Pages

Sunday, September 4, 2011

Nasi Lemak Kepala Batas

Kakak ni meniaga tepi jalan. So tarak la nama kedai dan aku just namakan nasi lemak Kepala Batas. Sebelum bertolak ke Klang, aku sempat repeat nasik lemak ni. Locationnya berhampiran dengan Sekolah Abdul Kadir. Kak ni open khemah dia betui betui sebelah pagag sekolah tu. Semalam aku dah beli sekali. Balik rumah test makan. Fuhhhh.....dia punya sambai memang A+. Pedaih tak ingat. Kalau makan,higus boleh meleleh keluag la. Sedia tisu byk byk nak lap.
Kat blah utara ni, kalau org tu kata pedaih, memang pedaih la. Betui betui pedaih. Tak payah dok wat sempoi suruh tambah pedaih lg. Tp yang pedaih tu yang selera. Sepanjang aku hidup kat KL or Klang, tak penah aku makan nasik lemak yg pedaih mcm tu. Tp blah utara ni, standard la. Kalau makan, memang kena tahan pedaih.
Lauk lauk yang ada utk nasik lemak ni termasuklah ayam sambal, sambal sotong kering, sambal udang, sambal sardin, Ikan kering (ni masak apa aku tak tau, nampak mcm masak asam atau kicap), sosej goreng, telur goreng dan sambal ikan bilis. Most menu kakak ni adalah sambal. Ikan bilis, timun dan telur rebus akan ditambah kemudian. Kakak ni akan tanya, nak bubuh telur atau tak. Mungkin jika tanpa telur rebus, harga akan lebih murah. Kemudian sambal ditambah lg. Ni kira sambal utk nasik lemak la. Yg tadi sambal byk byk tu adalah sambal lauk. Sambal ni yg surrr ni. Yg ni aku suruh kakak tu letak skit ja. Aku takut sepanjang highway nak "membuang" ja nanti. Susah pulak. 
Apa yg boleh aku kata? aku rekemen nasik lemak kakak ni. Bg aku berbaloi utk singgah sekejap dan menikmati nasik lemak dengan lauk lauk yg ada tu. Harga pun tak mahal dan berpatutan dan lebih murah jika dibandingkan dari KL ni. Kepada peminat nasik lemak, hampa kena try kakak ni punya. Aku rasa takat yg dok ada kat KL ni selamba la kakak ni boleh pukui. Tarak hal.
Kepada yg teringin nak singgah beli, ni petua jalan nak p sama mcm mana. Kalau dari utaraselatan hiway, amik exit Kepala Batas. Simpang selepas tol tu amik kanan meng;hala ke pekan Kepala Batas. Aku rasa dlm 2 traffic light, kemudian yg ke tiga, amik kiri mengala ke Tasek Gelugor/Sungai Dua. Teruskan dan tak jauh dari simpang tu, dah boleh nampak stall kakak tu yg berada disebelah kiri. jalan. Kepada yg dari Tasek Gelugug atau Sg Dua, hampa pikiag sendri la. Pandai pandai la nak reversed balik jalan dari exit Kepala Batas tu.
Kat Stall ni, beli bungkus saja. Tarak makan makan kat situ.

Sedang memilih lauk
Sambal Udang dan Sardin
Lauk lg

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...