Pages

Friday, February 17, 2012

Warung Aziz Satar - Kuala Kemaman

Port makan sata ini selalu aku singgah dari dulu zaman aku ulang alik KL/Kertih utk naik offshore. Kedai ni diperkenalkan oleh pemandu teksi. Bila aku tanya mana tempat sata sedap, depa bwk singgah sini. Sejak dari hari itu, tiap kali aku lalu Kuala Kemaman pasti aku singgah ke kedai ini utk makan sata. Sata adalah sejenis makanan tradisional yg diperbuat daripada antara lain ialah isi ikan. Isi ini kemudiannya dibalut dalam daun pisang dan dibakar.
Warung ini teletak betul betul tepi jalan. Selepas simpang 3 masjid Kuala Kemaman tu, kona kiri dan terus menghala ke kuala. Kedai ini berada disebelah kanan tidak jauh dari simpang tersebut. Utk lebih mudah, warna utama yg digunakan sebagai warna tema kedai ini ialah warna kuning.
Selain dari sata, kedai ini turut menyajikan otak otak dan kerepok lekor. Menu lain pun ada, tp yg ,menjadi tumpuan kedai ini ialah sata. Sata kat sini sangat lembut dan yg aku minat sebab ada cabai melaka dlm setiap sata tu. So bila makan, manis yg bersulam dengan pedas tu yg menarik tu. Sata disini dijual dengan harga RM5 utk sepuluh bijik.

P/S - terima kasih kepada kawan kawan yg sudi bg share gambag.

2 comments:

Anonymous said...

Bro, title kasi tukar sket. Kuala kemanan mana ada kat ganu.

Platspender said...

alamak...salah eja...marah org Ganu,....sy ubah sekarang jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...