Pages

Monday, November 28, 2011

Nasi Kandar Pak Aboo - Bagan Dalam Butterworth

Kepada yg berada di sekitar Butterworth, sudah pastilah mengenali nasi kandaq ini. Satu kedai berada di warung minum di Bagan Dalam. Seingat aku, ketika aku berada di darjah satu pada 1984, warung ni dah pun beroperasi di situ. Tahun sebenar kedai ni bukak aku tak sure dan aku tak penah check pun. Tp masa tu, suasana disini sungguh meriah dengan lalu lintas kenderaan ke pelabuhan, pelajar ke sekolah, org yg nak p kerja di Port. Aku masih boleh terbayang suasana tersebut sehingga hari ni. Selama 6 tahun itulah aku berulang alik ke sekolah aku dan aku menyaksikan kedai ini beroperasi. Utk ke sekolah aku mesti melintas dihadapan kedai ini kerana masa tu Pak Man yg menjadi jaga lalu lintas berada dihadapan kedai ini. Sekolah aku berada tidak jauh dari situ.
Hari ini, kedai tersebut masih disitu. Namun susana agak berbeza dengan keadaan yg sudah tidak seperti dulu. Kedai di situ, sekolah aku masih ditapak yg sama namum suasana berbeza. Masa meninggalkan kita. Tiap kali balik kampung, aku akan cuba dapatkan slot utk ke sini. Satu utk menikmati nasi kandar ini dan satu lg, utk mendapatkan semula masa aku yg berlalu. Nostalgia Bagan Dalam dan SKKP.
Pada tekak aku, nasi kandar ini adalah terbaik diseluruh Penang. Mampu mengalahkan Line Clear, Subaidah, Jamal Mohamad dan nama nama gah yg lain. Kuah, nasi, lauknya merupakan satu signature kepada kedai ni dan tak pernah aku jumpa lg setakat ini dimana mana kedai yg mempunyai rasa yg sama. 
Menu biasa aku, dari dulu hingga hari ni cumalah nasi, daging seketul dan telug ayam sebelah. Harga cuma RM3.00 sebungkus. Kuah daging mau letak lebih. Tiap kali itulah saja menu pilihan aku walaupun lauk pauknya bermcm mcm jenis. 
Kedai ini dibuka awal pg dan biasanya dalam 8-9 pagi lauk dan nasinya dah habes. Kalau nak try, kena p awai awai skit.







6 comments:

sehasta mungkin said...

Besok layan makan sini......

Anonymous said...

meleleh dah aku tengok...dok KL tiap² kali balik wajib pekena...sampai dia dah kenai aku...hahahah...dari kecik masa kedai dia pintu ala² kedai koboi sampai tarak pintu...mmg terbaik...nasik lebey+daging 2 ketoi+teloQ rebuih+kua daging lebey+bawang goreng yang dok taboQ atas ayam tu=terbaik...hehehehe...aku kalau p la ni...takyah nak order turun ja keta dia dah boh siap² dia mmg jaga customer betoi²...hehehehe.. "Salam" abbo mmg terbaik...heheheheh

Anonymous said...

xtahan tgk kpla mamak 2 ble cedok kuahh.. haha >.<

Anonymous said...

bila tgk gambar ni....teringat kat mamak yg cedoq kuah nasi kandak ni...mau l;auk apa ...sambil kepala tergeleng2 ala jefriden .....ima bulan lepas ..kami dari taiping ke bagan dlm dtg jam 11 mlm sampai sana 12 lbh...dtg semata2 nak mkn nasimkandak yg di buka tgh mlm....alahai teringat lima belas tahun lps....selalu kayuh basikal jam 7pg semata nak mkn nasi kandaq.....i like nasi kandaq abu.....

Zack said...

Ada lagi ka lani nasi kandaq ni...kalau ada dok berniaga lagi..nk p try..

Anonymous said...

Sampai ke sekarang buka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...