Pages

Monday, November 28, 2011

Restoran Ikan Bakar Din - Kepala Batas Butterworth

Mcm ada kenduri. Itu lah benda pertama yg aku pikiag bila aku sampai kat kedai ni. Org punya ramai yg sedang menjamu selera sehingga suatu ketika aku kena tunggu org bangun dari meja selesai makan, baru aku boleh duduk. Jgn cerita la kereta yg parking kat tepi jalan. Bersusun sepanjang jalan.
Kedai ni berada tepi jalan utama di Kepala Batas. Sekiranya aku datang dari Tasek Gelugug, aku perlu masuk ke Pekan Kepala Batas dan cari simpang keluar ke Butterworth. Kedai ini berada tidak jauh dari simpang tersebut. Nak tau kedai yg mana satu senang saja,  mcm petua adik aku, "hg cari kedai yg berasap gila...". 
Apa nak buat bila sampai?. Mula mula cari tempat duduk dulu. Walaupun restoran ni luas, namun jika sampai pada peak hour (time lunch), agak susah utk mendapatkan tempat duduk. Dah dapat tempat duduk, order ayag. Petua aku, jgn order ayag yg org lece nak buat, contohnya neslo ais kurang manis, atau bandung cincau laici. Order sirap limau satu jug, atau pun p amik ayag sejuk yg free yg telah disediakan. Kalau order yg bukan bukan, sampai sudah telan ayag liug saja. Ayah aku order teh panas, sampai balik ayah aku kenpunan nak minum. Dah order ayag, boleh start ambik lauk. Ingat, konsep restoran ni layan diri. Jgn dok buat sempoi suruh org amik order. Tarak sapa nak layan. Semua benda layan diri, dari lauk, sayug, ulam dan nasik, semua kena ambik sendri. Pesan aku, ambik pelan pelan, jgn begaduh. 
Menu utama kedai ini memang ikan bakag, kalau tak,  restoran ni tak nama mcm tu la. Pelbagai jenis ikan dibakag ada disini termasuklah temenung (kembong org KL pangge), cencaru, siakap, jenahak dan terubuk. Tp bukan takat ikan saja, udang, sotong ayam dan daging bakag pun ada. Hampa kena tgk saiz udang dan sotong yg kedai ni sediakan. Gila punya besag. Fuh, meleleh ayag liug.
Kemudian utk kuah, pengunjung bleh ambik sendri, kuah gulai (kari) ikan, gulai daging dan sup. Tgk periuk kuah ni agak mengerunkan. Saiz periuk kenduri. Ada lg lauk lauk lain, mcm masak lemak, kerang rebus dan beberapa lg (aku tak tau sebab time aku sampai tu, lauk ni dah cerah (habis)). Untuk ulam pulak, ada ulam timun, kangkung rebus. Sambai belacan satu tong depa sedia. Jgn risau kalau kita kaki hirup sambai belacan sekali pun, bekas yg disediakan mampu utk cover semua yg ada. Tgk bwh ni, satu tong sambai belacan. Nak buat basuh muka pun boleh.



Overall, kedai ni terbaik. Memang kalau mampu, tiap tiap hari aku p makan sana. Aku dok klang woi, takan tiap hari aku nak ulang alik makan kat sana. 
Harga?. Sat aku tunjuk, dengan RM40 aku boleh makan apa. Aku ambik, udang besag 2 ekog, sotong sekong, kerang rebus satu mangkuk, ulam, kuah gulai, nasik 4 org makan, air sirap limau satu jug. Puas makan seisi keluarga dengan RM40. 
Sampai Penang, restoran ni mau kena singgah. Tak kisah la nak beratug panjang ka, nak berebut ambik lauk ka tp yg ni kena singgah. Jgn ingat Penang ada nasi kandar saja. Ikan bakag pun ada. 
Tu saja rekemen aku. 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...