Pages

Saturday, August 27, 2011

Pasar Ramadan Seksyen 13 Shah Alam

Hari ni aku berkesempatan utk p pasar ramadan Stadium Shah Alam yang terkenal itu. Tak yah la cerita mcm mana jalan nak p sebab kalau dah sampai stadium, kita dah boleh nampak.
Aku sampai lebih kurang pada pukui 4.15 ptg. Kereta yang parking pun dah tak byk. Mungkin sebab ramai dah balik kampung kot. Aku parking kerete betul betul depan Surau pasar ramadan tersebut. Kepada pengunjung, jgn risau kerana kemudahan surau dan tandas telah disediakan. Terima kasih kepada pihat yang telah menyediakan kemudahan tersebut.
Pasar Ramadan Stadium Shah Alam
Org pun dah tak ramai masa aku sampai. Mcm aku kata awai td, mungkin ramai org dah balik kampung. Kebanyakan kedai yang aku singgah, hari ni atau esok merupakan hari terakhir untuk berniaga. Brother Bihun sup tu kata malam ni nak blah balik Alog Stag. Yang meniaga putu piring tu pulak tak tau lg nak meniaga esok ka tak ka.
Kedai-kedai yang bukak pun dah tak banyak. Mungkin cuma dlm 60% ja yang masih berniaga. Byk tapak tapak dah kosong. Layan saja mana yang ada.Tgk menarik beli untuk test power. Tahun depan boleh beli lg.
Mula sampai, aku pusing dulu satu round. Saja amik "feel" dulu. Survey mana yang menarik, yang boleh beli, Seingat aku la, kebanyakan yang meniaga tahun ni adalah sama mcm yang meniaga tahun lepas. Muka yang sama, tp kedai nampak lebih grand dengan banner yang lebih menarik, menu-menu yang ditampilkan pula lebih menonjol. Senang kata "marketing strategi" la nak tarik pembeli. Brother yang meniaga kebab tu pun kedai dia dah makin grand. Banner pun dah makin cun. Steady la brother.
Apa aku nak beli dulu?....hah ni punya soalan paling sempoi nak tanya. Gila punya confius. Kalau kedai dah tak byk ni pun dah confius kalau time peak mcm mana la gamak nya. Petua senang saja, carik kedai yang org ramai. Kedai mula-mula yang aku singgah ialah kedai beriani.
Beriani Ghafur.
Ada telug rebuih tu. Setengah beriani tarak telug. Kaler nasik pun mcm meriah. Lauk lauk yang ada termasuklah ayam goreng rempah, ayam rendang, ayam masak merah dan kambing.
Aku minat ayam masak merah. So beriani ni aku ambik kombinasi nasik n ayam masak merah. Mem aku ambik ayam rendang. Kemudian aku tambah papadom. Set untuk beriani ni ialah nasik, lauk, dalca dan acar. Untuk beriani ayam harganya RM7.00. Tapi apa pun aku tetap minat penampilan pekerja kedai ni. Lengkap berpakaian seperti chef. 
Papa John: Dasat tul kepelbagaian John kedai ni
Kedai kedua yang aku singgah ialah kedai wajid tiap tiap tahun. Kedai roti john yang dikenali sebagai Papa John. Dah 2-3 tahun aku tak miss kedai ni. Pada mulanya aku tgk, kedai ni memang dipenuhi org. Beratur pun panjang. Biasanya aku p beli bila dah org tak ramai. Bila jadi mcm tu?...bila tinggai 2-3 hari sebelum raya. Tp tahun lepas aku rasa ada skit perubahan. Dah tak payah beratur panjang. Terus ja dapat beli. Tp tu sekiranya jenis roti yang nak beli tu ada la dlm bakui. Kalau tak, kena tunggu jugak, tp jangan risau, tunggu pun tak lama. 
Anak aku Hadi minat ayam cheese. Aku beli dua. Satu berharga RM4.50. Dalam gambag sebelah ni, ayam cheese lebel AC kat dalam bakui merah tu. Ada lg 3 bungkus. Yang sedang menunggu ni, order daging. Daging masih lg tgh diorg buat. Apa yang boleh aku kata, sekali beli boleh repeat lg. Kepada pengemar John, anda boleh try John dari kedai ni.
Kedai ketiga yang aku singgah ialah kedai bihun sup. Bihun sup kuning ni setahu aku berasal dari utara. Kalau kat KL ni biasanya bihun sup putih yang ada taugeh. Sambalnya pula sambal kicap. Sup pun rasanya agak berbeza dengan sup utara. 
Bihun sup utara.
Bihun sup dan sup dalam periuk
Aku sempat sembang ngan brother yang berniaga bihun ni. Asal org Alog Stag. Malam ni balik kampung, lepas berniaga. Sambe dok sembang tu sambe aku tgk brother ni dok boh bihun dalam plastik. Biasala ramuan bihun sup, bihun, daging, bawang goreng, daun sup dan yang sempoinya brother ni boh jugak lobak masin. Ni aku minat. Aroma sup dan rasa masin disulam sambal pedas. Sambai pulak sambai cabai, bukan sambai kicap. Kaler merah menyala.Tak sabag nak makan. 
Putu piring
Brother tgh prepare putu piring.
Putu piring ini agak special. Walaupun cara pembuatannya sama saja dengan putu piring yang lain namun bahan putu piring tersebut agak berbeza. Gula merah yang digunakan lebih banyak dari putu piring yang biasa. Kelapa jugak dimasukkan sekali sebagai penambah rasa. Aku agak berpuas hati makan putu piring ni. Walaupun harganya 50 sen sekeping namun saiz putu piring yang agak besar dari biasa. Kepada pengemar putu piring, aku rekemen utk try yang ni.
Aku tambah skit skit lg kueh, popia dan pecal kepada juah berbuka aku untuk hari ni.


Popia

Pecal dari Tanjung Karang.







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...