Hari ni aku MC. Semalam selsema lepas tu boleh melarat asma. Kalau kena asma memang tak boleh blah. Jenuh control nafas tinggi rendah. Pg tadi bangun mata dah berpinau dengan dada sesak skit. Malas la aku nak tunggang moto jauh jauh p keja. MC ja la ari ni. Lepas settle hal anak anak aku sambung tidog. Mem aku ada meeting kat Putrajaya hari ni. So kalau nak p klinik pun aku tunggu dalam pukui 10 lebih la. Pi awai awai bukan klinik bukak lg. Nak melangut dengan dada dok sesak ni tarak pasai la.
Dlm pukui 12, mem aku miss call, baru sedag diri dari tidog. Asma dah kurang skit, tp kena jugak p klinik. Tgk hphone ada msg dari mem. Oklah kejap lg dia balik, boleh aku p sekali dengan dia. Mem aku pun batuk dah 2 minggu tak hilang lg. Gila la penyakit sekarang ni. Sekali nak elok punya lama. Azab nak tanggung bukan calang calang. Nampak sgt bila umug dah meningkat badan jadi sesen dah tak kuat. Ni tak masuk 40an lg. Lepas zuhor mem aku sampai. Selesai solat zohur, kami shoot p DEMC. Senang, panel mem aku. Tak yah byg, semua kredit terus ke akaun UiTM.



Tp sure Allah maha kuasa. Yg tarak duit tu diberikan kesihatan la. Yg ada duit tu mendapat dugaan yg mcm mcm. Tu kalau yg terlebih duit mcm mana?....takut kan. Biaq tarak duit tp sihat dari byk duit tp sakit mcm mcm. Makan tu tak boleh makan ni tak sedap. Kalau dah nasik kandag pak aboo pun tak sedap, hahahahahaa....hampa tau la.
Kami terus p cari makan. Baru nak makan tgh hari. Baru perut terasa lapag bila napas nak elok skit. Alang alang dah dok ada kat shah alam ni, aku petik kat mem aku ajak p nasi Arab kat belakang unisel. Hampa tgk posting nasi kukus aku. Kedai nasi arab ni berada dlm satu kawasan. Org pun tak ramai, jd tak yah la tunggu lama lama.
Nasi arab dari d'arab cafe ni memang nasi arab feveret aku. Bg aku, nasi arab ni selamba pukui nasi nasi arab dari Tajine, Rawsha, Babylon dan Zam Zam. No 2 masih lg Saba di cyberjaya. Mungkin nasi ni telah disesuaikan rasanya dengan rasa tempatan. Nasinya lebih kurang mcm nasi hujan panas. Nasi arab dari d'arab cafe ni dihidang dgn ayam dan kambing, kabshah dan roasted. Harga sgt berpatutan dengan RM11.50 utk satu hidangan. Kalau banding yg lain lain, harga satu set mencecah RM30. Kalau perut kecik, satu set ni boleh hadap 2 org. Tp kalau saiz saiz lembu, selamba tapau sepinggan sorang. Nah gambag nasi arab ni. Hampa tgk sendri. Limau tu mau perah dulu ataih nasi sebelum makan. Kalau tak cukup limau dan cabai hijau, boleh tambah, free of charge.
Baca Bismillah jgn lupa. Sedap memang sedap, tp Allah jgn lupa.
Baca Bismillah jgn lupa. Sedap memang sedap, tp Allah jgn lupa.
3 comments:
Ha...ha... MC akhir tahun ....best
ingat nak sambung 2 hari....
HANGPA bukan hampa (kecewa)..
HANTAQ bukan hantag.
tolong tulis elok noooo...
Post a Comment