Pages

Friday, September 14, 2012

Ateh Corner Taman U Skudai, Johor

Kedai makanan yg menarik utk dikunjungi. Aku singgah secara tak sengaja. Maksud aku, bukan aku jumpa kat internet dan kemudian terus tuju. Aku nampak tepi jalan, mcm menarik, parking kereta dan tuju kat kerusi. Bila bukak menu, pelbagai pilihan masakan yg ada. Tp yg menarik hati aku cuma sotong, pari dan kerang bakar. Bersama dengan menu tersebut, aku turut meng order tomyam.
Biasanya di johor, ikan yg dibakar akan dilapik dengan daun pisang dan dibakar besama sambal. Tidak seperti diutara, ikan akan dibakar kemudian dicicah dengan air asam. So, Ateh Corner turut menggunakan kaedah yg sama. Ikan pari dan sotong dibakar diatas daun pisang bersama dengan sambal. Cubitan pertama yg masuk dlm mulut aku, terasa keenakannya. Cuma sambal tu bg aku pedas dan tidak berapa sesuai utk kanak kanak. Mungkin sesetengah org dewasa pun tak tahan dengan level pedas sambal tu. Tomyam pun enak dan pedas. Memang kena kalau makan dengan nasi panas. Lepas tu minum pulak teh o panas, baru rasa bibir mulut berasap. Tgk la gambag yg sempat aku snap, boleh bayang berapa pedas sambal ikan bakar tu. Rekemen aku, sampai Taman U, kedai ni kena singgah. 





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...