Pages

Saturday, July 30, 2011

Malaysia vs Singapore 1-1 (4-6)

Semangat woi...semangat...itu yg mula aku nak cerita...

Dari opis aku dah rasa semangat Harimau Malaya. Jersey kuning hitam aku dah bwk dari rumah. Kemarin ingat tak mau nak p dah. Tp lepas seken thought (hehehe) aku on jugak. Member loop pulak ramai nak on. Tak boleh jadi mcm ni. Aku mesti turun. Semangat dah berapi api tp tiket tak dapat lg nih.
Aku gerak dari opis dlm pukui 6 ptg. Follow Pitek ride menghala rumah dia. L ngan Afiz dah sampai dulu. Depa drive. Kalau keluag lambat nak tempoh jem kat Jalan Tun Razak tu masak la jawapnya.
Aku kena angkut L p stadium. Naik moto senang skit nak selit. Bukan skit skit org yang nak p tgk bola kali ni. Dekat 90 000 umat manusia.

Hepi ja muka nak masuk stadium

Mana rumah Pitek?...tah aku tak tau...main follow ja...yg aku tau rumah dia betui betui sebelah BESRAYA. Siap lebih kurang kat rumah Pitek, angkut L naik moto. Berat woi mamat ni. Langgag bulu ayam mau terus wili sampai Bukit Jalil. Azab jugak moto aku masa nak naik jalan berbukit kat sebelah stadium tu.

Afiz, Mohawk Bentong dan aku - parking moto

Dari KESAS nak masuk Bukit Jalil tu dah jem dah. Yang bawak moto ni pun nak selit siksa, kalau drive kereta mau berjanggut tunggu. Baguih naik LRT la, senang skit. Tak tau skit tu mcm mana.
Lepaih parking moto, kami 4 org pun berjalan kaki menghala p stesen LRT Bukit Jalil. Member loop semua kata nak naik LRT ja. So tunggu la kat situ dulu.
Elok sampai kat situ org dan penuh dah. Macam lautan kuning belang itam dah jadi.Ramai betui la orang. Tu tak kira dengan kedai kedai juai makan,ayag n jersey lagi.Meriah.

Malaysian fan
Nak call kaki yg lain line dah out. Nadeen JL MD tak nampak muka lg. Call tak boleh pulak, msg apa tah lg la. Yang nampak cuma bro zul. Lepaih nampak Bro Zul, kami pun segera cari port nak redah tiket. Mcm ni punya manusia boleh ada lg ka tiket. Tak pa..gamble kan.

Peminat diluar stadium

Alhamdulilah, lebih kurang 8.45-9.00 mlm tiket pun sampai. Fuhhh betui betui gamble. Nasib baik boleh masuk. Masuk pukui 9 faham faham la. Jgn nak harap dok atas kerusi. Tangga la nak tempat nak tenggek, yang nampak kosong cuma gandstand. Tu pun mungkin budget utk Singapore fan.
Apa pun games Malaysia malam tu agak baik. Cuma player Singapore mcm tak makan nasik. Lembik mcm haram. Player Malaysia beat player Singapore skit ja terus jatuh...beat skit jatuh. Lama pulak tu guling atas padang. Mcm baru lepas telan racun tikus. Yang lagi haram nya, lepaih usung p tepi padang tak dan 2 3 saat boleh bangun lari balik masuk padang. Tak ka mcm haram punya stail namanya. Kalau tak larat nak main, tok sah la gatai nak main. Bagi ja Malaysia progress lg. Masa Malaysia main kat Singapore, tak pulak aku nampak player Malaysia kena usung. Player Singapore pun sihat sejahtera ja nampak. Mai KL terus wat lembik. Isi badan hilang sepanjang flight kot.
Marah?...sapa tak marah woi kalau main mcm tu. Bukan sekali dua, tp dah berapa puluh kali, aku pun meluat nak kira dah. Tak pa, lepaih ni Singapore progress lagi wat la stail mcm tu. Mana tau rezeki masuk World Cup. Dah masuk pun wat la mcm tu lg, tp ingat Argentina, Brazil nak kesian kat hampa. Mana la tau ngan taktik mcm Singapore boleh julang World Cup. Main 90 minit, 30 minit masa injured. Podahhh.
Apa hal pun, tahniah Safie Sali dan seluruh pasukan Malaysia. Walaupun tensen ngan stail Singapore namun Malaysia masih mampu mempamirkan corak permainan yang baik. Org kata apa..keep up the good work.

Lagu negaraku berkumandang


MALAYSIA BOLEH

Kari Kepala ikan Kampung Attap

Kedai ni nampak dari Federal Highway. Tak payah cerita la mcm mana nak p. Kepada kaki kapla ikan KL kedai ni memang jadi sebutan la. Aku dah dengag lama dah, tinggai lagi nak p tu la dok agak agak. Last minggu lepas, mem ajak singgah. Tgh hari, lapag pulak..aku ok ja. Pusing dari Lok Yew nak masuk faderal hiway, pusing sekali terus nampak. Tak susah nak cari. Tapi mau pusing elok elok kalau telepaih simpang, susah nak u turn.
Aku parking keta berhadapan apartment. Mengadap opis dan belakang tempat tu. Dari jauh aku nampak org tak ramai. Kedai pun sebelah bangunan. Ehmmm...gaya mcm kedai kedai kat Penang. Macam Line Clear kat Penang Road dan Jamal Mohamed kat Butterworth. Nak makan kena beratur dulu. Tp nasib baik beratur pun tak panjang. Lauk memang mamak ni buat tak banyak. Mungkin sebab mai sini memang nak makan kepala kot. Apa yang aku nampak cuma ikan goreng, ayam goreng, hati/pedal goreng, kari ikan, kari sotong dan kari kambing. Itu saja, ketam daging bagai semua tarak. Tgk kepala besag besag, aku punya tanya la berapa rega...mamak tu boh senang saja....65, 70, 75, 80, 85....mak aih mcm sifir pulak. 
Aku amik kari ikan dan kari sotong. Nampak kari sotong mcm sedap. Sotong pun panjang. Kuah kari yang mamak tu tuang atas nasik memang sekali dengan bendi sebijik, terung seketui. Tapi aku agak pelik bila kari dicampur sekali dengan tauhu. Stail tersendri.  Rega ngan sayug n papadom RM10.00. Hadi amik sama mcm mem aku, Ayam goreng dan sayur. Aku minum teh o ais, adi dan mem sirap limau.
Rasa?.....boleh tahan, not bad. Kalau orang ajak nak repeat aku sure join. Tu ja aku nak kata. Gambag nanti aku load

Kedai dari tepi jalan

Saturday, June 11, 2011

Medan Ikan Bakar Port Dickson

Tempat makan yg aku p kali ni adalah sebuah restoran ikan bakar yg teletak di Port Dickson. Batu berapa?....hah...ni aku lemah skit....tak ingat batu berapa..tp menghala ke Lukut sebelum Stesen Janakuasa TNB Tuanku Jaafar. Memang betul betul tepi jalan. Boleh nampak dan tak yah susah susah nak carik lorong masuk. Hampa tgk gambag aku letak ni, hampa carik bangunan yg mcm tu sepanjang jalan yg aku carita td, sure jumpa la.

Hadi kat tempat parking
Pasai pa aku pilih tempat ni? Pasai tempat ni betui betui dekat dgn tempat g aku dok dan aku tak yah nak p jauh jauh sampai Teluk Kemang untuk makan. Lepaih tu, senang nak masuk carik parking. Ni first time aku sampai tempat ni. Aku rasa tempat ni mcm baru buat lg. Hehehe baru tak baru la, tp lepaih dah setahun lebih aku tak mai PD, dah sampai tau tau tempat ni dah ada. Kalau dah lama org buat tempat ni, soriii.
Kalau masuk dlm ni, mula mula jumpa ada lebih kurang 4 kedai kecik dlm satu baris. Tp ada satu lg restoran yg teletak atas air dihadapan restoran restoran td. Fuhh...nampak mcm grand. So aku pilih yg tu. Nampak mcm sempoi, mengadap laut, sambe sambe makan boleh kena angin sepoi sepoi bahasa.

D'terapung
Masuk ja laluan ke restoran tu, dah ada waiter tunggu. Depa nanti ikut sampai kat tempat meja mana yg kita nak duduk. Aku cari yg betui betui mengadap laut. Baru betui rasa makan ikan bakag. Lepaih park elok elok dua hero dan sorang heroin, aku pun p carik menu apa nak boh malam ni. Tempat pilih ikan berada jauh skit, kena pusing ke belakang. Dah nama restoran ikan balag, sure mcm mcm ada. Udang, sotong, ikan, ketam..cuma pandai pandai pilih ikut budget dlm poket.

Hisyam dok layan anak ketam kat bwh restoran tu

Pemandangan jeti Shell Refinery PD (kalau tak salah aku la). Menu aku pilih malam tu, pari bakag, tomyam (wat kuah), sotong tepung, ketam masak pedas dan telog bawang. Air aku order ice lemon tea satu jug.

Dinner of the day
 Overall menu ok, tempat selesa, dan harga pun not bad boleh tahan.

Saturday, May 7, 2011

Suatu petang di Aroma Ikan bakar, Jeram

Minggu lepas tergerak hati nak bawak famili p makan makanan laut kat Jeram, jalan ke Kuala Selangor beberapa kilometer dr pekan kapar (tah aku tak ukur pulak berapa kilo, tapi tak jauh la). Nak masuk tempat tu carik simpang kiri selepas masjid jeram. Ada signboard.....jgn risau...kalau sesat tanya org kampung hahahahaha...koordinat GPS jgn tanya, kalau nak boleh carik kat blog lain.

Suatu trip yg tak dirancang, tetapi hasilnya sungguh berjaya. Aku bergerak dari Rawang (aku p kenduri anak pak lang aku kawin) dlm pukui 230 ptg dan sampai dlm 430 ptg kat Jeram. Suasana masih cool walaupun kereta dah banyak parking kat luar kedai. Aku terus pegi kat tempat pilih ikan. Tu dia selection ikan boleh tahan. Kerapu, merah, siakap, jenahak, senangin, caru, kembung dan tak lupa kerang, ketam, undang, sotong dan siput siput yg aku tak tau nama apa.
Niat dihati nak pilih ikan dulu, tp brother kat tempat tu bgtau "adik,,,,amik no meja dulu".....hehehhhe....wat kalut pulak aku.....aku terus p carik mem yg dah siap duduk kat anjung depan mengadap laut tu. No meja "jeti no 6". Byk jugak meja dah reserve. Nasib baik awal.
Dah dapat no meja apa lg....time pilih ikan la....aku amik skit skit ja...aku list bwh ni:

kerapu sekog - wat 3 rasa
ketam 3 ekog - masak pedas
udang size M - butter
sotong - tepung
sembilang - asam pedas
Tomyam
kerabu mangga
bistek telur
jus oren satu jug

Rasa sedap dan harga sungguh berpatutan. Walaupun agak jauh dari KL, agak apa....memang jauh pun, tapi aku rasa kalau p sekali sure akan repeat balik. Aku tarak hal, klang saja.
Sambe sambe makan seafood, kena pulak angin laut selat melaka...ditambah ngan pemandangan laut dan pulau sekitarnya, memang sempoi la layan diwaktu petang.

sotong tepung, kerapu, bistek dan kerabu mangga

Tomyam

ketam masak pedas

Hannah pun makan sendri

licin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...