Pages

Wednesday, November 30, 2011

Warung Sepupu - Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor Penang

Seingat aku, last aku sampai kedai ni semasa aku bekerja dengan sepupu aku Abg Azhar aka AbgAnn di Kontena Nasional Prai kira kira 10 tahun lepas. Lepas tu aku tak penah pi dah sampai minggu lepas bila sebelum balik Klang, aku bertekad utk menjenguk jugak warung ni.

Warung ni terletak di Astaka Taman Tun Sardon Gelugur Pulau Pinang. Dengan menggunakan Jambatan Pulau Pinag, pengunjung boleh cari susur keluar ke USM dan seterusnya simpang kekiri utk ke Taman Tun Sardon. Deretan warung ni berada disebelah kanan anda dihadapan pasar basah astaka tersebut.
Deretan kedai menyajikan menu yg pelbagai dan berbeza dari satu kedai ke kedai yg lain. Ada yg menjual air minum, nasi ayam, nasi tomato, mee dan kiewtiew sup, kueh kueh dan serabai. Hampa satu serabai apa?. Bukan serabai sebab tak gosok gigi, tak mandi pagi atau tak iron baju. Tp serabai ini merupakan sejenis kueh. Jgn salah paham. Aku tak tau la blah KL depa pangge apa. Tah ka tarak langsung. Mau rasa hampa kena turun Penang la mcm tu. Kedai serabai yg ada disini pernah masuk JJCM tau. Gila punya dasyat. Hampa pikiag tgk dasyat tak dasyat, masa aku sampai kira kira pukul 11.30 pg, kedai ni dah tutup sebab serabai dah habes. Abg Ann aku kata, masa aku sms nak sampai tu pun, dia tak dan(sempat) nak p pesan sebab dah liau (habes). Apa mcm?. Boleh singgah?

Target utama aku cuma satu, nak p try makan apa yg ada kat kedai Abg Ann aku ni. Yg aku tau, famili depa ni memang expert goreng mee. Mee goreng woi, depa ni kalau goreng mee, selamba 20-30 kati sehari habes. Dan rasanya memang sedap. Mee goreng saja, tu pun mampu membuat anda mengulangi kedai ni esoknya. Selama aku dok kerja dengan Abg Ann ni, menu feveret aku memang mee goreng. Masa tu tak teringat pulak nak sebat resepi bwk balik KL. 
Tp sayang, pukul 11.30 sampai, mee goreng, bihun singapore dan nasik goreng, semua dah settle, yg ada cuma roti sorai (roti jala) 10 keping. Jadi la, Yang lain lain dah tarak apa tinggai kedai depa saja dok bg bersih nak tutup. Tu dia aihhh....tak dan aku nak p rasa la.  Abg Ann cuma bgtau "hg lambat". 11.30 aku ingat awai lg. Hmmm...So aku order sarapan dari kedai kedai bersebelahan la. Apa yg aku order, ketiew sup, nasi tomato. Dari kedai AbgAnn cuma roti sorai saja. Tu Hadi yg balun sorang. Roti sorai ni dimakan dengan kari ayam atau daging. 
Overall, makanan memang sedap walaupun makanan ni disediakan di warung yg mcm food court. Kalau kat KL, mungkin menu mcm ni biasa biasa saja, namum kalau kat Penang, makanannya tetap sedap dan yg lg sempoi, harganya sangat berpatutan. Kalau tak sedap, boleh habeskan mee satu hari 30 kati. Pikiag tgk. Menu yg diorder kami rasa sorang ski saja nak test semua makanan yg ada di setiap kedai ni. Nasi tomato ini cuma berharga RM4 tp penuh dengan aksesorinya. Cukup lengkap dengan dalca dan acar. Kiewtiew sup pulak tersedia dengan kaki ayam (harga aku lupa). Pendek kata (dan aku pun kata sekali) warung ni wajib singgah. 




Ni la Abg Ann. Isterinya Bujan tu yg tudung biru dalam kedai tu.




1 comment:

Unknown said...

Boleh saya tahu contact number or fb pengusaha kuih serabai ni ye? saya nk dtg untuk assiginment saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...