Pages

Wednesday, October 19, 2011

Jalan Beruang - Warung

Jalan Beruang. Ni nama jalan dimana warung ni berada. Warung terletak ditepi jalan dan bersebelahan dengan sekolah. Ni lah satu satunya restoran yang kami mai makan lebih dari 2 kali seminggu. Kampeni ada cafe, tp makanan kat cafe mcm ada yang tak cukup. Kami lebih sanggup gagah keluag time lunch utk ke sini. Kadang kadang bekereta, kadang kadang dengan moto.
Warung ni tak bernama. Sempena berada dijalan beruang, so kami pangge kedai ni kedai jalan beruang. Konsep simple. Konsep warung. Lauk dan nasik dah dimasak ditempat lain dan kemudian dibawa dan dihidangkan disini. Minuman disediakan di warung ni. Masakan selalunya kat sini ialah ikan merah masak lemak. Kadang kadang kepala ikan pun ada. Choice tak banyak tp cukup utk membangunkan selera nak makan. Lauk yang disajikan disini lebih kurang 10 jenis, Lauk byk byk pun, yg ambik cuma satu dua jenis saja. So sebenag nya lg simple kedai tu, lg sedap dan menarik utk kita makan. 
Menu selalu aku ialah nasik puteh, ikan merah masak lemak dan sedikit sayug petola dan minuman regular aku ialah  Teh O.  


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...