Pages

Friday, February 10, 2012

Keropok Lekor - Bukit Tok Beng, Seberang Takir

Tak pernah aku tgk org juai barang makan sampai ambik number. Klinik pun org tak ramai mcm tu. Ketika kami sampai, number yg tertera ialah 1138 dan number ditangan ketika itu ialah 1181. Tu dia. Skit punya ramai org tunggu. Kebanyakkan yg ada dalam kedai tu semuanya nak bungkus. Hanya satu dua kumpulan duduk utk minum dan makan kat situ. 
Kedai ini berada ditepi jalan. Petua senang saja. Cari kedai yg ada longgokkan kayu api dan kereta byk parking ditepi jalan. Tu lah kedainya. Walaupun org ramai, tp masih ada tempat parking. Jgn risau kerana kereta boleh diparking disebelah kedai atau didepan kedai ditepi jalan. Kami cari meja yg kosong utk duduk. Mem aku terus p ke kaunter utk beli kerepok. Kalau nak makan tak yah tunggu lama. Kerepok di goreng dengan byk dan kaunter telah diasing dengan yg nak bungkus. Tp kena layan diri. Aku rasa tak dak sapa nak datang ambik order kat meja. Tak lama lepas tu, kerepok yg dah siap goreng pun sampai. Patutla punya ramai org tunggu. Rasanya sungguh sedap. Lembut dan kualiti ikan sungguh terasa. Selalunya kalau beli kat tempat yg tak betul, rasa tepung lebih dari rasa ikan. Tu memang tak syok la. Kalau nak rasa tepung baik makan roti canai. Satu famili kami bedal RM9 kerepok lekor ditempat kejadian. Tak penah kami makan mcm tu punya byk. Memang sedap. Boleh repeat dan masukkan dlm list tempat wajib disinggah kalau ke KT. 
Apa jadi no kami? Blah la. Takan nak tunggu mcm tu punya ramai. Kalau nak yg frozen, kena order lg awai. So, tak jadi la nak bungkus bwk balik. Jadi la dapat makan. Tp bila kami check dengan kawan kawan rupanya yg bungkus tu lg sedap dari yg makan kat sini. Betui ka? Aduhhh......terlepas. 
Aku tebayang income tokei kedai ni. Berapa la gamaknya collection setiap hari. Tu yg kata bisnes kat kampung ni kalau kena gaya lg gila dari google. Hahahahahaa. Gila la mcm ni punya bisnes. Tiap tiap tahun boleh buat famili day kat Mekah tu.




5 comments:

sehasta mungkin said...

Hang kat Terengganu naik bas pelancong ke su....menarik.

HMS Admin said...

tu dia lajak sampai trengganu kito loni !

azali said...

Nama tempat ni Kampung Bukit Tok Beng. Aku dah sampai kat sini. Pasal ambil nombor dan ramai orang, bukan hanya kat sini... sebenarnya banyak tempat. Selain keropok lekor, kau cuba sotong celup tepung kat Teluk Ketapang...kedai pertama kat simpang, best wooo..Selain tu cuba makan kat Menggabang Telipot.. kalau ada pasar malam lagi best... rumah Yusof pun kat situ...

Platspender said...

tu dia....aku dah balik dah ni woi....KT ni best...memang boleh p selalu...kena lak time musim sotong...terbaik....

Unknown said...

Ya setuju .. aku pun banyak nak cerita pasal Pantai Timur ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...