Pages

Wednesday, February 1, 2012

Bagan Seafood - Dinner Ketam

Malam ni aku join geng geng opis mem aku dinner kat Bagan Seafood, Tanjung Harapan Klang. Sapa open table, sapa yg tong tong duit aku tak tau. Yg tau depa invite. So i follow saja. Makan Chemei (bak kata org kuat pengelola dinner malam ni). Tp aku kena berhati hati la. Luka lutut aku belum sembuh lg.
Kami sampai agak lewat. Majlis sepatutnya bermula selepas magrib. Sampai ja kat meja, segala mcm masakan ketam dah ready. Menu yg ada kat meja aku, ketam butter, kamhiong dan mermite. Kemudian di tambah dengan kerapu stim, udang butter, sotong tepung, asparagus goreng dan brokoli. Meriah kaler atas meja tu dengan bagai masakan. Elok aku dan mem duduk, depa teruih bubuh. Bila masa bismillah pun aku tak tau. Geng geng ni kalau bab ketam memang laju. Aku penah up dlm blog ni tempat yg sama tahun lepas. Masa tu depa celebrate bos nak tukar department.
Yg turun kali ni pun muka sama. So, tolak segan tolak silu, yg penting ketam mau hadap dulu. Aku dan mem ambik kamhiong dulu. Tu yg paling dekat dgn pinggan aku. Yg lain lain depa sentai mermite. Dlm ketiga tiga menu ketam malam ni, mermite paling top. Memang sedap. Number dua aku letak kat ketam butter, masam masam manis. Kuah pekat dan terasa sungguh bila masuk dlm mulut. Kamhiong slow skit.Kuah dah pekat tp tak sesedap butter dan mermite.
Time dok pulun ni, tarak sapa nak sembang dah. Dah tak dan nak tanya kabar berita. Yg penting tokak kulit ketam dulu. Bukak kulit, nampak isi, lepaih tu mau cicah kuah mermite. Baru masuk mulut. Perghh...dia punya rasa, seminggu teringat. Memang superb.
Aku lebih berhati hati. Beringat skit, luka kat lutut tak berapa elok lg. Aku hanya ambik beberapa ketul kamhiong dan butter. Mermite terlepas. Pinggan mermite dok jauh dari aku. Segan pulak nak pusing meja tu. Dah dapat rasa pun ok. Kalau nak banding ketam bunga yg aku mengai kat PD hari tu, ketam nipah ni kurang skit rasanya. Tp kandungan isi memang ketam nipah ni menang. Tgk kepit pun dah besar semacam.
Malam ni meja aku dimenangi oleh wakil dari Rantau Panjang, Pizol (bunyi nama sebenar, ejaan bukan). Kulit ketam yg telah habis disebat isinya disusun membukit, tertinggi mengalahkan wakil dari Sementa. Tah berapa ekog depa makan, aku tak sure. Tak dan (sempat) dah aku nak kira. Sat sat tokak, sat sat katuk. Kulit ketam yg tebai tu dengan selamba depa pakai gigi saj. Memang jokar (apandai). Kalau yg baca posting aku ni nak ambik ilmu, hampa boleh tanya aku. Nanti aku bwk gurunya. Pengkeras tak byk, cuma ketam mermite 3 kilo saja.
Masa dok makan ni la Alyah lalu sebelah meja kami. Yaaa..Alyah penyanyi yg baru baru ni menang Juara Lagu ke 26 dalam Persembahan Terbaik tu la. Aik, malam tu rambut punya panjang. Hari dah pendek. Gila punya cepat pi potong. Tah mcm mana, lepas tu Alyah diajak bergambar. Sporting betul dia. Siap datang sendri ke meja kami. Tersenyum ja, lawa tul. Sempat dia cakap kat mem aku yg malam tu dia tiada suara. Jadi tak boleh la nak cakap byk. Tak yah cakap Alyah, senyum pun dah cukup nak bg geng geng ni berebut rebut beratug tunggu giliran. Ada yg nak berkumpulan, ada yg nak solo. Anyway terima kasih Alyah. Walaupun nampak penat, tp Alyah dengan rela hati melayan kerenah geng geng ni. Masih mampu tersenyum setiap kali kamera dihala kepada nya. Tahniah lg sekali kerana menang pesembahan terbaik malam Juara Lagu tu. Alyah berjaya mengalahkan ketam malam ni. Jarang jarang depa berhenti makan ketam selagi tak licin betul betul. Tp demi Alyah, depa sanggup. 
Utk malam ni, harga semua sekali mencecah hampir RM1k. Menu ketam dan sebelum balik, kami order minuman tambahan. Ada epal + asama boi, ada jus oren dan ada yg minuman panas. Terima kasih kepada pengelola majlis ni dan kepada yg open table, terima kasih byk byk. 
Ni aku tribute kat lagu Alyah yg menang - Kisah Ketam. 


Ketamku ketammu
Menjadi satu rasa

Ku rasa ketammu menyempurnakan aku
Tapi ketam bukan milik kita (bagan seafood yg punya)
Semua harus berakhir (dah habis balik la)
 
ketam kau dan aku
Takkan mungkin bersatu (dok dlm pinggan masing masing)
Untuk saat ini di kedai ini
Mungkin ketam bersama
Nanti di luar sana
Biar ku setia menjaga ketammu

Seminit saja


Tapi ketam bukan milik kita
Semua harus berakhir


ketam kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di kedai ini
Mungkin ketam bersama
Nanti di luar sana
Biar ku setia menjaga ketammu


Ketam kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di kedai ini


Biar ku setia menjaga ketammu
Seminit sajaaaaaaaa.





7 comments:

fiezol said...

todiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Platspender said...

Sekali lg kita layan ketam...mau mintak Yuna pulak la mai makan sekali...

sehasta mungkin said...

Sajak ketam...aduh.....adoi.....lapak perut ni...

Platspender said...

baru sajak...belum betul betul lg...kalau depan mata...fuhhhh....er6n dah up tu....first day keluag moto layan ketam la....

sehasta mungkin said...

he..he...macam mimpi pulak..dapat layan Er-6N.... adoi bila la agak nay dapat beli.... rasanya gi kedai ..moto pegang2 usap2 jadi lah.....

HMS Admin said...

menarik tempat nih... mungkin boleh diterjah... hehehehe

Platspender said...

nak terjah boleh....tp jg jg cost of damage tu...kalau nak jimat bwk ketam sendri...kah kah kah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...