Pages

Saturday, September 24, 2011

Nasi Beriani - Maluri

Nasi beriani terletak dihadapan Masjid Al Iman Shafie Maluri dan simpang Jalan Pria. Kalau dari Jalan Tun Razak, amik ke Pandan dan terus naik Flyover menghala ke Maluri. Selepas Institut Kemahiran Baitulmal Wilayah Perseketuan ialah Masjid Al Iman Shafie.
Biasanya aku makan kat sini cuma pada hari jumaat saja dan aku rasa menu beriani ni pun adalah khas pada hari jumaat saja. Tp aku tak sure. Nanti aku check balik.
Beriani ni open. Nasi lauk dan dalca ambik sendri. So dengan selamba pembeli boleh pilih byk mana nasi nak makan dan part part dlm lauk tu boleh dipilih sendri. Ceduk la kuah byk mana nak, ayam berapa ketul dan dah puas pilih, terus bayar dikaunter dan baru makan. Senang.
Menu biasa lauk ialah ayam masak merah, daging lembu dan kambing. Turut tersedia acar buah dan dalca. Selalunya menu pilihan aku adalah ayam masak merah bersama acar buah dan dalca.

Lauk, acar buah dan dalca
Untuk hari ni, menu aku tetap sama iaitu nasi beriani, ayam merah, dalca dan acar timun. Minum standed aku la teh o. Nasik aku RM7.50. Aku rasa masih bebaloi dengan apa yang aku ambik.

Nasi aku
Ni member aku punya yg agak warna warni
Keseluruhannya sebelum solat jumaat beriani ni jadi pilihan. Tp tak la selalu datang sini. Biasanya rotate la 2-3 minggu sekali.
Boleh repeat lg beriani ni. Ada rasa tersendri boleh dicuba lg. 

p/s - pics courtesy of blogger HMS. Terima kasih byk byk. 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...