Pages

Wednesday, September 21, 2011

Azmi Pisang Goreng - Shah Alam Seksyen 19

Pisang goreng ranggup dan sedap. Specialnya punya goreng dan terbukti sedap sebab kalau nak beli kena beratur panjang. Mcm p mengundi.
Lokasinya terletak dihadapan CIAST dan berdekatan dengan Stesen komuter Shah Alam. Minggu lepas aku sampai sana, dah ada construction bersebelahan tp kedai ni masih beroperasi seperti biasa. Pukui berapa operasi aku tak sure, tp selalunya dalam pukui 2-4 ptg aku sampai, pisang ada lg. Tp cuma luck nak beratur panjang atau tak. Sapa sapa sampai Shah Alam, boleh singgah warung ni.

Beratur dulu.
Tgk la stock pisang dalam tupperwear tu
Pilih pilih
p/s - Gengs kaki makan sekelian, aku rasa kedai ni dah pindah la.


Dua hari lepas aku lalu jalan ke Stesen Komuter Shah Alam, kedai ni masih beroperasi seperti biasa. Tp sebab urgent aku tak sempat nak singgah. 



Warung Ibu-Tanjung Karang

Ni kedai ayah member aku. Mamat ni dulu satu office dengan aku tp dia bahagian lain la. Dia IT. Kenai pun member atas member. Tak berapa lama kenai, aku dengar dia dan nak resign. Biasa la kalau member satu company resign, mcm mcm la gatai nak p tanya. Pasai pa resign, tak puas hati gaji kecik ka, lepas ni p mana, offer lg baguih ka, apa ka, sapa ka dan ka ka. Last last dapat tau dia balik kampung wat bisnes. Tu dia, org pekan pakat pakat balik kampung wat bisnes. Dok kampung lagi kaya sekarang ni. Ha ha ha rezeki. Dia join ngan family dia bukak restoran juai nasik ambeng. Nasi ambeng ni adalah sejenis masakan jawa, yg tu ja aku tau. Sejarah asal usul nasi ambeng ni jgn tanya. Tanya bila nak p makan, yg tu aku boleh jawap. 
Aku n family akhirnya sempat singgah restoran mamat ni, Warung Ibu. Warung ibu ni terletak tak jauh dari Pekan Tanjung Karang. Kalau dari Kapar dan Kuala Selangor, Warung Ibu berada disebelah kanan sebelum Pekan Tanjung Karang. Signboard Warong Ibu dah nampak dari tepi jalan. Agak besar dan kalau tak nampak lg memang ketegori buta la.
Kedai selesa, banyak tempat duduk dan tak yah risau nak park kereta kat mana. Tapak parking penuh ditepi restoran tu, dimana tapak ni jugak berhadapan dengan rumah tuan punya Warung Ibu ni. Rumah turut dijadikan sebagai sebuah homestay.
Aku tak pandai sangat nak menilai nasi ambeng ni. Ye la, nasi putih makan dengan ayam goreng. Satu dunia rasa sama saja. Tp apa yang boleh aku kata, ayam goreng disini memang fresh, ranggup panas panas dan lain mcm skit rasanya. Ada la tu rempah ratus yang digunakan. Menyelerakan. Walaupun sajiannya agak simple, tp nasi ambeng di Warung Ibu ni adalah nasi ambeng feveret aku. Kalau lalu Tanjung Karang dan kena pada masanya (biasanya lepas 3 ptg kedai dah nak tutup, dah clear nasi ambeng) aku akan singgah makan.
Selain nasi ambeng, Warung ibu turut menyediakan hidangan berberapa jenis lauk bersama dengan sayur. Tak byk pun menu lauknya, tp time aku sampai tu ada masakan ikan sembilang. Hah, ikan sembilang woi. Aku confirm balik ngan pak cik yg jaga kaunter (aku rasa ni ayah member aku tu). Mana lah tau takut keli. Pakcik tu confirm memang sembilang. Aku nya nasik ambeng kansel. Terus layan sembilang. Mem aku amik nasik ambeng sekali ngan Hadi. Hanna n Hisyam kami suap dari pinggan yg sama. 
Akhir kata, member aku tu aku tak jumpa pun. Tah dia p mana aku tak tau. Tapi port ni aku rekemen port nasi ambeng utk yang nak cuba. Bagi aku, ni memang sempoi. Tak reti nak bg bintang. Aku bg bintang nasi kandag n laksa saja.

Warung Ibu.
Suasana warung
Lauk lauk tambah jika tak minat nasi ambeng

Ni rupnya nasi ambeng warung ibu
Ikan sembilang bersama bergadil

Saturday, September 17, 2011

Restoran Roda - Jln Batu Belah

Restoran ni terletak di Jalan Batu Belah, Klang. Tak la jauh sangat dari rumah aku. Kalau dari Tol Shapadu RM0.60 sen menghala ke Tanjung Harapan/Port Klang restoran ni terletak selepas stesen minyak shell disebelah kanan. Tp kalau dari Kapar, selepas Carrefour, restoran tu berada disebelah kanan.
Restoran ni dah lama kat sini dan sudah mengalami pelbagai perubahan. Sejarah perkembangan kedai tu ada diabadikan dlm bentuk foto yang dilekat di dlm kedai tersebut. Memang dah lama kedai ni beroperasi.
Kedai ni menyajikan pelbagai hidangan sarapan dan nasi campur pada waktu tgh hari.Malam tutup.
Aku sempat cover waktu pagi. Disebelah pagi menu yang disediakan adalah nasik lemak, mee goreng, bihun goreng, mee kuah, dan roti canai. 
Disebelah tgh hari pulak, Restoran Roda menyediakan pelbagai lauk pauk. Memang meriah. Kalau sesiapa yg pening kepala nak carik port maka tgh hari kat area Batu Belah, Sg Pinang ataupun sekitar Bukit Raja, Restoran ini tersedia untuk kunjungan anda. 

Signboard kedai ni
Restoran Roda
Nasi lemak sotong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...