Pages

Saturday, June 11, 2011

Medan Ikan Bakar Port Dickson

Tempat makan yg aku p kali ni adalah sebuah restoran ikan bakar yg teletak di Port Dickson. Batu berapa?....hah...ni aku lemah skit....tak ingat batu berapa..tp menghala ke Lukut sebelum Stesen Janakuasa TNB Tuanku Jaafar. Memang betul betul tepi jalan. Boleh nampak dan tak yah susah susah nak carik lorong masuk. Hampa tgk gambag aku letak ni, hampa carik bangunan yg mcm tu sepanjang jalan yg aku carita td, sure jumpa la.

Hadi kat tempat parking
Pasai pa aku pilih tempat ni? Pasai tempat ni betui betui dekat dgn tempat g aku dok dan aku tak yah nak p jauh jauh sampai Teluk Kemang untuk makan. Lepaih tu, senang nak masuk carik parking. Ni first time aku sampai tempat ni. Aku rasa tempat ni mcm baru buat lg. Hehehe baru tak baru la, tp lepaih dah setahun lebih aku tak mai PD, dah sampai tau tau tempat ni dah ada. Kalau dah lama org buat tempat ni, soriii.
Kalau masuk dlm ni, mula mula jumpa ada lebih kurang 4 kedai kecik dlm satu baris. Tp ada satu lg restoran yg teletak atas air dihadapan restoran restoran td. Fuhh...nampak mcm grand. So aku pilih yg tu. Nampak mcm sempoi, mengadap laut, sambe sambe makan boleh kena angin sepoi sepoi bahasa.

D'terapung
Masuk ja laluan ke restoran tu, dah ada waiter tunggu. Depa nanti ikut sampai kat tempat meja mana yg kita nak duduk. Aku cari yg betui betui mengadap laut. Baru betui rasa makan ikan bakag. Lepaih park elok elok dua hero dan sorang heroin, aku pun p carik menu apa nak boh malam ni. Tempat pilih ikan berada jauh skit, kena pusing ke belakang. Dah nama restoran ikan balag, sure mcm mcm ada. Udang, sotong, ikan, ketam..cuma pandai pandai pilih ikut budget dlm poket.

Hisyam dok layan anak ketam kat bwh restoran tu

Pemandangan jeti Shell Refinery PD (kalau tak salah aku la). Menu aku pilih malam tu, pari bakag, tomyam (wat kuah), sotong tepung, ketam masak pedas dan telog bawang. Air aku order ice lemon tea satu jug.

Dinner of the day
 Overall menu ok, tempat selesa, dan harga pun not bad boleh tahan.

Saturday, May 7, 2011

Suatu petang di Aroma Ikan bakar, Jeram

Minggu lepas tergerak hati nak bawak famili p makan makanan laut kat Jeram, jalan ke Kuala Selangor beberapa kilometer dr pekan kapar (tah aku tak ukur pulak berapa kilo, tapi tak jauh la). Nak masuk tempat tu carik simpang kiri selepas masjid jeram. Ada signboard.....jgn risau...kalau sesat tanya org kampung hahahahaha...koordinat GPS jgn tanya, kalau nak boleh carik kat blog lain.

Suatu trip yg tak dirancang, tetapi hasilnya sungguh berjaya. Aku bergerak dari Rawang (aku p kenduri anak pak lang aku kawin) dlm pukui 230 ptg dan sampai dlm 430 ptg kat Jeram. Suasana masih cool walaupun kereta dah banyak parking kat luar kedai. Aku terus pegi kat tempat pilih ikan. Tu dia selection ikan boleh tahan. Kerapu, merah, siakap, jenahak, senangin, caru, kembung dan tak lupa kerang, ketam, undang, sotong dan siput siput yg aku tak tau nama apa.
Niat dihati nak pilih ikan dulu, tp brother kat tempat tu bgtau "adik,,,,amik no meja dulu".....hehehhhe....wat kalut pulak aku.....aku terus p carik mem yg dah siap duduk kat anjung depan mengadap laut tu. No meja "jeti no 6". Byk jugak meja dah reserve. Nasib baik awal.
Dah dapat no meja apa lg....time pilih ikan la....aku amik skit skit ja...aku list bwh ni:

kerapu sekog - wat 3 rasa
ketam 3 ekog - masak pedas
udang size M - butter
sotong - tepung
sembilang - asam pedas
Tomyam
kerabu mangga
bistek telur
jus oren satu jug

Rasa sedap dan harga sungguh berpatutan. Walaupun agak jauh dari KL, agak apa....memang jauh pun, tapi aku rasa kalau p sekali sure akan repeat balik. Aku tarak hal, klang saja.
Sambe sambe makan seafood, kena pulak angin laut selat melaka...ditambah ngan pemandangan laut dan pulau sekitarnya, memang sempoi la layan diwaktu petang.

sotong tepung, kerapu, bistek dan kerabu mangga

Tomyam

ketam masak pedas

Hannah pun makan sendri

licin

Monday, February 14, 2011

Perbezaan Duri dan Pedukang

Pedukang atau belukang ada specis yg diketegorikan pengacau umpan oleh kaki pancing. Belah utara org pangge ikan ni pedukang. Mungkin sebelah selatan ni belukang. Bunyi lebih kurang. Specis ni bedai apa saja yg dijamu. Oleh kerana tabiatnya yg kaki bedal, maka ramai yg tak berapa gemar. Aku dulu, dgr dgr cerita pedukang ni kaki hentam najis. Kalau ada rumah atau toilet yg dibuat diatas laut, memang org tak makan la kalau pedukang dipancing dikawasan sekitar. Tp kalau yg dapat dilaut lepas...why not kan. Lalu ngan tak lalu makan ja.
Aku try cari dlm lebai google, ada yg kata kira belang badan. Tp tak pulak bgtau berapa byk pedukang dan brp duri. Ada yg kata kepala pedukang lebih besar dr duri. So mulut yg lebih luas berbanding ngan duri. Ni aku ada masukkan gambag. So bandingkan la...

Pedukang @ belukang
 So utk duri pulak,sedikit berbeza dgn kepala yg lebih kecik dan tiada belang. Tp aku dgr ada satu lg jenis dikenali sebagai mayong. Tak kisah la mcm mana rupa, tp kalau sentap rasa tetap ada. Nak bwk balik letak dlm tong ais, tak nak kalu...lepas balik.

Ni duri bwh ni. Tiada belang dan misai mungkin telah ditrim. 
Duri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...