Pages

Friday, October 21, 2011

Ayam Golek Bro - Rantau Panjang, Klang

Ayam golek bro mula beroperasi sebelum Ramadan yang lepas. Beroperasi berhampiran traffic light Jalan Kapar ke Rantau Panjang dan ke Klang. Kedai bro ini berada betul betul ditepi simpang tersebut dan nampak dari jalan utama. Rasa ayam  golek Bro ini memang berbeza dan meninggalkan satu signature kepada namanya. Bila sebut nama, dah terbayang rasanya.
Beberapa hari selepas dibuka, aku singgah utk test keenakkan ayam ni. Hmmm, ternyata ada perbezaan dan sejak itu, aku terus mengunjung kedai bro ni jika menu aku ialah ayam golek. Ayam Golek Bro ni diusahakan oleh Wan Jaafar. Seorang pesara pekerja kontrak TNB. Ketika menceritakan pengalamannya pada aku, resepi yang digunakan bukan di cedok atau ditiru dari mana mana sebaliknya, dicuba sedikit demi sedikit sehingga betul betul berpuas hati dengan rasanya. Proses mencuba ini dilakukan oleh bro sendri, dengan anak anak sebagai juri. Akhir sekali setelah berpuas hati, barulah bro kita ni memulakan perniagaannya. Hasilnya sepanjang Ramadan, pembeli terpaksa beratur panjang hanya utk membeli ayam golek ni.
Sekiranya ada berada disekitar Klang atau melalui Jalan Kapar, anda boleh memcuba ayam golek ni. Ayam golek bro ini boleh dihubungi di 016-280 4429. Seekor beharga RM16 dan 1/2 ekor dijual pada harga RM9. Perkhidmatan catering juga disediakan dan "Dipanggang di rumah Anda". Kepada pengemar ayam golek, ayam golek dari bro ni perlu dimasukkan dalam list anda. 






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...