluruh Penang. Mampu mengalahkan Line Clear, Subaidah, Jamal Mohamad dan nama nama gah yg lain. Kuah, nasi, lauknya merupakan satu signature kepada kedai ni dan tak pernah aku jumpa lg setakat ini dimana mana kedai yg mempunyai rasa yg sama. 
Menu biasa aku, dari dulu hingga hari ni cumalah nasi, daging seketul dan telug ayam sebelah. Harga cuma RM3.00 sebungkus. Kuah daging mau letak lebih. Tiap kali itulah saja menu pilihan aku walaupun lauk pauknya bermcm mcm jenis. 
Kedai ini dibuka awal pg dan biasanya dalam 8-9 pagi lauk dan nasinya dah habes. Kalau nak try, kena p awai awai skit.







Monday, November 21, 2011

Isnin - MC dan Nasi arab

Hari ni aku MC. Semalam selsema lepas tu boleh melarat asma. Kalau kena asma memang tak boleh blah. Jenuh control nafas tinggi rendah. Pg tadi bangun mata dah berpinau dengan dada sesak skit. Malas la aku nak tunggang moto jauh jauh p keja. MC ja la ari ni. Lepas settle hal anak anak aku sambung tidog. Mem aku ada meeting kat Putrajaya hari ni. So kalau nak p klinik pun aku tunggu dalam pukui 10 lebih la. Pi awai awai bukan klinik bukak lg. Nak melangut dengan dada dok sesak ni tarak pasai la. 
Dlm pukui 12, mem aku miss call, baru sedag diri dari tidog. Asma dah kurang skit, tp kena jugak p klinik. Tgk hphone ada msg dari mem. Oklah kejap lg dia balik, boleh aku p sekali dengan dia. Mem aku pun batuk dah 2 minggu tak hilang lg. Gila la penyakit sekarang ni. Sekali nak elok punya lama. Azab nak tanggung bukan calang calang. Nampak sgt bila umug dah meningkat badan jadi sesen dah tak kuat. Ni tak masuk 40an lg. Lepas zuhor mem aku sampai. Selesai solat zohur, kami shoot p DEMC. Senang, panel mem aku. Tak yah byg, semua kredit terus ke akaun UiTM. 

Lepas isi borang apa patut, aku checkin kat kaunter. Siap tanya sapa doktor ada dlm. Kami request Dr Samnudi. Dr ni memang sempoi. Mesra alam dan baik. Dr ni dah mcm member. Sepanjang Hadi ke DEMC, doktor la yg merawat dia. So kami dah kenai. Senang skit nak deal. Hampa tau la doktor kan, kadang kadang tu ek lain mcm. Lece nak tanya tu nak tanya ni. Tp kalau dah kenai senang skit la nak cerita. Nak MC pun senang hahahaha. 
Elok Dr ni nampak ja muka aku n mem, terus tanya, Hadi mana....hahahaha hampa tgk, dia memang tak boleh lupa Hadi la. Aku kata tak bwk, kalau bwk wat tambah semput. Lepas aku duduk, aku kata aku semput, dengan pantas, "aik bola tak start lg dah semput (malam ni final Malaysia vs Indon Sukan Sea 26). Aku gelak ja. Lepas check, aku kena nab. Memang tu la yg aku mau. Kena benda ni lega skit. Lepas 5 minit, fuh lega. Terbaik...Mem aku pulak suspek bronkaitis. Dia pun kena nab jugak....hahahahaha....selalu tgk aku ja kena, dia pun dah kena layan benda tu. Tp ubat lain dan tak la berasap mcm aku kena ni. Utk check kedua aku request ventolin inhaler dan tablet ventolin. Inhaler aku dah habes, tablet wat standy bila perlu. Mem aku locabiotal spray. Lain lain ubat batuk. antibiotik dan kahak tu standard la. Walaupun panel, tp pesakit akan diberikan bil. Baru punya polisi. saja nak bgtau berapa byk duit dah kita pau kerajaan kot. Mcm berkira pun ada. Tp kalau tgk bil, semput mcm aku ni pun dekat RM93. Mem aku punya lg dasat RM160. 
Tu dia, kalau tarak panel tu mcm mana. Mcm mana pulak org yg tak mampu. Takan biag mati keraih ja kot. Tak patut. Kena la p hopital kerajaan. beratug bejela jela utk nak check n amik ubat. 
Tp sure Allah maha kuasa. Yg tarak duit tu diberikan kesihatan la. Yg ada duit tu mendapat dugaan yg mcm mcm. Tu kalau yg terlebih duit mcm mana?....takut kan. Biaq tarak duit tp sihat dari byk duit tp sakit mcm mcm. Makan tu tak boleh makan ni tak sedap. Kalau dah nasik kandag pak aboo pun tak sedap, hahahahahaa....hampa tau la. 
Kami terus p cari makan. Baru nak makan tgh hari. Baru perut terasa lapag bila napas nak elok skit. Alang alang dah dok ada kat shah alam ni, aku petik kat mem aku ajak p nasi Arab kat belakang unisel. Hampa tgk posting nasi kukus aku. Kedai nasi arab ni berada dlm satu kawasan. Org pun tak ramai, jd tak yah la tunggu lama lama. 
Nasi arab dari d'arab cafe ni memang nasi arab feveret aku. Bg aku, nasi arab ni selamba pukui nasi nasi arab dari Tajine, Rawsha, Babylon dan Zam Zam. No 2 masih lg Saba di cyberjaya. Mungkin nasi ni telah disesuaikan rasanya dengan rasa tempatan. Nasinya lebih kurang mcm nasi hujan panas. Nasi arab dari d'arab cafe ni dihidang dgn ayam dan kambing, kabshah dan roasted. Harga sgt berpatutan dengan RM11.50 utk satu hidangan. Kalau banding yg lain lain, harga satu set mencecah RM30. Kalau perut kecik, satu set ni boleh hadap 2 org. Tp kalau saiz saiz lembu, selamba tapau sepinggan sorang. Nah gambag nasi arab ni. Hampa tgk sendri. Limau tu mau perah dulu ataih nasi sebelum makan. Kalau tak cukup limau dan cabai hijau, boleh tambah, free of charge. 
Baca Bismillah jgn lupa. Sedap memang sedap, tp Allah jgn lupa.






Mee Udang Banjir, Jalan Meru, Meru, Klang.

Aku terjah kedai mee udang pulak minggu lepas. Berdasarkan info dari member member satu opis, aku terjun p cari kedai yg dimaksudkan. Yang lg menariknya, yg bg info tu pun tak penah p, cuma dengag cerita dari jiran sebelah rumah. 
Last aku jumpa jugak. Kedai ini teletak di Jalan Meru, Klang. Jalan utama dari Klang ke Meru. Tidak jauh selepas Klang Central dan berada di tepi jalan utama tersebut. Jgn risau, ada banner dan nampak dari tepi jalan. Parking pun besag. Tak yah risau walaupun berada ditepi jalan.
Kedai ini menyajikan pebagai masakan goreng tp menu utamanya adalah Mee Udang Banjir. Pengunjung boleh jugak order bihun goreng, nasi goreng dan kuew tiew.
Sempena dengan menu utama kedai ni. tujuan aku satu ja, nak test mee udang banjir. Harga utk semangkuk kecik mee udang ialah RM6.50 dan yg besar RM8.50. Utk tidak membazir (tgh diet kecikkan perut), aku order yg kecik saja. Yg kecik ni pun tak la kecik sebenarnya. Boleh tahan mee punya byk dan udang diletakkan sebanyak 5 ekor. Kuah memang banjir, skit lg bah dari mangkuk tu. Sekali suap, hmmm boleh tahan. Aku layan dua kali, tiga kali last sampai habes semangkuk (tak kecik jugak la perut aku).
Overall, kepada pengemar mee, anda boleh cuba mee udang banjir ni. 



Sunday, November 20, 2011

Wang Solo - Cubaan ke-2

Minggu ni, aku try lagi sekali Wong Solo. On the way nak ke Subang, aku masuk ke Shah Alam seksyen 7. Kedai yang sama minggu lepas. Kedai sudah dipenuhi pelanggang waktu aku sampai tu dalam pukui 12 tgh hari. Org dah mula masuk utk makan tgh hari. Bahagian bersila dah dipenuhi org, so terpaksa la aku duduk diatas kerusi. Aku rasa kebanyakkan yg ada dlm kedai tu mcm student uitm. Student boleh makan menu rm10 sekali adap. Berapa gamaknya loan student dia org ni. Zaman aku dulu RM2, ayam kari, nasik masak sendri.
Baru duduk saja, dah ada org mai mintak order. Mak aih...cepatnya. Depa baca posting aku yg lepas kot. Aku order air dan satu set ayam penyet, menu tu nama medan. Hampa tgk menu list sure hampa tau la set medan ni rupa mcm mana. Nasi satu bekas, ayam penyet 2 ketul, tempe, tauhu dan sayur kangkong. Set ni mai sekali dengan ayag mineral. Aku rasa ayag ni depa bg ikut berapa org yg ada. Mcm aku satu famili depa bg 4 botoi. Kalau nak sep, ayag minum yg set ni. Tak yah order lain.Harga utk satu set RM33.
5 minit lepas tu air aku sampai. Tu dia...cepat pulak kali ni. 15 minit lepas tu, set medan aku pun sampai. Hahaha...gila punya cepat aku rasa kali ni. Anyway, dah sampai tu kami makan la. Walaupun set tu ada ayam penyet 2 ketui saja, tp cukup utk aku sekeluarga. Sambai yg ada atas ayam tu memang menarik. Rasa pedas lain mcm. Kalau tak cukup sambai tu, boleh tambah sambai lain yg telah tersedia atas meja. Sayug kangkung pun fresh. Overall, satu family berpuas hati dengan menu yg dipilih. Dan bg aku, Wang Solo menyediakan menu ayam penyet terbaik setakat ni.





Saturday, November 12, 2011

Wong Solo - Tunggu sampai sudah

Ptg weken aku bwk satu family p pekena nasi ayam penyet kat Wong Solo. Kedai Wong Solo ni merupakan satu rangkaian kedai terkemuka dari Indonesia yg membawa masuk menu ayam penyet. Kat Shah Alam kedai ni terletak di Sekyen 7 dekat dengan Jakel. Bangunan yg sama tp side bersebelah dengan Stesen minyak Petronas dan berada dibarisan belakang.
Aku pilih utk duduk bersila di salah satu bahagian kedai tu. Meja masa tu baru org blah dan belum diclear lg. Dok sat ada seorang pekerja kedai tu mai bersihkan. Lepas tu sorang lg datang amik order. Pikiag punya pikiag, kami pesan menu nasi 4 org makan, seketul ayam bakar, 2 ketul ayam penyet, ulam dan emping. Minum pulak kami order 2 gelas sirap, teh o dan milo ais. 

Tunggu dalam 10 minit ayag sampai. Lepas tu turn nak tunggu menu makan pulak. Ni yg mcm bala skit ni. Jarang jarang aku kena dugaan mcm ni. Dengan perut lapag, tgk kira kanan, org yg sampai lambat dari kami dah dok baham. Yg kami sampai lebih awai ni dok tunggu. Aku dah angin skit dah. Perut dah la lapag, takan dok tahan dengan telan teh o ja. Aku pun p belakang, tanya mamat yg amik oder td. Dia dah gelabah, p depan kaunter check balik, kemudian ke belakang utk check list order. Baru nak tulis. Adoiii....baru nak tulis ka. Yg td hg punya dok sibuk p depan belakang tak nampak ka meja kami ni ada ayag ja 4 gelas. Tak pa la, kansel terus la dari nak tunggu. Kami telan ayag tu cepat cepat terus bayag n blah.
Nasib baik la Wong Solo ni sedap. Kalau tak aku dah banned teruih la. Mungkin tarak rezeki, tp bila main dengan lapag ni aku mcm hilang skit pertimbangan. Takdir. 
Menu kami berubah dengan Kak Nor Nasi Kukus ayam berempah yg berada belakang Unisel. Lepaih 10 minit order, nasik sampai. Nasib baik. 
Not my day la today.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...