Pages

Friday, February 17, 2012

Asfar Beryani - Kertih, Terangganu

Asfar Beryani terletak di sebelah pejabat post Kertih. Kedai yg berada dihujung sekali diantara deretan kedai kedai makan disepanjang jalan berhadapan dengan jalan utama Kertih. Nama pun dah beryani, so kedai ini menyajikan nasi beryani sahaja. Namun sebelah pagi, roti canai dan tosai turut disajikan sebagai menu sarapan.
Aku tak ingat selain beryani ayam, ada apa beryani lg, sebabnya setiap kali aku singgah kat sini, pastilah beryani ayam yg menjadi pilihan aku. Nasi beryani lembut dan ayam goreng yg sedap menyebabkan kalau sapa sapa tgk sure meleleh air liug. Sepinggan beryani ayam berharga RM6 dan dihidang bersama dengan acar buah, papadom dan kuah dalca. Utk RM6 beryani ini sgt sgt berbaloi utk dinikmati. Tidak seperti beryani yg lain, harga bebelas ringgit tp rasa failed. Nak cari mana satu signature rasa beryani kat mana pun tak tau. Nasi ka, ayam ka, kuah dalca ka. Tp kat sini satu pakej hidangannya menarik. 
Pendek dan panjang kata, kalau anda melalui beryani ini utk ke mana saja, Kertih, Paka, Dungun dan se Ganu dengannya, anda boleh singgah utk menikmati beryani ini. Aku berani kata tak rugi dengan nilai yg anda bayag. 


p/s- lg sekali, terima kasih kepada kawan kawan yg sudi share gambag. 


4 comments:

Anonymous said...

Hg pi meeting ka, hg pi jln2 cari mkn?

sehasta mungkin said...

memandangkan beriyani ni popular di johor (beriani gamlah kat tempat aku batu pahat) aku berani ckp hang semua kena tipu..beriyani gam ni sedapnya kat periuk hahahaa tu lah makan tak ingat kwn..jom layan nasi beriyani maluri hari jumaat..

Platspender said...

hg baca tak yg p/s tu

Platspender said...

tp asfar ni lagi menarik dari Maluri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...