Pages

Wednesday, December 21, 2011

Nasi Tomato - Belakang Unisel, Shah Alam

Nasi tomato ni berada sama tempat dengan restoran arab cafe. Hampa boleh cari dlm posting aku yg lepas. Kedainya terletak dalam bangunan yg sama. Hampa masuk ja dlm tu, bila ada org mintak order, bgtau la nasi tomato. Nanti tokei kedai akan hantag. Tak yah nak cari kedai bagai.
Nasi tomato paling sedap aku rasa seantaro Shah Alam dan Klang setakat posting aku hari ni. Kuantiti nasi yg byk, ayam masak merah yg sedap dan dalca yg enak. Sepinggan berharga RM6 dan amat sesuai jika "bukan nasi skit, tp tak kenyang". Kena ni sepinggang terus boleh masuk gua utk herbinasi. So kat sini, ada 2-3 menu yg sempoi, walaupun rupa bangunan ni bukan mcm restoran mewah tp menu yg disajikan mampu bg restoran lain tertungging. Utk kepastian, mem aku pegi tanya tokei kedai, asal dari mana. Bukan tujuan nak bernegeri negeri, tp nasi tomato ini lebih kurang sama rasanya dari yg selalu aku makan kat Penang. Rupanya tokei kedai dari Johor. Patutla ada menu mee rebus. Apa ada hal dari mana, janji makanan yg dijual puas hati dan sedap. 
Tahniah kepada tokei kedai kerana menyajikan nasi tomato yg mampu bg aku datang balik utk order. 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...