Pages

Sunday, November 20, 2011

Wang Solo - Cubaan ke-2

Minggu ni, aku try lagi sekali Wong Solo. On the way nak ke Subang, aku masuk ke Shah Alam seksyen 7. Kedai yang sama minggu lepas. Kedai sudah dipenuhi pelanggang waktu aku sampai tu dalam pukui 12 tgh hari. Org dah mula masuk utk makan tgh hari. Bahagian bersila dah dipenuhi org, so terpaksa la aku duduk diatas kerusi. Aku rasa kebanyakkan yg ada dlm kedai tu mcm student uitm. Student boleh makan menu rm10 sekali adap. Berapa gamaknya loan student dia org ni. Zaman aku dulu RM2, ayam kari, nasik masak sendri.
Baru duduk saja, dah ada org mai mintak order. Mak aih...cepatnya. Depa baca posting aku yg lepas kot. Aku order air dan satu set ayam penyet, menu tu nama medan. Hampa tgk menu list sure hampa tau la set medan ni rupa mcm mana. Nasi satu bekas, ayam penyet 2 ketul, tempe, tauhu dan sayur kangkong. Set ni mai sekali dengan ayag mineral. Aku rasa ayag ni depa bg ikut berapa org yg ada. Mcm aku satu famili depa bg 4 botoi. Kalau nak sep, ayag minum yg set ni. Tak yah order lain.Harga utk satu set RM33.
5 minit lepas tu air aku sampai. Tu dia...cepat pulak kali ni. 15 minit lepas tu, set medan aku pun sampai. Hahaha...gila punya cepat aku rasa kali ni. Anyway, dah sampai tu kami makan la. Walaupun set tu ada ayam penyet 2 ketui saja, tp cukup utk aku sekeluarga. Sambai yg ada atas ayam tu memang menarik. Rasa pedas lain mcm. Kalau tak cukup sambai tu, boleh tambah sambai lain yg telah tersedia atas meja. Sayug kangkung pun fresh. Overall, satu family berpuas hati dengan menu yg dipilih. Dan bg aku, Wang Solo menyediakan menu ayam penyet terbaik setakat ni.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...