Pages

Sunday, February 19, 2012

Restoran Ceria - Seksyen 3, Shah Alam

Seperti nama restoran ni, memang ceria kalau pekena teh tarik dengan roti canai kat sini. Restoran ni menjadi tumpuan ketika waktu sarapan sehinggakan kadang kadang kena tunggu org bangun baru ada tempat duduk. Tp selalunya, ada tempat, jgn risau.
Restoran ini terletak di seksyen 3, belakang Mcd sebelah roundout. Restoran ini teletak di bangunan MAIS. Menu sarapan yg disajikan termasuklah nasi lemak, roti canai, telur setengah masak dan cakui. Cakui ni kalau blah utara org pangge paktongko. Cakui ini dicicah dengan kaya (kalau tak silap aku). Jarang jarang restoran menyediakan sarapan cakui.
Menu feveret aku kat sini ialah roti canai dengan teh tarik. Roti canainya lembut dan kuah kari dan dalnya memang sedap dan secukup rasa. Teh tariknya pulak tak pekat sangat. Lembut dan sesuai kepada org yg ada angin. Teh kan angin. Cakui tu aku tak test lg. Jika ada kesempatan berkunjung ke sana, aku test cakui pulak.Tp tgk cara org makan, memang menyelerakan la.
Restoran ni termasuk dlm restoran yg berbaloi utk singgah walaupun berulang kali. Tak heran la kalau time sarapan tu, meja sentiasa penuh. Sekiranya anda berada di Shah Alam dan terasa sukar nak dapat port sarapan best, aku suggest singgah kat sini.

 

4 comments:

Anonymous said...

Kedai nasi lemak gumbira ada lg kat sek 3?

Platspender said...

ada lg...ada masa sy cover..apa yg best kat situ...kalau ada port best lg bgtau la...sy cuba cover.

tobab said...

sabtu lps aku gi mcd nie..

Platspender said...

mcd mana pun sama bab...restoran ceria tu kena try...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...