Pages

Wednesday, December 21, 2011

Nasi Tomato - Belakang Unisel, Shah Alam

Nasi tomato ni berada sama tempat dengan restoran arab cafe. Hampa boleh cari dlm posting aku yg lepas. Kedainya terletak dalam bangunan yg sama. Hampa masuk ja dlm tu, bila ada org mintak order, bgtau la nasi tomato. Nanti tokei kedai akan hantag. Tak yah nak cari kedai bagai.
Nasi tomato paling sedap aku rasa seantaro Shah Alam dan Klang setakat posting aku hari ni. Kuantiti nasi yg byk, ayam masak merah yg sedap dan dalca yg enak. Sepinggan berharga RM6 dan amat sesuai jika "bukan nasi skit, tp tak kenyang". Kena ni sepinggang terus boleh masuk gua utk herbinasi. So kat sini, ada 2-3 menu yg sempoi, walaupun rupa bangunan ni bukan mcm restoran mewah tp menu yg disajikan mampu bg restoran lain tertungging. Utk kepastian, mem aku pegi tanya tokei kedai, asal dari mana. Bukan tujuan nak bernegeri negeri, tp nasi tomato ini lebih kurang sama rasanya dari yg selalu aku makan kat Penang. Rupanya tokei kedai dari Johor. Patutla ada menu mee rebus. Apa ada hal dari mana, janji makanan yg dijual puas hati dan sedap. 
Tahniah kepada tokei kedai kerana menyajikan nasi tomato yg mampu bg aku datang balik utk order. 




Tuesday, December 20, 2011

Pak Li Kopitiam - Seksyen 7 Shah Alam

Sebelum MRI pagi isnin, aku, mem and Hisyam singgah sini dulu. Nak sarapan sebelum aku masuk MRI. Pak Li Kopitiam terletak di seksyen 7 Shah Alam. Dekat dengan Hakim baru. Cawangan keberapa aku tak sure. Tp kalau hampa sampai waktu malam sini, memang ramai yg lepak. Mostly student. Student la ni lepak kopi tiam tu. Dulu aku masa student nak lepak kedai kopi pun tarak duit. Lepak snooker ja ada duit, hahahaha.
Menu pilihan aku satu famili ialah laksa, nasik lemak dan nasi goreng kampung. Pi kopi tiam tapi order mcm kat restoran biasa. Cuma ayag aku pilih kopi dan mem aku kopi ais. Biasanya menu sarapan yg jadi pilihan kat sini ialah roti kaya, roti bakag, telog setengah masak dan airnya pulak samada teh or kopi. Roti kaya dan roti bakag nya hampa kena try. Ranggup dan sedap. Memang best. Pekena pulak dengan kopi, memang superb. Tiap kali kalau aku sampai sini, tak kira la makan ka, tak kan, kopi lah yg akan aku order. Kopi kat sini memang feveret aku. Hampa yg tak penah try, kalau sampai sini, order kopi. Rasa tgk kopi Pak Li ni mcm mana.
Suasana ala ala kopi tiam. Susunan kerusi dan meja membentuk suasana seakan kopi tiam yg sebenar. Cuma menu nya la yg lebih moden. Ada pulak wifi buta (free) so bertambah penuh la kopitiam ni. Tak pecaya try p malam minggu. 







Saturday, December 3, 2011

Sup Meletop, Bandar Permaisuri, Cheras

Tgh hari td AbgRam bwk kami 6 org makan sup meletop di gerai berhadapan flat di Bandar Permaisuri, Cheras. Hari ni jumaat, so langkah ada skit panjang dengan masa yg lebih dari waktu lunch biasa. Dah 2-3 minggu berturut turut kami solat jumaat kat Masjid di Bandar Permaisuri ni. Minggu lepas kami lunch Restoran Kayu. So minggu ni aku request kami layan menu lain pulak. AbgRam kata "jom sup meletop".
Kami order nasi ayam, nasi goreng ayam dan sup. Aku order sup campug dan L sup daging. Ikut komen komen otai makan setelah menghirup sup secamca.

L : Nasi goreng ayam biasa, tp sup berbeza. Fuhhh kenyang.
Pitek : Sup ok tp rod surfcast aku nak tgk kat kepong (aku suruh komen sup tu, bukan barang pancing yg ko nak beli)
AbgRam : Hehehehe...
Tobab : Menarik
Amirul : Tah aku lupa,....aku rasa mamat ni tak kata apa apa.....
Aku : Sup campug dia menarik, bihun sup dia sempoi (sebab guna sambal cili kaler merah dan bihun kaler kuning).



Wednesday, November 30, 2011

Warung Sepupu - Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor Penang

Seingat aku, last aku sampai kedai ni semasa aku bekerja dengan sepupu aku Abg Azhar aka AbgAnn di Kontena Nasional Prai kira kira 10 tahun lepas. Lepas tu aku tak penah pi dah sampai minggu lepas bila sebelum balik Klang, aku bertekad utk menjenguk jugak warung ni.

Warung ni terletak di Astaka Taman Tun Sardon Gelugur Pulau Pinang. Dengan menggunakan Jambatan Pulau Pinag, pengunjung boleh cari susur keluar ke USM dan seterusnya simpang kekiri utk ke Taman Tun Sardon. Deretan warung ni berada disebelah kanan anda dihadapan pasar basah astaka tersebut.
Deretan kedai menyajikan menu yg pelbagai dan berbeza dari satu kedai ke kedai yg lain. Ada yg menjual air minum, nasi ayam, nasi tomato, mee dan kiewtiew sup, kueh kueh dan serabai. Hampa satu serabai apa?. Bukan serabai sebab tak gosok gigi, tak mandi pagi atau tak iron baju. Tp serabai ini merupakan sejenis kueh. Jgn salah paham. Aku tak tau la blah KL depa pangge apa. Tah ka tarak langsung. Mau rasa hampa kena turun Penang la mcm tu. Kedai serabai yg ada disini pernah masuk JJCM tau. Gila punya dasyat. Hampa pikiag tgk dasyat tak dasyat, masa aku sampai kira kira pukul 11.30 pg, kedai ni dah tutup sebab serabai dah habes. Abg Ann aku kata, masa aku sms nak sampai tu pun, dia tak dan(sempat) nak p pesan sebab dah liau (habes). Apa mcm?. Boleh singgah?

Target utama aku cuma satu, nak p try makan apa yg ada kat kedai Abg Ann aku ni. Yg aku tau, famili depa ni memang expert goreng mee. Mee goreng woi, depa ni kalau goreng mee, selamba 20-30 kati sehari habes. Dan rasanya memang sedap. Mee goreng saja, tu pun mampu membuat anda mengulangi kedai ni esoknya. Selama aku dok kerja dengan Abg Ann ni, menu feveret aku memang mee goreng. Masa tu tak teringat pulak nak sebat resepi bwk balik KL. 
Tp sayang, pukul 11.30 sampai, mee goreng, bihun singapore dan nasik goreng, semua dah settle, yg ada cuma roti sorai (roti jala) 10 keping. Jadi la, Yang lain lain dah tarak apa tinggai kedai depa saja dok bg bersih nak tutup. Tu dia aihhh....tak dan aku nak p rasa la.  Abg Ann cuma bgtau "hg lambat". 11.30 aku ingat awai lg. Hmmm...So aku order sarapan dari kedai kedai bersebelahan la. Apa yg aku order, ketiew sup, nasi tomato. Dari kedai AbgAnn cuma roti sorai saja. Tu Hadi yg balun sorang. Roti sorai ni dimakan dengan kari ayam atau daging. 
Overall, makanan memang sedap walaupun makanan ni disediakan di warung yg mcm food court. Kalau kat KL, mungkin menu mcm ni biasa biasa saja, namum kalau kat Penang, makanannya tetap sedap dan yg lg sempoi, harganya sangat berpatutan. Kalau tak sedap, boleh habeskan mee satu hari 30 kati. Pikiag tgk. Menu yg diorder kami rasa sorang ski saja nak test semua makanan yg ada di setiap kedai ni. Nasi tomato ini cuma berharga RM4 tp penuh dengan aksesorinya. Cukup lengkap dengan dalca dan acar. Kiewtiew sup pulak tersedia dengan kaki ayam (harga aku lupa). Pendek kata (dan aku pun kata sekali) warung ni wajib singgah. 




Ni la Abg Ann. Isterinya Bujan tu yg tudung biru dalam kedai tu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...