Pages

Saturday, June 23, 2012

Popcorn ...RM26

Dua hari lepas, member aku tetiba ajak p KLCC. Lebih kurang pukui 11.50, aku dapat call. "Woi KLCC...".. Aku malas nak keluar. Panas, ada keja dan malas tah pasai pa hari Rabu lepas. "Malaih la woi" aku balaih balik. "Ok lah..." mamat tu balaih balik. Dok sat, hphone aku berdering lg. "Woi KLCC woi..L nak beli popcorn". Hah...aku bekejut beruk, kera dan monyet seketika. Aku rasa aku dah keja dekat 5 tahun kat sini, inilah pertama kali mamat nama L nak beli popcorn. Selalunya dia telan lunch kat cafe opis saja. Tp hari ni siap nak beli popcorn. "Cepat woi, naik kereta aku...". Hmmmmm....teruih aku tala p bangunan sebelah menyebelah. 
Dlm 10 minit kami sampai KLCC. Dlm kereta on the way aku tanya L "popcorn time lunch?...Dia kata ni popcorn spesel. Lain dari lain dan sedap. Lepaih tu aku tanya lagi "Pelik...dok tak dok nak beli popcorn?"...sempoi dia balaih kat aku...."hehehhehehe....". 10 minit kami dah sampai. Teruih tala p foodcourt.  Boh lunch apa patut, lepaih tu Afiz guide kami p kedai tu. 
Kedai ni berada di tingkat bwh KLCC. Turun tangga saja dah nampak. Tak dak org beratug time kami sampai. L teruih p ke kaunter. Aku ikut sekali, Afiz n Nadeen lambat skit. Aku teruih p dekat kaunter tgk. Nak tau jugak apa yg best popcorn sampai sanggup mai tgh hari mcm ni.
Tu dia, mcm mcm jenis flavor ada woi. Hampa tgk gambag sebelah ni. Popcorn tu dah diklaskan mengikut flavor. Yg aku ingat karamel dan cheese.
L pilih karamel. Lepas tu kena pilih bungkuih besag mana yg nak beli. Harga ikut bekas. Saiz saiz bekas tu small, medium and large. Tp utk tin pulak ada utk 1 gallon dan 2 gallon. Harga starting dari RM9 sehingga RM229. 
Utk popcorn L, harga RM26. Aku teruih mcm nak terlompat. Dengan DGFE bagai, popcorn RM26 pun hg sanggup. L senyum. Senyum sinis. Mampuih p, dia pelawa kami rasa. Tu dia, memang sempoi la. Popcorn tu agak besag skit dari yg biasa juai kat kaunter panggung wayang tu. Lepaih tu yg lagi aura sakan, dilapeh pulak dengan karamel. Bukan lapeh biasa. tp mcm disalut dan tak melekit lekit. Rasa memang sedap woi. Patut pun harga mcm tu. Aku ambik 2-3 kali. Tp bila mengenangkan harga mcm tu, aku tak jadi nak ambik byk kali. Kepada yg ada kencing manis dan simton yg seakan akannya, jgn la hampa gatai pungkug nak p try. Kalau jatuh seketui popcorn ni kat tangga KLCC, aku rasa satu KL semut cari. Hahahahahahhaa. Posting lengkap L p cari benda tu kat hidupmausedap


p/s
Credit utk Afiz yg sudi snap gambag dgn iphone.

Tuesday, May 1, 2012

Restoran Temerloh Catering

Dah tak payah nak p jauh jauh sampai Temerloh kalau nak makan ikan patin masak tempoyak. Mai sini, Shah Alam pun dah ada satu restoran yg menyediakan menu ni. Restoran ini menyediakan menu masakan org Pahang dan dah tentu la ikan patin ada sekali. 
Aku sampai sini minggu lepas. Ada sorang dua kawan kawan yg rekemen utk cuba ikan patin kat sini. Memang baik la rasanya. Superbbbb. Utk patin sangkar, harga seketul ikan ialah RM8 dan utk patin buah RM18. Ikan kerai, keli pun ada.
Aku bersama famili sampai sini lebih kurang pukui 2.30 ptg. Org ramai lg. Boleh kata kebanyakkan meja penuh dengan pelanggan. Tahniah kepada tuan punya kedai kerana berani membawa menu mcm ni ke Shah Alam. Jadi kepada semua, kalau nak rasa menu ikan patin yg sedap, datanglah ke Restoran Temerloh Catering ini yg berada di 2-G, Jalan Pahat J/15J, Komplek Dataran Otomobil, Seksyen 15 Shah Alam. Restoran ini berada di deretan kedai bersebelah dengan showroom Toyota. Masuk dari simpang Petronas tepi jalan tu. 


Sunday, April 22, 2012

Rasa Food Court - The Curve, Mutiara Damansara

Food Court ini the terletak di The Curve, Mutiara Damansara. Tgh hari minggu lepas aku dan famili makan tgh hari kat sini. Tgk restoran yg lain semua pelik pelik, kami terus cari food court. Aku rasa Rasa ni berada pada second floor The Curve. Kalau salah mintak maaf. Kami order nasi tomato dan fish and chip. Ok gak rasa dua dua menu tu. Lepas tu mem aku beli dessert. Kuih tradisional dari sejenis bengkang. Org blah sini pangge bengka. Kalau utara org pangge bengkang. 
Mulanya aku buat tak pandang sgt. Aku dah tau dah, kalau blah KL ni nak dapat kuih yg betui betui rasa kuih susah. Ada saja tak cukup. Gula la, tepung terlebih la, terlebih masak la. Mcm mcm punya skill nak bg spoil rasa. Kemudian lepas 2-3 kali mem aku suruh try, aku suap la sekali, bengkang pisang. Huih...ok gak. Suap lg sekali...hmmmm not bad, suap 3 kali. Hah....lepas tu aku p tambah sri muka, bengkang ubi dan bengkang pisang lg sekali. Rasanya memang tepat masuk dan kena dengan lidah aku. Tak rugi sapa nak try, tp harga dia seketui RM1.20 la. Rilek, jgn terkejut beruk, ambik seketui dua dulu nak test power. Lepaih tu kalau cun, boleh la tambah. Biasa la kuih dok kat The Curve. Kalau tempat lain RM0.50, masuk saja dlm ni teruih jadi RM1.20 la. Tgk la suasana. Harga tu depa include dengan kos suasana sekali kot. 
Kalau aku sampai The Curve lg, bengkang dgn sri muka ni aku cari dulu. Ikea sebelah tu pun aku wat tak pandang.


Minggu ni aku p lg sekali tempat ni. So sempat la aku singgah dan snap pakai G12. Dapat la pics yg lebih berkualiti.




Sunday, April 15, 2012

Restoran Soto Shah Alam - Seksyen 8

Restoran terletak di Seksyen 8 Shah Alam. Meriah dengan lauk baik time sarapan atau lunch. Variati lauk pauk dan hidangannya memang menarik. Restoran ni dah lama ada kat sini, cuma baru baru ni ia mengalami naik tarak dengan wajah yg baru dan suasana yg lebih luas dan selesa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...