Pages

Sunday, October 2, 2011

Nasi Kukus Ayam Rempah - Seksyen 7 Shah Alam

Kena try. Masakan simple tp berbaloi kalau try. Ada rasa, sedap, menyelerakan dan mampu milik (murah la senang kira). Nasi ni akan dihidang dalam kertas makanan dan diletakkan dlm pinggan. Mungkin utk bg senang supaya pinggan tak kena cuci. Sepinggan/sebungkus nasi ni berharga RM6 sahaja.  Kena pulak time order tu ayam baru lepas goreng, fuhhh...memang terbaik. Jangan risau, promosion ni free.
Kedai ni terletak di Anjung7 Seksyen 7 Shah Alam. Anjung 7 ni berada dibelakang Unisel. U turn selepas Shell Sekyen 7 dan masuk ke kiri selepas simpang no 2 bersebelahan Unisel.
Aku rasa semua kedai kedai lain merupakan sebahagian dari Arab Cafe kecuali 2-3 kedai termasuk kedai ni. Tiada menu lain yang dijual kecuali nasi kukus ayam rempah. Order dan nasi akan dihantar ke meja. Minum org lain datang amik order. 
Orait....jom tgk gambag. 

Food Court Anjung 7
Inilah rupanya kedai tesebut - simple
Ayam rempah bersama nasi kukus

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...