Pages

Monday, November 21, 2011

Mee Udang Banjir, Jalan Meru, Meru, Klang.

Aku terjah kedai mee udang pulak minggu lepas. Berdasarkan info dari member member satu opis, aku terjun p cari kedai yg dimaksudkan. Yang lg menariknya, yg bg info tu pun tak penah p, cuma dengag cerita dari jiran sebelah rumah. 
Last aku jumpa jugak. Kedai ini teletak di Jalan Meru, Klang. Jalan utama dari Klang ke Meru. Tidak jauh selepas Klang Central dan berada di tepi jalan utama tersebut. Jgn risau, ada banner dan nampak dari tepi jalan. Parking pun besag. Tak yah risau walaupun berada ditepi jalan.
Kedai ini menyajikan pebagai masakan goreng tp menu utamanya adalah Mee Udang Banjir. Pengunjung boleh jugak order bihun goreng, nasi goreng dan kuew tiew.
Sempena dengan menu utama kedai ni. tujuan aku satu ja, nak test mee udang banjir. Harga utk semangkuk kecik mee udang ialah RM6.50 dan yg besar RM8.50. Utk tidak membazir (tgh diet kecikkan perut), aku order yg kecik saja. Yg kecik ni pun tak la kecik sebenarnya. Boleh tahan mee punya byk dan udang diletakkan sebanyak 5 ekor. Kuah memang banjir, skit lg bah dari mangkuk tu. Sekali suap, hmmm boleh tahan. Aku layan dua kali, tiga kali last sampai habes semangkuk (tak kecik jugak la perut aku).
Overall, kepada pengemar mee, anda boleh cuba mee udang banjir ni. 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...