Pages

Sunday, February 26, 2012

Restoran Mohd Chan Abdullah - Jalan Meru, Klang

Satu famili kami lunch kat sini hari ni. Ni kali kedua aku makan kat restoran ini. Kali pertama aku layan nasi ayam saja. Utk kali kedua ni kami try Siakap stim asam, prawn butter, kailan dan rojak bersama dengan nasi puteh. Memang best rasa siakap asam tu. Terbaik la. Kuahnya memang kaw kaw punya pekat. Bg aku, rasa memang menarik. Patut pun yg mintak order tu suggest menu ni.  Prawn butter pun menarik jugak bersama dengan kailan sos tiram tu. Overall memang puas hati. Siakap stim asam berharga RM38, prawn butter RM22, rojak RM4 dan kalian RM12. Apa mcm rega makan? OK?. Semua ikan yg dimasak dengan pelbagai masakan berharga RM38, ketam pun RM38. 
Restoren Mohd Chan Abdullah ini menyajikan masakan Cina muslim. Pelbagai menu masakan cina ikan, udang dan ketam ada disini. Aku tgk list menu yg ada tu, memang panjang. Mcm mcm jenis masakan ada. Tgk la gambag sebelah ni, sotong, lala taufu, byk betui variasi makanan yg ada.
Tp nak order semua sekali gus boleh mampuih la nak makan. Kepada yg berminat nak try masakan cina, sini adalah tempatnya. Nak p try kedai mcm Restoran Kamhong ka. Chin Choon ka rasa mcm takut. So Restoran Chan Abdullah menyediakan tempat makanan cina yg sesuai utk org muslim makan. Jgn risau, masakan yg disajikan adalah halal dan semestinya sedap. Errr...budget ja mau lebih skit. 


Friday, February 24, 2012

Nasi Lemak Kak Milah - Seskyen 17, Shah Alam

Memang enak. Yang tu mula mula aku rasa bila suapan pertama masuk dlm mulut.
Kelmarin ada org call bgtau aku ada satu port nasi lemak yg menarik kat seksyen 17. Mamat tu rekemen utk aku try. So lepas info jalan mcm mana nak p ke sana, pg ni aku n mem terjah. Kak Milah ni berniaga nasi lemak didalam kawasan rumah dia. Tak dak kedai, tak dak payung yg mcm biasanya kita jumpa dimana mana. Kedai beliau hanyalah meja diletakkan di bwh bumbung didalam kawasan rumah beliau yg conner lot tu. Terletak berhampiran dengan UiTM Campus Intec seksyen 17. Rumah Kak Milah ni berada di Jalan Cencaru 17/11.
Masa ketibaan kami, sudah ada 5-6 org pelanggan yg sedang menunggu. Nasi baru saja habes dan ada lg satu periuk sedang dimasak. Tarak hal, alang alang dah sampai mesti mau tunggu. 10 minit kemudian, tiba giliran aku. Menu nasi lemak aku kali ni ialah telur mata dan kerang. Sebenarnya, yg tu la saja pun lauk lauk nasi lemak kak Milah yang ada.
Harga utk nasi lemak biasanya ialh RM1.20, utk telur RM2 dan utk kerang ialah RM2.20. Memang berpatutan. Tak yah nak komplen mahai. Menurut Kak Milah lg, beliau sudah hampir 23 tahun meniaga nasi lemak. Lama woi. Cuba kira tgk 23 tahun tu berapa hari. Memang lama. Dulu beliau ada warung, tp sekarang just buat nasi lemak main main saja. So just meniaga kecilan kat kawasan rumah. Sibuk jg cucu kata beliau lg. Aku rekemen nasi lemak Kak Milah. Memang sedap. 


Wednesday, February 22, 2012

Deuter Air Contact 35 + 10 - Utk Dijual

Aku nak jual beg Deuter Air Contact 35L +10 original. Ori woi, bukan vietnam punya. Keadaan buruk la skit tp ok lg. Beli hampa basuh elok elok, bersinar la kembali, hahahahaha. Pakai pun waktu keja naik turun offshore dulu. La ni terperap saja dalam almari. Raincoat ada lg. Beli dulu kat kedai beg kat Midvalley. Sapa berminat boleh sms aku. Kalau area kat Shah Alam ka, PJ ka, Klang ka selamba aku p kalau hampa nak tgk. Sungguh sesuai kepada yg teringin nak cuba cuba outdoor. Beli murah dulu, kalau nak ngam tak la rasa rugi nak let go. Aku nak tolak RM100. 




Sunday, February 19, 2012

Restoran Ceria - Seksyen 3, Shah Alam

Seperti nama restoran ni, memang ceria kalau pekena teh tarik dengan roti canai kat sini. Restoran ni menjadi tumpuan ketika waktu sarapan sehinggakan kadang kadang kena tunggu org bangun baru ada tempat duduk. Tp selalunya, ada tempat, jgn risau.
Restoran ini terletak di seksyen 3, belakang Mcd sebelah roundout. Restoran ini teletak di bangunan MAIS. Menu sarapan yg disajikan termasuklah nasi lemak, roti canai, telur setengah masak dan cakui. Cakui ni kalau blah utara org pangge paktongko. Cakui ini dicicah dengan kaya (kalau tak silap aku). Jarang jarang restoran menyediakan sarapan cakui.
Menu feveret aku kat sini ialah roti canai dengan teh tarik. Roti canainya lembut dan kuah kari dan dalnya memang sedap dan secukup rasa. Teh tariknya pulak tak pekat sangat. Lembut dan sesuai kepada org yg ada angin. Teh kan angin. Cakui tu aku tak test lg. Jika ada kesempatan berkunjung ke sana, aku test cakui pulak.Tp tgk cara org makan, memang menyelerakan la.
Restoran ni termasuk dlm restoran yg berbaloi utk singgah walaupun berulang kali. Tak heran la kalau time sarapan tu, meja sentiasa penuh. Sekiranya anda berada di Shah Alam dan terasa sukar nak dapat port sarapan best, aku suggest singgah kat sini.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...