Pages

Saturday, March 10, 2012

Sate Kajang Haji Samuri - RnR Dengkil

Aku rasa kalau sebut sate Hj Samuri aku pasti tiada sorang pun kat lembah klang ni yg belum mencubanya. Mempunyai rangkaian yg byk di Lembah Klang. Menu sate pun pelbagai bukan setakat ayam dan daging tp ada hati ayam, arnab, rusa dan kambing. Utk malam ni dan seperti biasa aku cuma order ayam dan daging. Kedua duanya berharga RM0.70. Utk harga 70 sen aku masih ketagori berbaloi dengan saiz sate yg agak besar. 5 cucuk pun dah cukup kenyang. Kuah kacang boleh adjust pedas sebab cili tu boleh masuk ikut suka hati. Cuma pasai pa tarak bawang. Boh la bawang tu skit. Baru betui rasa makan satay. Bukan mahai pun bawang. Kalau susah sgt, aku bawak bawang sendri la lain kali.
Byk jugak aku baca entry blog yg mcm tak puas hati pasai satay kajang Hj Samuri ni. Tak percaya hampa cari sendri dalam google. Bg aku, aku kata boleh tahan rasanya, kalau nak makan ok saja. Anyway, takan nak makan satay hari hari kan. Sekali sekala ok apa. 
Teringat aku kedai sate yg sedap kat Meriam Timbul satu masa dulu. 


Tuesday, March 6, 2012

Ikan bakar @ Jalan Bellamy - Belakang Istana Negara KL

Kalau kat KL sapa tak tau tempat ni. Time lunch memang meriah la dengan umat nabi yg menjamu selera. Kalau tak kena timing, jenuh tunggu nak dapat parking. Hampa bayang tgk, tgh tgh panas tgh hari tu, makan pulak ikan bakag yg panas panas, cicah ayag asam dan sambai yg pedaih pedaih, minum pulak teh o yg panas panas...memang panasssss la jawapnya. Kalau pakai baju pagoda, mau mandi peluh. Tp tu la yg sedap tu. Lg panas lg sedap. Lg pedaih lg sedap, lg laju sumbat nasi dlm mulut. Nak lg best gigit sekali cabai melaka yg ada dlm ayag asam tu.
Menu bakag yg ada kat sini ialah ikan cencaru, kembong, pari, terubuk dan sotong. Disamping tu ada jugak lauk lauk lain utk hidangan makan tgh hari. Minum ayag gelas besag...memang kena dengan menu yg pedas. Bg aku harga masih dalam ketegori berpatutan dan mampu milik utk makan menu menu tu. Pendek dan panjang kata, kalau teringin nak makan ikan bakag kat tgh tgh KL ni, tempat ni patut dilawati. Mesti puas hati, mesti akan datang kembali.

Sunday, February 26, 2012

Restoran Mohd Chan Abdullah - Jalan Meru, Klang

Satu famili kami lunch kat sini hari ni. Ni kali kedua aku makan kat restoran ini. Kali pertama aku layan nasi ayam saja. Utk kali kedua ni kami try Siakap stim asam, prawn butter, kailan dan rojak bersama dengan nasi puteh. Memang best rasa siakap asam tu. Terbaik la. Kuahnya memang kaw kaw punya pekat. Bg aku, rasa memang menarik. Patut pun yg mintak order tu suggest menu ni.  Prawn butter pun menarik jugak bersama dengan kailan sos tiram tu. Overall memang puas hati. Siakap stim asam berharga RM38, prawn butter RM22, rojak RM4 dan kalian RM12. Apa mcm rega makan? OK?. Semua ikan yg dimasak dengan pelbagai masakan berharga RM38, ketam pun RM38. 
Restoren Mohd Chan Abdullah ini menyajikan masakan Cina muslim. Pelbagai menu masakan cina ikan, udang dan ketam ada disini. Aku tgk list menu yg ada tu, memang panjang. Mcm mcm jenis masakan ada. Tgk la gambag sebelah ni, sotong, lala taufu, byk betui variasi makanan yg ada.
Tp nak order semua sekali gus boleh mampuih la nak makan. Kepada yg berminat nak try masakan cina, sini adalah tempatnya. Nak p try kedai mcm Restoran Kamhong ka. Chin Choon ka rasa mcm takut. So Restoran Chan Abdullah menyediakan tempat makanan cina yg sesuai utk org muslim makan. Jgn risau, masakan yg disajikan adalah halal dan semestinya sedap. Errr...budget ja mau lebih skit. 


Friday, February 24, 2012

Nasi Lemak Kak Milah - Seskyen 17, Shah Alam

Memang enak. Yang tu mula mula aku rasa bila suapan pertama masuk dlm mulut.
Kelmarin ada org call bgtau aku ada satu port nasi lemak yg menarik kat seksyen 17. Mamat tu rekemen utk aku try. So lepas info jalan mcm mana nak p ke sana, pg ni aku n mem terjah. Kak Milah ni berniaga nasi lemak didalam kawasan rumah dia. Tak dak kedai, tak dak payung yg mcm biasanya kita jumpa dimana mana. Kedai beliau hanyalah meja diletakkan di bwh bumbung didalam kawasan rumah beliau yg conner lot tu. Terletak berhampiran dengan UiTM Campus Intec seksyen 17. Rumah Kak Milah ni berada di Jalan Cencaru 17/11.
Masa ketibaan kami, sudah ada 5-6 org pelanggan yg sedang menunggu. Nasi baru saja habes dan ada lg satu periuk sedang dimasak. Tarak hal, alang alang dah sampai mesti mau tunggu. 10 minit kemudian, tiba giliran aku. Menu nasi lemak aku kali ni ialah telur mata dan kerang. Sebenarnya, yg tu la saja pun lauk lauk nasi lemak kak Milah yang ada.
Harga utk nasi lemak biasanya ialh RM1.20, utk telur RM2 dan utk kerang ialah RM2.20. Memang berpatutan. Tak yah nak komplen mahai. Menurut Kak Milah lg, beliau sudah hampir 23 tahun meniaga nasi lemak. Lama woi. Cuba kira tgk 23 tahun tu berapa hari. Memang lama. Dulu beliau ada warung, tp sekarang just buat nasi lemak main main saja. So just meniaga kecilan kat kawasan rumah. Sibuk jg cucu kata beliau lg. Aku rekemen nasi lemak Kak Milah. Memang sedap. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...