Pages

Tuesday, January 31, 2012

Tempoyak Patin - Gerai Kak Mek/Afidah Temerloh

Dari Jerantut, kami melalui jalan lama ke Temerloh. Tiada apa yg menarik cuma permandangan ladang getah dan kelapa sawit dikanan dan kiri jalan. Keadaan jalan pun tak la seelok hiway, memaksa kami memandu lebih berhati hati dan perlahan. Tp ramai jugak yg berdezup memetong, mungkin sudah biasa dengan jalan disini.
Buat apa di Temerloh?. Tah, mulanya nak ikut melalui Hiway Pantai Timur keluar di exit Chenor.Tp tu mcm dah patah balik. So kami amik keputusan untuk ke Temerloh. Dari Temerloh baru kami akan gunakan Hiway. Kami satu famili belum pernah menjejakkan kaki di Temerloh.
Sebelum tiba di Temerloh, aku sempat call org Pahang. Kawan satu opis jugak, Pitek (nama panggilan yg bukan nama sebenar). Setahu aku, org rumah dia berasal dari Temerloh. So senang la kalau nak advise port port menarik kat sini. Akhirnya, Pitek memperkenalkan aku dengan satu kedai makan yg menjual tempoyak ikan patin. Kedai nya teletak di food court berhampiran Stesen Bas lama Temerloh. Food court ini merupakan yg paling belakang dan mengadap sungai.
Cara guide dlm phone mcm senang. Tp kami semua bukan dari Temerloh dan ni merupakan pertama kali sampai, jenuh jugak la nak cari jalan. 2,3 kali pusing baru jumpa kedai. Petuanya mudah. Cari kedai yg ada 3 periuk besar. Mcm ni punya petua pun ada. Tp bila aku sampai, hanya 2 periuk sj yg ada. Lg satu tak sure p mana. Dah basuh kot. Menurut Pitek lg, ada 2 jenis patin disini. Patin liar dan patin sangkar. Patin liar semestinya lg mahai la. Bukan senang nak tangkap makluk tu kat sungai.
Org agak ramai walaupun sudah pukul 3.30 ptg. Kami duduk, kemudian order air. Aku terus ke periuk besar. Satu periuk dah habes. Satu lg pun tinggal separuh. 
Aroma tempoyak ni memang tak tahan. Aku terus order seketul. Bahagian ekor. Harga seketul ialah RM10. Tp tgk saiz memang berpadanan la dengan harga. Penuh satu mangkuk. Aku tambah ulam, sambal belacan, telur masin dan nasi 2 pinggan. Aku sebenarnya bukan minat pun ikan air tawar. Tp disebabkan reputasi patin ni hebat, so why not try. Sekali aku suap, perghhh....rasanya memang superb. Semua cukup. Garam, lemak, tempoyak dan pedas memang ngam. Dah tak yah nak tambah perisa lg. Isi ikan patin ni pulak lembut, tak bau hanyir atau pun bau tanah. Memang menyelerakan. Walaupun perut aku tak lapar, tp satu pinggan nasi tetap licin. Hisyam, Hannah dan mem aku makan. Semuanya berselera kecuali Hadi. Jumlah bayaran temasuk air minum 4 gelas cuma RM23. Kami tambah lagi 2 ketul dibungkus utk di bawa balik. Sebenarnya kedai ni merupakan kedai nasi campur. Pelbagai lg lauk lauk yg ada. Cuma, patin memang menjadi special dish kat sini. Kalau tak lalu ikan sungai ni, lauk lain byk lg. 
Kepada semua yg nak p atau nak singgah Temerloh, aku rasa hampa semua kena try makan ikan patin kat kedai ni. Kepada geng geng laut yg rasa ikan sungai ni tak berapa sedap, hampa kena try yg ni dulu baru komen. Kalaulah aku datang ke Temerloh lg, kedai ni memang masuk list wajib utk aku kunjungi. Selesai menjamu selera, kami berangkat pulang ke KL. Kenangan patin memang tak boleh lupa. Ada rezeki kita jumpa lg. 




7 comments:

HMS Admin said...
This comment has been removed by the author.
HMS Admin said...

Ko wat ape ke temerloh...takkan semata mata try ikan patin pastu pulang ? hehehehe aku pun mau terjah gak laa ini tempat...suatu hari nanti Insya Allah

fiezol said...

sedap sampai menjilat pinggan

Platspender said...

Aku follow mem aku trining kat Jengka. Felda residence, Tekam. Nanti aku up posting tu. Boleh tahan jugak la tempat tu. Cuma jauh la dari KL. Masa balik, kami ikut jalan lama. Pitek la direct aku ke tempat tu. Not bad woi. Memang worth kalau nak try. Tempoyak terbaik.

Platspender said...

tu dia, tak yah basuh la pinggan tu. Licin tak jilat?

Small Kucing said...

dah jumpa....:)

seda betul.

Thanks for the post.

Anonymous said...

Nice Blog.
Koleksi makan best kat Pahang versi saya...

http://penang-halal-food.blogspot.com/search/label/Pahang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...