Pages

Thursday, September 1, 2011

Aidilfitri - Trip ke Batu Pahat

Trip Aidilfiri aku ke Batu Pahat (BP) untuk menziarahi sanak saudara mem aku. Semua dah siap dan sepatutnya bertolak pada pukui 12.30. Tp disebabkan oleh Rooney n Droga, pukui 2.15 baru dapat bergerak dari rumah.
Secara mudah, perjalanan aku menggunakan NKVE, masuk ke KLIA menghala Nilai dan seterusnya ke Batu Pahat melalui Yong Peng.
Tol Bukit Raja
Kami masuk Tol Bukit Raja lebih kurang pukui 2.30 ptg. Traffic lengang mengala ke KLIA. Aku isi angin di esso, Dengkil. Masa tu la Sinar FM bgtau Nilai sesak tp bergerak dgn 20km/j. 20km/j?... tu dia, mcm tu punya speed boleh byg la traffic byk mana. Info tersebut mengarahkan traffic dari KL ke selatan menggunakan LEKAS. Ni LEKAS yang lekaih sampai ka?. Aku terus call Plusinfo untuk detail. Operator yg bertugas bgtau untuk menggunakan LEKAS, aku perlu keluag di Exit Pajam/Nilai. Dari sana terus menggunakan jalan menghala ke Pajam/Mantin. LEKAS berada diantara jalan tersebut. Dari LEKAS, aku boleh masuk balik Utara Selatan memalui Ampangan. Tp alang alang nak keluag Ampangan, aku teruskan lg sampai Senawang. Aku masuk balik PLUS dari exit Senawang. Kenderaan memang dah kurang skit. Bagus jugak aku call Plusinfo. Dari Senawang aku shoot terus ke Yong Peng. Cuma beberapa kali ada skit heavy traffic kat Pedas dan Muar.
Dari Bukit Raja ke Pajam tol aku berharga RM8.90. Manakala untuk LEKAS dua tol aku kena bayar sebelum keluar dari Senawang. Tol tol tersebut berharga RM2.30 dan RM1.70. Tp jalan memang clear. Dari Tol masuk dari Pajam hiway 3 lane sampai tol terakhir di exit Senawang. Jalan terbaik, kenderaan memang tak byk. Lu nak ayun 150km/j tarak hal. Kena saman lu settle sendri.
Aku berhenti Solat Asar kat Pagoh. Penuh ngan org tp masih boleh parking keta. Aku sampai kat RnR lebih kurang pukui 5.45. Selesai solat dalm pukui 6.30, aku jalan balik. Cuaca mendung, hujan renyai renyai. Tp traffic ok. 
RnR Pagoh
Aku sampai kat exit Yong Peng (U), lebih kurang 7.10 malam. Tol aku time ni dlm RM21. Time aku ni berkadar langsung ngan speed yang aku bwk lebih kurang dlm 90-100km/j. Aku bwk keta tak laju. Hehehe, ikut peraturan la. So hampa baca posting aku nih agak agak la speed dan time sampai aku.Kalau hampa bwk laju dari aku, sure la hampa sampai lg awai.
Dari exit Yong Peng (U), aku menghala ke Batu Pahat/Parit Sulung. Simpang depan tol tu aku amik kanan utk ke BP. Mak datuk, jauh lg nak ke BP. Lebih kurang 30km lg. Hujan masih renyai renyai. Traffic mengala ke Tol tu jem teruk. Jalan satu lane, time raya pulak tu. 

Exit Yong Peng (U)
Aku terus menghala ke BP. Simpang depan Kilang biskut Munchy, aku amik ke kiri mengala ke Tongkah Pecah. Dari Tongkang Pecah aku menghala terus ke BP. Aku sampai di BP lebih kurang pukui 8.00 malam. Gelap dah, kedai semua tutup. Malam ni aku bermalam di Hotel Landmark. Cari punya cari hotel ni, 8.15 jugak la baru check in. Tido lena dalam bilik walaupun aircon sejuk dan tak boleh adjust. Rasanya ok jugak hotel ni, dengan dua katil cuma semalam harga RM126. Ada ESPN ada STAR movie. Wifi pun disediakan. Boleh la nak blogging sampai tgh malam.

9
Rupa hotel Landmark yang berada di jalan
Aku tapau ja makan malam. Senang nak deal ngan anak-anak. Pusing punya pusing, satu kedai ja yg bukak time raya ni. Kedai lain bukak tp takan aku nak beli. Nak ciak-bak boleh la. Mau?.
Menu aku malam tu cuma Nasik Lemak ayam, mee dan bihun goreng. Mee dan bihun goreng ni automatik mamak tu letak ayam goreng. Rasa not bad. Org pun ramai yg makan (errr...mungkin ni ja satu satu nya kedai yg bukak time raya kot). Harga semua termasuk teh tarik dan milo panas berharga RM 18.50. 

Restoran mamak di Batu Pahat
Aku check out dari Hotel lebih kurang pukui 10 pg. Niat di hati nak check kedai asam pedas yang aku penah makan dulu. Mana lah tau kot kot raya ke-2 ni dah bukak. Aku terus pusing masuk ke jalan tgh tgh pekan BP. Lepas Bas terminal, aku kembali teringat yang kedai tersebut berada berhampiran sebuah kedai gitar. Memang betui, kedai gitar Sandman tu berada di tepi jalan depan simpang jalan masuk kedai asam pedas tersebut. Aku masuk simpang tu dan  terus parking kereta. Kedai tutup. Hehehe...melepas. Aku hanya dapat mengambil sekeping dua gambag utk menjadi rujukan aku dimasa depan. Apa yang aku ingat cuma 2 tahun lepas aku , Qaim n Nadeen penah singgah kedai ni untuk lunch. Asam pedas ikan merah kedai ni memang superb. Tp sayangnya trip aku ke BP kali ni tak kesampaian nak try. Kedai tutup. Tarak rezeki.

Kena try asam pedas kedai ni
Mem aku cadangkan kami makan beriani. Betui jugak, BP kan femes ngan beriani gam johor. Dari simpan kedai Asam Pedas Mak Limah ni, aku terus mencari jalan keluar menghala ke Muar dan Parit Sulung. Lepas satu jambatan, aku dah nampak medan selera yang aku cari cari. Tempat ni betul betul berhadapan dengan Hospital Putra. Nama tempat tu ialah Komplek Niaga Benteng.

Signboard
Tempat makan
Apa yang sedap disini? Apa lg beriani gam johor la. Kat sini yang femes memang beriani. Kalau datang BP tempat ni kena singgah. Ini kali kedua aku singgah kat Benteng ni. Tahun lepas December aku dah singgah makan. Mak sedara mem aku yang bwk. Dia jugak suggest kedai yang mana paling best.  Mak Cik Ana suggest kedai Md Shah. Tp hari ni, kedai md shah tu tutup.
Yang ada cuma beberapa gerai saja. Aku duduk dan sorang makcik ni attend meja aku. Terus ja order beriani ayam dua, teh tarik satu, bendung satu dan milo suam satu. Lepas 5 minit beriani aku pun sampai. Nasiknya lembut, rasa ayam pun ok, cuma aku tak tau ayam ni depa masak apa. Dalca pun ok jugak. Overall, ok la beriani sini. Kalau aku sampai sini lg, mungkin aku akan  carik lg kedai ni. 
Biasanya kalau beriani, aku makan ngan ayam masak merah. Lagi pedaih lg cun. Nak lg cun biag sampai cirit.
Beriani ayam disini cuma berharga RM6 manakala utk kambing RM6.50. Memang murah. Semua sekali dengan minuman cuma RM15.20, 20 sen tak yah, cuma RM15 saja. Baguih makcik tu, tak berkira. Moga  maju lg dalam perniagaan. Otak-otak pulak 60 sen. Harga sedikit mahal mungkin kerana saiznya yg lebih besag. Tp apa pun, aku boleh kata murah la berbanding dengan yang aku makan kat KL nih. Kena pulak makan dlm kedai yg appearance yg lawa, jawapnya bebelas ringgt la sepinggan. 
Lepaih sembang ngan 2-3 org, ada jugak yg suggest Bariani Power kat Taman Soga.  Tu depa kata lagi power dari md shah. Tu dia...ni aku p next trip la. Nak cover semua dlm satu trip letih la pak long. Next trip BP, kita pekena Beriani Power Pulak.

Warong no M15
Ni la rupanya nasik beriani gam johor.
Otak otak.
Lepas breakfast beriani ni (breakfast beriani tu), trip raya aku pun bermula. Rumah yg mula mula aku tuju ialah rumah Cik Sham di Taman Perwira kat Parit Imam, BP. Masa makan makan tu, group Marhaban pun sampai. Ni satu benda yang aku rasa tak dak kat negeri lain. Kat Johor ni bila time Aidilfitri, akan ada group group marhaban berkunjung dari rumah ke rumah mengalunkan marhaban. Tiada fix bayaran yang dikenakan, sekadar ikhlas dihati.
Marhaban
Satu kelainan yang aku rasa sangat meriah jika dibuat. Tuan rumah pulak tak perlu sedia makan yg hebat hebat. Mee goreng satu mangkuk besar pun tak habis. Cukup sekadar air, sedikit kueh raya. Kalau pemurah tu, boleh la bg skit ampau duit raya. Aku tgk semua lapisan umur terlibat dlm marhaban ni. Dari kanak kanak sampai la otai otai yg dah pencen. Steady org Johor.

Menu sup kaki le
Lepas rumah cik Sham, kami bergerak ke Parit Sulong. Ni rumah Pak Uda Ismail mem aku. Rumah Pak Uda ni terletak kat Parit Betong. Pak Uda ni kalau wat nasik beriani pun boleh tahan. Selalunya time raya mesti disediakan nasik beriani. Tp tahun ni, Pak Uda wat sup kaki ala ala gear box.Siap dengan straw tu. Silap silap sedut boleh pengsan. Sup superb dengan kuah kicap yg ada ummmpphh.

Depan rumah Pak Uda ni ada Parit. Sempoi jugak aku tgk parit ni. Kalau aku tau, aku bwk dah set casting aku dari rumah. Layan ngan spoon ni sure ada sangkut sekor dua haruan. Tgk kat permuukaan air tu  aku nampak buih buih ikan. Byk tu woi. Parit pulak tu panjang. Pasai pa la aku lupa bwk set aku woi.
Tp tak pa, sekali lg aku datang sini sure aku aku angkut set-set aku. Sambil makan sambil layan casting. Baru ada masyukkkk.
Destinasi terakhir trip aku ialah ke rumah Pakcik di Parit Sulung. Aku sampai pukui 2.30 ptg. Perut aku dah kenyang. Aku makan sup rumah Pak Uda pun dah byk dah. So kat sini aku rilek skit. Minum air skit sambe sembang ngan Bazli dan Pakcik Zaaba.
Lebih kurang pukui 4 aku bertolak balik ke KL. Kali ni dari Parit Sulung aku menggunakan exit Pagoh utk masuk ke Highway Utara Selatan. Dari Pagoh ke Bukit Raja aku bayar RM28.10 utk tol. Settle trip BP aku utk Aidilfitri tahun ni.

Signboard Plus kat simpang Pagoh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...