Pages

Sunday, February 12, 2012

Sotong Tepung @ Batu Rakit

Kedai berada di tepi jalan, mengadap laut. Masuk ke pantai Batu Rakit tu, kemudian ikut jalan tepi pantai, kita aku akan jumpa dengan kedai ni. Kedai ni berada disebelah kanan sementara ada satu kedai lg disebelah kiri. Kedai yg disebelah kiri tu aku dah penah rasa dua tahun lepas. Memang masyuk.Tp time aku sampai, kereta byk sgt. Mcm susah pulak dengan anak anak aku ni kalau org ramai. So kami cari kedai yg tak padat sgt.
Menu tepung yg ada termasuklah sotong, ikan kembung, pari dan udang. Kalau belah KL ni, ptg ptg org makan goreng pisang, tp blah Ganu ptg ptg org makan seafood gaya sama mcm pisang goreng. Memang sempoi. Tak yah p kedai seafood, p kedai tepi jalan pun ada benda ni. Kedai kedai mcm ni byk disepanjang jalan pantai Teluk Ketapang dan Batu Rakit ni. Tgk kat depan kedai kalau ada "ICT", memang menu seafood tepung la. 
Rasa?...memang best. Kena try woi kalau sampai Ganu. Tak try tak cukup syarat. Satu rasa yg memang enak, dan seafood yg digunakan sungguh fresh. Isi. Mcm baru lepas turun dari bot. Kemudian dicicah dengan sos yg pedas pedas manis, masuk mulut gigit keranggupan tepung dan kena pulak dengan isi ikan sotong yg fresh, fuhhhh....sambe sambe angin pantai bertiup. Sulam pulak dengan Teh tarik. Gila la woi...Aku bukan nak up lebih lebih, tp aku minat benda ni. Hampa tak percaya, hampa tanya sendri org Ganu la. Kalau tak best, takan ada kendai yg sampai bersusun kereta. 
Cuma timing aku tak kena skit. Kalau aku datang ni time musim sotong, lagi besar besar sotong tepung kat sini. 


Friday, February 10, 2012

Keropok Lekor - Bukit Tok Beng, Seberang Takir

Tak pernah aku tgk org juai barang makan sampai ambik number. Klinik pun org tak ramai mcm tu. Ketika kami sampai, number yg tertera ialah 1138 dan number ditangan ketika itu ialah 1181. Tu dia. Skit punya ramai org tunggu. Kebanyakkan yg ada dalam kedai tu semuanya nak bungkus. Hanya satu dua kumpulan duduk utk minum dan makan kat situ. 
Kedai ini berada ditepi jalan. Petua senang saja. Cari kedai yg ada longgokkan kayu api dan kereta byk parking ditepi jalan. Tu lah kedainya. Walaupun org ramai, tp masih ada tempat parking. Jgn risau kerana kereta boleh diparking disebelah kedai atau didepan kedai ditepi jalan. Kami cari meja yg kosong utk duduk. Mem aku terus p ke kaunter utk beli kerepok. Kalau nak makan tak yah tunggu lama. Kerepok di goreng dengan byk dan kaunter telah diasing dengan yg nak bungkus. Tp kena layan diri. Aku rasa tak dak sapa nak datang ambik order kat meja. Tak lama lepas tu, kerepok yg dah siap goreng pun sampai. Patutla punya ramai org tunggu. Rasanya sungguh sedap. Lembut dan kualiti ikan sungguh terasa. Selalunya kalau beli kat tempat yg tak betul, rasa tepung lebih dari rasa ikan. Tu memang tak syok la. Kalau nak rasa tepung baik makan roti canai. Satu famili kami bedal RM9 kerepok lekor ditempat kejadian. Tak penah kami makan mcm tu punya byk. Memang sedap. Boleh repeat dan masukkan dlm list tempat wajib disinggah kalau ke KT. 
Apa jadi no kami? Blah la. Takan nak tunggu mcm tu punya ramai. Kalau nak yg frozen, kena order lg awai. So, tak jadi la nak bungkus bwk balik. Jadi la dapat makan. Tp bila kami check dengan kawan kawan rupanya yg bungkus tu lg sedap dari yg makan kat sini. Betui ka? Aduhhh......terlepas. 
Aku tebayang income tokei kedai ni. Berapa la gamaknya collection setiap hari. Tu yg kata bisnes kat kampung ni kalau kena gaya lg gila dari google. Hahahahahaa. Gila la mcm ni punya bisnes. Tiap tiap tahun boleh buat famili day kat Mekah tu.




Thursday, February 9, 2012

Warung Nasi Lemak - Depan Ciast, Seksyen 19 Shah Alam

Warung ni terletak betui betui depan pintu masuk Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Seksyen 19, Shah Alam. Kebetulan aku lalu depan tu sebelum mengala ke seksyen 18 dan terpandang org yg sedang beratug utk membeli sarapan. Tgk mcm menarik. 
Ada dua warung nasi lemak, satu kedai air dan satu warung roti canai. Semuanya terletak di warung yg telah disediakan. Lepaih tu pengunjung juga boleh makan di meja yg telah disediakan. Suasana warung mcm kat kampung. Tu yg best tu. Makan pulak dibawah pokok. Memang cun la suasana. Aku memang suka yg mcm ni. Lebih 'raw'. Bukan di restoran yg berhawa dingin, yg grand grand, lantai lawa lawa, pekerja uniform cun cun tp makanan rasa tak best mana pun. Biasanya la...aku kata biasanya, warung yg mcm ni la yg akan menyediakan menu yg menjilat jari. Sekali makan, rasa nak ulang lg sekali.
Aku parking kereta di hadapan kedai ni. Depan warung ni ada la skit ruang ruang utk parking kereta dan moto. Boleh la nak parking. Beratug sekejap, lepas tu aku ambik nasi lemak rendang dan bihun tuk Hisyam. Kakak yg jg nasi lemak tu terus bgtau price. P cari meja dan makcik air akan datang mintak order. Aku order teh o, teh tarik dan air suam. Teh tarik makcik ni aku minat sebab tak keras dan tak kaw. Minum teh kaw kaw nanti nak berak susah. Kelat. Apa lg, air dah sampai, terus la makan. Mcm aku kata td, best nasi lemak kat sini. Sambal yg sedap dengan lauk rendang yg best. Cukup cun utk memenuhi selera aku. Hisyam pun makan bihun tu sampai habes. 
Nasi lemak best, teh tarik cun, suasana menarik. Roti canai tu aku tak test lg. Mungkin best jugak la kot. Cara cakap mcm bangla yg tebag roti tu. Tu dia, bangla semua cover. Keja kilang, petrol pam, supermarket, sampai roti canai pun dah boleh tebag. Apa benda lg la depa tak buat. Mana p mamak semua. Dah balik India? 
Satu saja, aku kurang selesa kat sini...nyamuk byk. Tu spoil skit. Jgn la pakai seluar pendek nak p melepak sini. Sia sia saja nyamuk baham nanti. 



Wednesday, February 1, 2012

Bagan Seafood - Dinner Ketam

Malam ni aku join geng geng opis mem aku dinner kat Bagan Seafood, Tanjung Harapan Klang. Sapa open table, sapa yg tong tong duit aku tak tau. Yg tau depa invite. So i follow saja. Makan Chemei (bak kata org kuat pengelola dinner malam ni). Tp aku kena berhati hati la. Luka lutut aku belum sembuh lg.
Kami sampai agak lewat. Majlis sepatutnya bermula selepas magrib. Sampai ja kat meja, segala mcm masakan ketam dah ready. Menu yg ada kat meja aku, ketam butter, kamhiong dan mermite. Kemudian di tambah dengan kerapu stim, udang butter, sotong tepung, asparagus goreng dan brokoli. Meriah kaler atas meja tu dengan bagai masakan. Elok aku dan mem duduk, depa teruih bubuh. Bila masa bismillah pun aku tak tau. Geng geng ni kalau bab ketam memang laju. Aku penah up dlm blog ni tempat yg sama tahun lepas. Masa tu depa celebrate bos nak tukar department.
Yg turun kali ni pun muka sama. So, tolak segan tolak silu, yg penting ketam mau hadap dulu. Aku dan mem ambik kamhiong dulu. Tu yg paling dekat dgn pinggan aku. Yg lain lain depa sentai mermite. Dlm ketiga tiga menu ketam malam ni, mermite paling top. Memang sedap. Number dua aku letak kat ketam butter, masam masam manis. Kuah pekat dan terasa sungguh bila masuk dlm mulut. Kamhiong slow skit.Kuah dah pekat tp tak sesedap butter dan mermite.
Time dok pulun ni, tarak sapa nak sembang dah. Dah tak dan nak tanya kabar berita. Yg penting tokak kulit ketam dulu. Bukak kulit, nampak isi, lepaih tu mau cicah kuah mermite. Baru masuk mulut. Perghh...dia punya rasa, seminggu teringat. Memang superb.
Aku lebih berhati hati. Beringat skit, luka kat lutut tak berapa elok lg. Aku hanya ambik beberapa ketul kamhiong dan butter. Mermite terlepas. Pinggan mermite dok jauh dari aku. Segan pulak nak pusing meja tu. Dah dapat rasa pun ok. Kalau nak banding ketam bunga yg aku mengai kat PD hari tu, ketam nipah ni kurang skit rasanya. Tp kandungan isi memang ketam nipah ni menang. Tgk kepit pun dah besar semacam.
Malam ni meja aku dimenangi oleh wakil dari Rantau Panjang, Pizol (bunyi nama sebenar, ejaan bukan). Kulit ketam yg telah habis disebat isinya disusun membukit, tertinggi mengalahkan wakil dari Sementa. Tah berapa ekog depa makan, aku tak sure. Tak dan (sempat) dah aku nak kira. Sat sat tokak, sat sat katuk. Kulit ketam yg tebai tu dengan selamba depa pakai gigi saj. Memang jokar (apandai). Kalau yg baca posting aku ni nak ambik ilmu, hampa boleh tanya aku. Nanti aku bwk gurunya. Pengkeras tak byk, cuma ketam mermite 3 kilo saja.
Masa dok makan ni la Alyah lalu sebelah meja kami. Yaaa..Alyah penyanyi yg baru baru ni menang Juara Lagu ke 26 dalam Persembahan Terbaik tu la. Aik, malam tu rambut punya panjang. Hari dah pendek. Gila punya cepat pi potong. Tah mcm mana, lepas tu Alyah diajak bergambar. Sporting betul dia. Siap datang sendri ke meja kami. Tersenyum ja, lawa tul. Sempat dia cakap kat mem aku yg malam tu dia tiada suara. Jadi tak boleh la nak cakap byk. Tak yah cakap Alyah, senyum pun dah cukup nak bg geng geng ni berebut rebut beratug tunggu giliran. Ada yg nak berkumpulan, ada yg nak solo. Anyway terima kasih Alyah. Walaupun nampak penat, tp Alyah dengan rela hati melayan kerenah geng geng ni. Masih mampu tersenyum setiap kali kamera dihala kepada nya. Tahniah lg sekali kerana menang pesembahan terbaik malam Juara Lagu tu. Alyah berjaya mengalahkan ketam malam ni. Jarang jarang depa berhenti makan ketam selagi tak licin betul betul. Tp demi Alyah, depa sanggup. 
Utk malam ni, harga semua sekali mencecah hampir RM1k. Menu ketam dan sebelum balik, kami order minuman tambahan. Ada epal + asama boi, ada jus oren dan ada yg minuman panas. Terima kasih kepada pengelola majlis ni dan kepada yg open table, terima kasih byk byk. 
Ni aku tribute kat lagu Alyah yg menang - Kisah Ketam. 


Ketamku ketammu
Menjadi satu rasa

Ku rasa ketammu menyempurnakan aku
Tapi ketam bukan milik kita (bagan seafood yg punya)
Semua harus berakhir (dah habis balik la)
 
ketam kau dan aku
Takkan mungkin bersatu (dok dlm pinggan masing masing)
Untuk saat ini di kedai ini
Mungkin ketam bersama
Nanti di luar sana
Biar ku setia menjaga ketammu

Seminit saja


Tapi ketam bukan milik kita
Semua harus berakhir


ketam kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di kedai ini
Mungkin ketam bersama
Nanti di luar sana
Biar ku setia menjaga ketammu


Ketam kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di kedai ini


Biar ku setia menjaga ketammu
Seminit sajaaaaaaaa.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...